panduan-mendirikan-solat-sunat-sebelum-subuh panduan-mendirikan-solat-sunat-sebelum-subuh

Panduan Mendirikan Solat Sunat Sebelum Subuh (Ringkas)

Solat Sunat Sebelum Subuh

Setiap solat sunat ada fadilatnya. Tetapi mungkin ada lagi yang belum tahu fadilat solat sunat sebelum Subuh. Di sini kami akan kongsikan fadilat dan Panduan Mendirikan Solat Sunat sebelum Subuh (ringkas) untuk rujukan dan panduan anda.

Fadhilat Solat Sunat Sebelum Subuh

Solat sunat fajar atau solat sunat sebelum Subuh merupakan ibadah sunat yang sangat dituntut. Terdapat pelbagai kelebihan dan ganjaran yang dijanjikan kepada sesiapa yang melakukannya. Hal ini seperti mana yang disebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah RA, sabda Nabi SAW:

رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement

Maksudnya: Dua rakaat fajar adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya. 

Riwayat Muslim (725)

Iaitu, sesiapa yang melakukannya akan diberi ganjaran pahala yang lebih berharga dan besar daripada dunia dan seluruh isinya serta diampunkan semua dosa kecilnya walaupun sebanyak buih di lautan.

WAKTU MENDIRIKAN SOLAT SUNAT SEBELUM SUBUH

Waktu mendirikan solat sunat Subuh adalah setelah masuknya waktu Subuh dan sebelum menunaikan solat fardhu Subuh.

Berikut disertakan tatacara dan panduan mendirikan solat sunat sebelum Subuh.

Cara Mendirikan Solat Sunat Sebelum Subuh
Rakaat pertama

1.Solat dimulakan dengan takbiratul ihram.

Semasa mengangkat takbir, bacakan niat solat sunat fajar dalam hati.

 Usolli Sunnatal Fajri Rak’ataini Lillahi Ta’ala 

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat fajar dua rakaat kerana Allah Taala

3. Baca Surah Al-Fatihah, diikuti dengan surah pendek seperti Al-Kafirun.

4. Rukuk.

5. Iktidal.

6. Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud yang kedua.

7. Duduk seketika sebelum bangun untuk rakaat kedua.

RAKAAT KEDUA

8. Pada rakaat kedua, baca Al-Fatihah dan Al-Ikhlas.

9. Diikuti dengan rukuk.

10. Iktidal.

11. Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud yang kedua.

7. Duduk untuk tahiyyat akhir dan akhiri solat dengan salam ke kanan dan kiri.

Oleh itu, sebagai umat Islam kita tidak seharusnya melepaskan peluang untuk mengumpul seberapa banyak pahala sementara kita masih hidup. Buktinya solat sunat sebelum subuh ini antara solat yang mudah untuk dikerjakan tetapi ganjaran pahalanya sangat banyak.

Jadi, jom latih diri untuk sentiasa istikhomah mengamalkan solat sunat sebelum Subuh.

Add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement