lafaz niat puasa bulan ramadan sebulan dan setiap hari lafaz niat puasa bulan ramadan sebulan dan setiap hari

Niat Puasa Sebulan Dalam Bulan Ramadan Berserta Lafaz

Niat puasa sebulan semestinya tidak sama dengan niat puasa setiap malam.

Di sini kami kongsikan lafaz dan niat puasa sebulan Ramadan seperti yang dikongsikan oleh pihak Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) dan Mufti Wilayah Persekutuan.

Bacaan Niat Puasa Ramadan

Mari kita lihat bacaan niat berpuasa Ramadan untuk sebulan dan setiap malam.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement

Bacaan niat sebulan

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كُلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

  • Lafaz rumi: Nawaitu souma syahri Ramadhana kul’lihi lil’lahi ta’ala 
  • Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadan kerana Allah Ta’ala.

Bacaan niat setiap malam

نـَوَيْتُ صَوْمَ غـَدٍ عَـنْ ا َدَاءِ فـَرْضِ شـَهْرِ رَمـَضَانَ هـَذِهِ السَّـنـَةِ لِلـّهِ تـَعَالىَ

  • Lafaz rumi: Nawaitu souma ghadin ‘an ada-‘i, fardhi syahri Ramadhana hazihis sanati lil’lahi ta’ala 
  • Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Ta’ala.

Setelah anda ketahui lafaz dan bacaan niat, mari kita lihat syarat-syaratnya pula.

Syarat Niat Puasa

Adakah anda tahu, terdapat beberapa syarat niat yang perlu anda penuhi tanpa mengira niat puasa sebulan atau setiap malam?

Antara panduan syarat dalam berniat yang disebutkan dalam kebanyakan kitab fiqh ialah:

  • Al-Jazm (الجزم):  benar-benar memastikan tanpa ragu-ragu
  • Al-Ta’yiin (التعيين): penentuan jenis puasa. Seseorang yang ingin berpuasa perlu tentukan jenis puasanya sama ada puasa Ramadan, wajib (qadha’, kaffarah, nazar) ataupun sunat (Isnin-Khamis, hari Arafah, ‘Asyura dsb.). Tidak memadai dengan berniat secara mutlaq untuk berpuasa.
  • Al-Tabyiit (التبييت): menetapkan niat pada malam hari. Waktunya adalah selepas tenggelamnya matahari sehinggalah terbitnya fajar sadiq (waktu bersahur juga masih dikira sebagai waktu untuk berniat). 

Dah tahu syarat niat puasa?

Sekarang kita lihat perbincangan dan jawapan bagi persoalan, boleh ke anda niat puasa sebulan terus atau perlu berniat setiap malam?

Soal Jawab Niat Puasa

Niat puasa mengikut mazhab

Para ulama terbahagi kepada 2 pendapat berkenaan persoalan ini.

Pendapat pertama: Boleh diniatkan terus sebulan berpuasa dan ini merupakan pendapat al-Imam Zufar dan al-Imam Malik (imam bagi Mazhab Maliki).

Pendapat kedua: Tidak memadai dengan niat sebulan sekaligus bahkan perlulah memperbaharui niat pada setiap malam. Ini adalah pendapat jumhur (majoriti).

Jadi, jawapannya: Boleh!

Cuma, memandangkan kita di Malaysia mengikut mazhab al-Syafi’ie, kita wajib perbaharui niat pada setiap malam untuk berpuasa.

Sebagai langkah berjaga-jaga, anda boleh berniat sekaligus untuk 30 hari tetapi mesti disertakan niat berpuasa pada setiap malam.

hukum niat sebulan mufti negeri sembilan
Diambil dari Facebook Jabatan Mufti Negeri Sembilan.

Puasa sebulan terputus disebabkan haid, sakit atau perjalanan (musafir)?

Anda telah pun berniat puasa sebulan, beberapa hari kemudian, anda tidak berpuasa. Mungkin disebabkan haid, sakit atau bermusafir.

Adakah niat sebulan anda terjejas?

Menurut Mufti Negeri Sembilan di laman Facebook rasmi, jika berlaku hal sedemikian, anda WAJIB berniat kembali bagi hari-hari selebihnya.

Ini kerana mengikut Mazhab Maliki, niat berpuasa untuk satu bulan penuh itu berlaku bila puasanya tidak terputus.

Terlupa berniat, apa perlu anda lakukan?

Seandainya anda telah berniat sebulan berpuasa, puasa anda dikira sah.

Jika anda tidak berniat sebulan puasa, puasa anda tidak sah.

Tetapi, jika anda telah pun bangun untuk bersahur, maka puasa anda dikira sah kerana perbuatan bersahur sememangnya bertujuan untuk berpuasa di siang harinya.

Rujuk penjelasan lanjut di sini.

Setelah berniat untuk berpuasa, pastinya anda ingin mengetahui apakah perkara yang boleh membatalkan puasa anda. Berikut kami kongsikan beberapa contoh.

Perkara Yang Membatalkan Puasa

Baca selanjutnya tentang amalan-amalan dan ulangkaji tentang puasa di sini.

Selamat menjalani ibadah puasa!

Add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement