semakan status halal jakim semakan status halal jakim

Panduan Semakan Status Halal JAKIM 2024

Kepentingan Mencari Produk yang Halal

Artikel ini akan berkongsi langkah-langkah untuk membuat semakan status halal JAKIM.

Mencari produk yang halal adalah wajib bagi setiap umat Islam. Justeru, tiada alasan untuk setiap daripada kita mengambil mudah tentang status halal sesuatu produk atau perkhidmatan. Sebagai sebuah negara Islam, informasi mengenai produk atau perkhidmatan yang halal dan suci mengikut konteks agama Islam tidak sukar diperoleh kerana semuanya hanya di hujung hari anda.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sentiasa memainkan peranan sebagai agensi pusat dalam perancangan pengurusan hal ehwal Islam dan pembangunan ummah.  JAKIM sebagai institusi yang bertanggungjawab terhadap pensijilan halal produk di pasaran Malaysia sentiasa melakukan inovasi dalam penyampaian maklumat kepada pengguna.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement

sistem semakan status halal JAKIM

JAKIM telah membangunkan sistem semakan status halal JAKIM bagi memudahkan orang ramai mengesahkan status halal sesuatu produk atau perkhidmatan. Sistem ini membolehkan pengguna membuat semakan secara dalam talian melalui halal.gov.my. Pengguna juga boleh membuat semakan melalui aplikasi telefon pintar yang dibangunkan oleh JAKIM.

Justeru, pengguna mempunyai pelbagai kaedah untuk membuat semakan status halal sesuatu produk atau perkhidmatan. Bahkan, dengan bantuan teknologi pada masa kini, adalah menjadi kewajipan umat Islam untuk sentiasa cakna dan peka dalam mencari produk atau perkhidmatan yang halalan toyyiban.

LANGKAH-LANGKAH SEMAKAN STATUS HALAL JAKIM

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat semakan status halal JAKIM:

Semakan melalui laman web

Semakan-status-halal-melalui-portal-JAKIM
  1. Semakan melalui laman web Portal Rasmi Halal Malaysia di https://www.halal.gov.my
  2. Pilih kategori produk atau perkhidmatan yang ingin anda semak status halalnya.
  3. Masukkan nama produk atau perkhidmatan.
  4. Klik butang “Cari”.
  5. Maklumat carian akan dipaparkan bersama dengan tarikh luput sijil halal syarikat serta pautan yang boleh dirujuk untuk maklumat yang lebih terperinci.
  6. Cetak maklumat berikut sebagai rujukan dengan menekan butang “Print”.

Semakan melalui SMS

  1. Taip HALAL<jarak>SEMAK<jarak>[No. Pendaftaran Syarikat]

Contoh : HALAL SEMAK 8990RZ

  1. Kemudian, hantar SMS ke 15888 dan maklumat yang berkaitan akan dihantar ke telefon bimbit anda.

Semakan melalui aplikasi di telefon pintar

SmartHalal

  1. Muat naik aplikasi SmartHalal di telefon pintar anda
  2. Klik pada “search” dan masukkan nama produk
  3. Paparan butiran produk akan tersedia untuk semakan anda.
Aplikasi-Verify-Halal

Verify Halal

  1. Muat naik aplikasi Verify Halal di telefon pintar anda
  2. Buka aplikasi Verify Halal
  3. Imbas bar kod produk yang ingin disemak
  4. Paparan sijil halal dan tarikh tamat pensijilan produk tersebut akan tersedia

PROSES PENSIJILAN HALAL

Terdapat pelbagai prosedur yang ketat dijalankan oleh JAKIM bagi memantau dan memastikan produk tersebut memenuhi piawaian standard halal seperti yang ditetapkan. Untuk mendapatkan pensijilan halal bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Syarikat perlu membuat permohonan kepada JAKIM dan menjalani proses semakan iaitu pemeriksaan bahan mentah, proses pengeluaran, pengendalian, penyimpanan, pengangkutan, dan pelabelan produk.

Setelah proses semakan diluluskan, JAKIM akan mengeluarkan sijil halal dan logo halal untuk diletakkan pada produk atau perkhidmatan tersebut. Syarikat perlu memastikan bahawa logo halal tersebut digunakan dengan betul dan tidak disalahgunakan.

Semoga usaha kita untuk sentiasa mencari produk atau perkhidmatan yang halal akan dikira sebagai ibadah dan pahala yang berpanjangan di sisi Allah SWT.

Add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement