puasa amalan penghapus dosa puasa amalan penghapus dosa

Senarai Perkara Yang Membatalkan Puasa Di Bulan Ramadan

Berpuasa sepanjang hari sememangnya memenatkan jadi semestinya anda mahu mengelak dari melakukan perkara yang membatalkan puasa anda.

Apatah lagi dengan amalan berpuasa yang wajib kita jalankan sepanjang satu bulan iaitu berpuasa di bulan Ramadan, rukun Islam kita yang ketiga.

Mari kita lihat perkara yang boleh membatalkan puasa.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement

Perkara Yang Membatalkan Puasa

Selain daripada larangan makan dan minum ketika berpuasa, ada beberapa lagi perkara yang boleh membatalkan puasa anda.

Jadi, pastikan ketujuh-tujuh perkara ini tidak dilakukan ketika berpuasa.

perkara yang batalkan puasa

1. Makan dan minum

Makan dan minum, pastinya batal puasa sama ada kuantiti yang sedikit atau banyak.

Namun jika anda terlupa, puasa anda masih sah dan mesti diteruskan.

2. Memasukkan sesuatu ke rongga badan

Memasukkan sesuatu (ain) sehingga ke rongga tengah badan melalui laluan yang terbuka.

Sesuatu (ain) bermaksud fizikal sesuatu yang boleh dilihat dengan mata.

Ruang tengah badan termasuk bahagian otak, bahagian bawah halkum, perut dan terus ke kemaluan depan dan belakang.

Laluan terbuka pula ialah lubang mulut, hidung, kemaluan depan dan belakang.

3. Muntah

Muntah dengan sengaja.

Seandainya anda tidak sengaja termuntah, hanya perlu bersihkan ruang mulut dan teruskan berpuasa.

4. Bersetubuh

Persetubuhan di siang hari walaupun tidak mengeluarkan air mani.

AWAS Jika anda bersetubuh di siang hari, bukan sahaja anda perlu menggantikan puasa yang terbatal. Anda dikenakan kaffarah iaitu berpuasa selama dua bulan berturut-turut atau jika tidak mampu berpuasa hendaklah memberi makan kepada 60 orang fakir miskin.

5. Mengeluarkan air mani

Sengaja mengeluarkan air mani.

Namun, sekiranya air mani terkeluar ketika tidur, ianya tidak membatalkan puasa. Anda perlu mandi wajib dan teruskan berpuasa sehingga waktu berbuka.

6. Keluar darah haid atau nifas

Keluar darah haid atau darah nifas.

Wanita yang datang haid atau keluar darah nifas diharamkan berpuasa.

Sekiranya darah haid atau nifas keluar ketika anda sedang berpuasa, puasa anda terbatal dan perlu diganti selepas Ramadan.

Walaupun anda tidak boleh berpuasa, anda masih boleh mengejar amalan-amalan sunat lain di bulan amalan ini contohnya berzikir, bersedekah dan menjamu juadah berbuka bagi orang yang berpuasa.

7. Gila atau murtad

Gila atau murtad.

Hal ini kerana ibadah puasa hanya wajib bagi mereka yang waras (sempurna akal) dan beragama Islam.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

merokok membatalkan puasa
Janganlah kita melakukan perkara yang sia-sia di bulan mulia ini. Gambar dari Instagram Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan.

Perkara Makruh Ketika Berpuasa

Selain mengetahui perkara yang membatalkan puasa, perlu juga bagi kita mengetahui perkara yang makruh dilakukan ketika berpuasa.

Antaranya:

  • Bersuntik
  • Berbekam
  • Berkumur-kumur
  • Memasukkan air ke dalam rongga hidung secara berlebihan
  • Mandi yang berlebihan
  • Rasa makanan di hujung lidah

Mengetahui perkara-perkara yang berisiko membatalkan puasa, membantu kita menjaga kualiti ibadah kita agar diterima.

Selamat berpuasa dan selamat beramal!

Add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement