rukun-islam rukun-islam

5 Rukun Islam dan Huraiannya 2024

Rukun Islam merupakan  prinsip asas Islam yang menjadi tunjang kepada amalan Islam. Terdapat 5 rukun Islam kesemuanya yang wajib umat Islam amalkan dalam kehidupan seharian. Ia diibaratkan seperti tiang-tiang yang saling memerlukan dan melengkapi untuk menegakkan Islam dengan sempurna.

Tanpa salah satu tiang tersebut, maka sia-sialah kehidupan kita sebagai umat Islam di sisi Allah SWT. Oleh sebab itu, umat Islam wajib untuk menjadikan rukun Islam sebagai pegangan asas dan panduan hidup.

Justeru, untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rukun Islam berserta huraiannya, teruskan pembacaan anda.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement

5 Rukun Islam

  1. Mengucapkan dua kalimah syahadah.
  2. Mendirikan solat fardhu lima waktu.
  3. Berpuasa di bulan Ramadan.
  4. Menunaikan zakat.
  5. Mengerjakan haji bagi yang mampu.
5 rukun islam

1. Mengucap dua kalimah syahadah

Perkara yang paling utama dalam rukun Islam adalah mengucap dua kalimah syahadah. Mengucap dua kalimah syahadah membuktikan bahawa kepercayaan seseorang kepada Tuhan iaitu Allah dan nabi Muhammad sebagai utusan terakhir Allah.

lafaz-2-kalimah-syahadah

2. Mendirikan solat fardhu lima waktu

Solat fardhu merupakan rukun Islam kedua yang sangat dituntut. Ia didirikan sebanyak lima waktu sehari semalam iaitu dari Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. Solat juga merupakan satu bentuk ibadah kepada Allah SWT dan wajib untuk didirikan.

3. Berpuasa di bulan Ramadan

Puasa di bulan Ramadan merupakan kewajipan bagi umat Islam di seluruh dunia. Sepanjang bulan Ramadan, umat Islam menahan diripada dari makan, minum, dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Berpuasa juga merupakan satu bentuk ibadah bagi membersihkan rohani, rasa hormat dan taat kepada perintah Allah SWT. Dengan berpuasa, umat Islam dididik untuk melatih disiplin dan kawalan diri serta menjaga nafsu.

4. Menunaikan zakat

Zakat merupakan salah satu bentuk ibadah dan penyucian rezeki terhadap Allah SWT. Ia bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan, dengan mengeluarkan sebahagian harta kepada mereka apabila cukup syarat-syaratnya. Terdapat 8 golongan asnaf yang layak menerima zakat iaitu golongan fakir, miskin, amil, muallaf, al-riqab, al-gharimin, fisabilillah dan ibnu sabil.

5. Mengerjakan haji bagi yang mampu

Mengerjakan haji adalah rukun Islam yang terakhir. Ibadah haji bermaksud umat Islam mengunjungi Baitullah al-Haram di Mekah pada setiap tahun di bulan Islam Dzulhijjah untuk menunaikan haji. Ibadah haji dilakukan dalam tempoh lima atau enam hari, bermula pada 8 Zulhijjah hingga berakhir pada 13 Zulhijjah. Hukum mengerjakan haji adalah wajib sekali seumur hidup bagi mereka yang berkemampuan dari segi fizikal, mental dan kewangan.

Add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement