Exhibit_Speed_perosains Exhibit_Speed_perosains

Harga Tiket Petrosains 2024

Petrosains merupakan pusat sains interaktif yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Ia diuruskan oleh Petrosains Sdn. Bhd., yang merupakan anak syarikat sepenuhnya milik Petronas, syarikat minyak dan gas milik negara Malaysia. Lokasinya yang strategik bersebelahan dengan Menara Berkembar Petronas, salah satu mercu tanda Kuala Lumpur dan berada di dalam pusat membeli-belah Suria KLCC memudahkan orang ramai untuk mengunjunginya pada bila-bila masa. Selain itu, harga tiket Petrosains yang ditawarkan juga sangat berpatutan dengan aktiviti dan pengalaman yang bakal anda terokai.

Sesuai dengan namanya, Petrosains menjanjikan pelbagai aktiviti menarik yang berasaskan pengetahuan sains. Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman tentang sains dan teknologi dalam kalangan masyarakat Malaysia, terutamanya golongan muda. Antara tarikan Petrosains ialah Science Show & Panca Sains, Maker Studio dan Energy Capsule Ride.

3D-theatre-petrosains

Harga Tiket Petrosains 2024

Warganegara (Pemegang MYKAD)

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement

KategoriHarga TiketHari
BayiPercumaSetiap hari
Kanak-kanak
(3 hingga 12 tahun)
RM10
RM12
Isnin – Jumaat
Sabtu, Ahad, Cuti Umum & Cuti Sekolah
Dewasa
(13 hingga 60 tahun)
RM22
RM25
Isnin – Jumaat
Sabtu, Ahad, Cuti Umum & Cuti Sekolah
Warga EmasRM10
RM12
Isnin – Jumaat
Sabtu, Ahad, Cuti Umum & Cuti Sekolah

Bukan Warganegara

KategoriHarga TiketHari
BayiPercumaSetiap hari
Kanak-kanak
(3 hingga 12 tahun)
RM20
RM25
Isnin – Jumaat
Sabtu, Ahad, Cuti Umum & Cuti Sekolah
Dewasa
(13 hingga 60 tahun)
RM35
RM40
Isnin – Jumaat
Sabtu, Ahad, Cuti Umum & Cuti Sekolah
Warga EmasRM20
RM25
Isnin – Jumaat
Sabtu, Ahad, Cuti Umum & Cuti Sekolah

Lokasi Petrosains

Petrosains terletak di Aras 4 Suria KLCC, Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur. Untuk ke Petrosains, anda boleh menggunakan pelbagai alternatif pengangkutan awam seperti berikut:

  • LRT- Naiki LRT dan berhenti di Stesen KLCC (KJ10).
  • Teksi- Dengan menaiki teksi, anda boleh minta untuk berhenti di pintu masuk utama Suria KLCC.
  • Grab Car – Tempah perjalanan e-hailing dengan Grab, cari Suria KLCC dan pilih ruang hantar/jemput Grab yang terletak di Pintu Masuk Ramlee.
  • Kereta- Akses KLCC melalui Jalan Ampang, Jalan P. Ramlee dan Jalan Kia Peng. Terowong di Jalan P. Ramlee, Jalan Tun Razak dan Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur (AKLEH) juga bersambung terus ke parkir KLCC atau anda boleh sahaja waze Suria KLCC.
  • Motorsikal – Melalui jalan yang sama seperti kereta, penunggang motorsikal boleh meletakkan motorsikal anda di aras P1 dan aras P3 setibanya di Suria KLCC..
  • Basikal – Terdapat lorong berbasikal (lorong biru) untuk sampai ke Suria KLCC dari Lebuh Pasar Besar → Jalan P. Ramlee / Jalan Ampang.
  • Bas – Bas RapidKL City:
    B103: Stesen Bas Titiwangsa di Jalan Tun Razak → KLCC (berhenti di Stesen LRT KLCC)
    B114: Stesen Bas Maluri di Jalan Cheras → Stesen Bas Titiwangsa di Jalan Tun Razak melalui KLCC (Berhenti di hadapan Suria KLCC).
    Bas GOKL City (perkhidmatan bas percuma):
    Laluan Hijau : Bukit Bintang → KLCC
    Laluan Ungu: Teksi Jalan Arab (persimpangan) → KLCC
    KL HOP-ON HOP-OFF – Bas yang menawarkan lawatan “free and easy” di sekitar Kuala Lumpur. Anda boleh naiki bas tersebut dan berhenti di perhentian yang ke-23 perhentian iaitu di KLCC.

Waktu Operasi Petrosains

Isnin – Jumaat9.30am-5.30 pm
(Kemasukan terakhir : 4.00 pm
9 April 2024 – 13 April 2024TUTUP
(Cuti Hari Raya)
15 Jan 2024, 5 Feb 2024, 18 Mac 2024, 1 Apr 2024, 6 Mei 2024, 20 Mei 2024, 1 Jul 2024, 15 Jul 2024, 5 Ogos 2024, 19 Ogos 2024, 2 Sept 2024, 7 Okt 2024, 21 Okt 2024, 4 Nov 2024, 18 Nov 2024, 2 Dis 2024, 16 Dis 2024TUTUP
Sabtu, Ahad, Cuti Umum & Cuti Sekolah9.30am-6.30pm
(Kemasukan terakhir : 5.00pm)

Petrosains merupakan destinasi yang menarik dan informatif bagi sesiapa sahaja yang ingin menerokai dunia sains dan teknologi secara praktikal. Melalaui pelbagai aktiviti interaktif dan pameran yang menarik, ia dapat membantu masyarakat Malaysia memahami dan menghargai peranan sains dan teknologi dalam pembangunan negara.

Add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement