Aquaria-KLCC Aquaria-KLCC

Harga Tiket Aquaria KLCC 2024

Aquaria KLCC merupakan salah satu destinasi kegemaran anak-anak apabila menjelangnya cuti sekolah. Ia kerana Aquaria KLCC menawarkan pengalaman yang menyeronokkan bagi mereka yang gemarkan kehidupan di dasar laut. Malah, harga tiket Aquaria KLCC yang boleh dikategorikan sebagai mampu milik juga menjadi faktor utama lokasi ini menjadi tumpuan apabila cuti sekolah tiba.

Terletak di tengah-tengah ‘Golden Triangle’ Kuala Lumpur di bawah Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur, Aquaria KLCC adalah sebuah lautan tercanggih, yang mengumpulkan lebih 5,000 makhluk akuatik dan darat yang berbeza di habitat semula jadi mereka dengan keluasan 60,000 persegi.

Keunikan yang terdapat di Aquaria KLCC secara tidak langsung menjadikannya sebagai destinasi pilihan popular ketika berlibur. Lokasinya yang strategik bukan sahaja dapat menarik pelancong di dalam negara, bahkan turut menarik pelancong luar untuk menikmati keindahan hidupan dasar laut sambil melihat keunikan menara ke-11 tertinggi di dunia itu.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement

Waktu Operasi

Aquaria KLCC dibuka pada setiap hari termasuk hari cuti umum. Berikut adalah jadual dan waktu operasi untuk rujukan anda:

HariWaktu Operasi
Isnin – Jumaat10.00 pagi – 6.00 petang
Sabtu, Ahad &
Cuti Umum
10.00 pagi – 7.00 malam

Harga Tiket Aquaria KLCC 2024

Berikut kami kongsikan harga tiket Aquaria KLCC 2024. Walau bagaimanapun, harga tiket adalah tertakluk pada perubahan semasa. Anda boleh membuat semakan melalui laman web Aquaria untuk maklumat lanjut.

Warganegara (Pemegang MYKAD)

KategoriHarga TiketHari
DewasaRM52
RM55
Isnin – Jumaat
Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kanak-kanak/
Warga Emas
RM42
RM45
Isnin – Jumaat
Sabtu, Ahad & Cuti Umum)

Bukan Warganegara

KategoriHarga TiketHari
DewasaRM75
RM79
Isnin – Jumaat
Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kanak-kanak/
Warga Emas
RM65
RM69
Isnin – Jumaat
Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Bagi kanak-kanak yang berumur 3 tahun dan ke bawah, masuk adalah percuma.

Cara Pembelian Tiket

Terdapat banyak medium bagi pembelian tiket selain walk-in. Di sini kami sertakan platform yang anda boleh akses untuk membeli tiket masuk:

  1. Laman Web Aquaria KLCC
  2. Klook
  3. Reserve Daily
  4. Go Ticket
  5. Ticket.com

Bagi mereka yang belum berkesempatan untuk mengunjungi Aquaria KLCC, ini lah masa yang paling sesuai untuk anda kunjungi. Rasai sendiri pengalaman kehidupan di dasar laut yang pastinya membuat anda teruja. Oh, jangan lupa ya bawa anak-anak anda. Pastinya Aquaria KLCC menjanjikan satu pengalaman yang menakjubkan untuk anda seisi keluarga!!

Add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement