Doa Selepas Solat Yang Mudah Dihafal

Adakah anda sedang mencari doa-doa selepas solat yang mudah untuk dihafal?

Mungkin sebelum ini anda hanya meng’amin’kan doa imam, atau juga tidak berkesempatan membaca doa mengejar urusan dunia, mungkin juga anda tidak menghafal doanya.

Dan sekarang, timbul di sudut hati anda untuk cuba membaca sendiri doa selepas solat.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement

Alhamdulillah. Artikel ini sesuai untuk anda baca.

Dalam artikel ini, kami kongsikan beberapa doa selepas solat yang mudah dihafal berserta bacaan rumi.

Doa Ringkas Selepas Solat

Doa-doa ringkas ini boleh anda tangkap layar dan rujuk dari telefon bimbit sahaja.

fatwa berdoa selepas solat

Doa 1

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ. اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. حَمْدًا يُوَافِىْ نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ. يَارَبَّنَالَكَ الْحَمْدُ وَلَكَ الشُّكْرُ كَمَا يَنْبَغِىْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ

Bacaan rumi: Bismillaahirrahmaanirrahiim. Alhamdulillaahi rabbil ‘aalamiin. Hamdayyu-waafii ni’amahuu wayukaafi’u maziidah. Yaa rabbanaa lakalhamdu wa lakasy syukru kamaa yambaghii lijalaali wajhika wa ‘azhiimisul thaanik

Maksudnya: Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam. Pujian yang sebanding dengan nikmat-nikmatNya dan menjamin tambahannya. Wahai Tuhan kami, bagi-Mu lah segala puji, dan bagi-Mu lah segalah syukur, sebagaimana layak bagi keluhuran zat-Mu dan keagungan kekuasaan-Mu.

Doa 2

اَللّٰهُمَّ اِنَّا نَعُوْذُبِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَالْبُخْلِ وَالْهَرَمِ وَعَذَابِ الْقَبْرِ

Bacaan rumi: Allaahumma innaa na ‘uudzubika minal‘ajzi wal kasali wal bukhli wal harami wa ‘adzaabil qabri

Maksudnya: Wahai Allah. Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu dari sifat lemah, malas, bakhil, nyanyuk dan dari azab kubur.

Doa 3

اَللّٰهُمَّ اِنَّا نَعُوْذُبِكَ مِنْ عِلْمٍ لاَيَنْفَعُ وَمِنْ قَلْبٍ لاَيَخْشَعُ وَمِنْ نَفْسٍ لاَتَشْبَعُ وَمِنْ دَعْوَةٍ لاَيُسْتَجَابُ لَهَا

Bacaan rumi: Allahummaa innaa na’uudzubika min ’ilmin laa yanfa’u wa min qalbii laa yakhsya’u wa min nafsin laa tasyaba’u wa min da’watin laa yustajaabu lahaa

Maksudnya: Wahai Allah. Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyu’, dari jiwa yang tidak kenal puas, dan dari doa yanag tak terkabul.

Doa 4

رَبَّنَااغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِوَالِدِيْنَا وَلِمَشَايِخِنَا وَلِمُعَلِّمِيْنَا وَلِمَنْ لَهُ حَقٌّ عَلَيْنَا وَلِمَنْ اَحَبَّ وَاَحْسَنَ اِلَيْنَا وَلِكَافَّةِ الْمُسْلِمِيْنَ اَجْمَعِيْنَ

Bacaan rumi: Rabbanagh firlanaa dzunuubanaa wa liwaalidiinaa walimasyaayikhinaa wa limu’alli-miinaa wa liman lahuu haqqun ‘alainaa wa liman ahabba wa ahsana ilainaa wa likaaffatil mus limiin ajma’iin

Maksudnya: Wahai Tuhan Kami, ampunilah dosa-dosa kami, dosa-dosa orang tua kami, saudara-saudara kami, para guru kami, orang-orang yang mempunyai hak atas kami, orang-orang yang cinta dan berbuat baik kepada kami, dan seluruh umat Islam.

Doa 5

رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا اِنَّكَ اَنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ وَتُبْ عَلَيْنَا اِنَّكَ اَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ

Tulisan rumi: Rabbanaa taqabbal minnaa innaka antas samii’ul ’aliim wa tub’alainaa innaka anta tawwabur rahiim

Maksudnya: Waha Tuhan kami, perkenankanlah (permohonan) dari kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui. Dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Menerima Taubat lagi Maha Penyayang.

Doa 6

رَبَّنَا أَتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي اْلأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Tulisan rumi: Rabbanaa aatinaa fiduunnyaa hasanah wa fil aakhirati hasanah waqinaa ‘adzaa ban naar

Maksudnya: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan hidup di dunia dan kebaikan hidup di akhirat, dan jagalah kami dari siksa api neraka.

Doa 7

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

Tulisan rumi: Wasollallahu ‘alaa sayyidinaa Muhammadin wa’alaa aalihiwa sohbihiiwa sallam, wal hamdu lillaahirabbil ‘aalamiin

Maksudnya: Semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan kepada penghulu kami, Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya dan segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Doa 8

اَللهُمَّ اغْفِرْلِىْ وَلِوَالِدَىَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِىْ صَغِيْرًا

Tulisan rumi: Allahummagh firlii waliwaalidayya warhamhumaa kamaa robbayaanii shoghiiroo

Maksudnya: Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka menyayangiku semenjak kecil.

Doa 9

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

Tulisan rumi: Robbanaa laa tuzigh quluubanaa ba’da idz hadaitanaa wahablanaa min ladunka rohmatan innaka antal wahhaab

Maksudnya: Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi.

Doa 10

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Tulisan rumi: Rabbana hablanaa min ‘azwaajinaa wa dzurriyaatinaa qurrota a’yunin waj’alnaa lil muttaqiina imaamaa.

Maksudnya: Waha Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami isteri-isteri dan keturunan-keturunan sebagai penyejuk hati dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.

Rujuk di sini untuk mendengar audio doa-doa di atas>> Audio doa ringkas selepas solat

Doa Khusus Untuk Sesuatu

Jika ada sesuatu perkara khusus yang anda inginkan, boleh pilih dari doa-doa berikut kerana adanya doa khusus bagi beberapa hajat kita.

Doa berlindung dari bahaya

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

Tulisan rumi: Auzu bikalimatillahit tammati min syarri ma khalaq

Maksudnya: Aku memohon perlindungan dengan kalimah-kalimah-Mu yang sempurna dari sebarang kejahatan yang diciptakan.

Doa berlindung dari wabak

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ

Tulisan rumi: Allahumma inni a’uzubika minal basori wal junuuni wal juzaam wa min sayyi iil asqam

Maksudnya: Ya Allah, aku memohon perlindungan-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk.

Doa dijauhkan dari akhlak buruk

اللَّهُمَّ جَنِّبْنِي مُنْكَرَاتِ الْأَخْلَاقِ، وَالْأَهْوَاءِ، وَالْأَسْوَاءِ، وَالْأَدْوَاءِ

Tulisan rumi: Allahumma jannibni munkaratil akhlaq wal ahwaa’i wal aswaa’i wal adwaa’i

Maksudnya: Ya Allah! Jauhkanlah aku daripada kemungkaran akhlak, mengikut hawa nafsu, keadaan yang buruk dan penyakit yang berbahaya.

Doa meminta kesejahteraan dunia akhirat

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ

Tulisan rumi: Allahumma inni as alukal ‘aafiyata fid dunya wal aakhirah. Allahumma inni as alukal ‘afwa wal ‘aafiyah

Maksudnya: Ya Allah. Sesungguhnya kumohon pada-Mu keampunan dan keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya kumemohon pada-Mu keampunan dan keselamatan.

Bagi anda yang mempunyi hajat tertentu, dan teramat penting bagi kehidupan anda, boleh lah anda cuba berjinak dengan amalan solat sunat tahajud. Solat sunat ini salah satu cara bagi anda mendekatkan diri dengan Yang Maha Mendengar dan Maha Memberi.

Baca lebih lanjut tentang solat sunat tahajud di sini>> Cara Solat Tahajud Berserta Doa Yang Disarankan

Adab Berdoa Selepas Solat

Doa ialah memohon kepada Allah S.W.T. dengan meminta kebaikan dari sisi-Nya dengan penuh ketelusan hati dan penuh pengharapan.

Maka berpadananlah dengan kita untuk menjaga adab ketika kita berdoa.

adab berdoa selepas solat

Antara adab berdoa:

  1. Mengikhlaskan hati kepada Allah S.W.T.
  2. Mengangkat kedua tangan ketika berdoa sebagai tanda kesungguhan kita memohon sesuatu daripada Allah S.W.T.
  3. Memulakan doa dengan tahmid kepada Allah S.W.T. dan diiringi dengan selawat kepada Nabi S.A.W., diikuti dengan permohonan apa-apa yang dihajatkan. Doa yang paling utama ialah memohon keampunan dan keredhaan Allah S.W.T. sebelum memohon perkara-perkara yang lain.
  4. Menghadap kiblat.
  5. Berada dalam keadaan suci zahir (tubuh badan) dan batin (hati) dari perkara-perkara kotor dan maksiat.
  6. Merendah diri, khusyu’ dan penuh pengharapan agar doa tersebut diterima oleh Allah S.W.T.
  7. Berdoa dengan penuh kesungguhan, penuh keyakinan bahawa doa tersebut akan diperkenankan Allah S.W.T.
  8. Membaca doa dengan penuh ketenangan dan tidak tergopoh-gapah.
  9. Merendahkan suara.
  10. Pengakuan terhadap segala dosa yang telah dilakukan dan memohon keampunan dari-Nya.
  11. Pengakuan terhadap segala nikmat dan bersyukur di atas segala nikmat dan kurniaan tersebut.
  12. Berdoa dengan mengulang-ulangkannya sebanyak 3 kali bagi setiap permintaan dan tidak terburu-buru.
  13. Tidak menyusahkan diri dengan doa-doa yang berunsur sastera (bahasa yang susah).
  14. Memulangkan hak dan meminta maaf daripada orang yang dizalimi serta bertaubat dengan perbuatan tersebut.
  15. Berwudhu’ sekiranya tidak menjadi keberatan dan tidak menyusahkan.
  16. Mengakhiri doa dengan berselawat ke atas Nabi S.A.W. dan bertahmid kepada Allah S.W.T.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat kita bersama. Selamat beramal!

Sumber: Pengertian Doa

Bacaan lanjut: Wirid dan Doa Selepas Solat

Add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement