bantuan khas raya bantuan khas raya

Bantuan Khas Raya Aidilfitri 2024

Terbaru, kerajaan mengumumkan bantuan khas untuk Raya Aidilfitri yang berupa bantuan kewangan buat penjawat awam.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah dan RM250 kepada pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.

bantuan khas raya

Bantuan ini akan disalurkan bermula 5 April 2024, hari Jumaat.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement

Bantuan dan kemudahan lain sempena Hari Raya Aidilfitri

Selain daripada bantuan kerajaan persekutuan, beberapa kerajaan negeri juga turut memberikan bantuan bersempen Hari Raya Aidilfitri.

Rujuk senarai dan cara memohon bagi negeri anda di sini.

Bantuan kewangan sudah diumumkan, cuti raya juga sudah diumumkan.

Pihak kerajaan juga tidak lupa untuk memudahkan perjalanan rakyat pulang beraya.

Baru-baru ini, Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengumumkan tol PERCUMA di kesemua lebuh raya kecuali plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor.

Bantuan khas tol percuma
Pengumuman pengecualian tol sempena Hari Rya Aidilfitri.

KKR memberi pengecualian bayaran tol kepada kenderaan Kelas 1 itu selama dua hari bermula jam 12.01 tengah malam pada 8 April dan akan berakhir jam 11.59 malam keesokan harinya.

Bagi anda yang pertama kali mendengar pengelasan kenderaan, kenali kelas kenderaan anda dengan merujuk poster di bawah.

bantuan tol percuma hanya kelas 1

Di samping itu, laluan Smart Lane juga akan diaktifkan di 18 lokasi di Lebuhraya PLUS yang melibatkan lokasi kesesakan kritikal bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Berikut kami kongsikan lokasi Smart Lane.

Laluan khas raya smart lane

Pastikan anda mengikut panduan menggunakan laluan Smart Lane bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Bagi pengguna Lebuhraya PLUS, anda juga dinasihatkan untuk rancang perjalanan anda mengikut waktu yang disarankan.

Kerajaan telah mengumumkan pelbagai perkara bagi memudahkan urusan dan memberi peluang rakyat pulang beraya.

Maka menjadi tanggungjawab kita pula sebagai rakyat untuk memastikan perjalanan kita selamat dengan mematuhi peraturan dan ketetapan di jalan raya.

Semoga kita semua selamat tiba ke destinasi!

Add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement