ringkasan cara solat tahajud ringkasan cara solat tahajud

Cara Solat Tahajud Berserta Doa Yang Disarankan

Kali ini, kami kongsikan cara solat tahajud berserta bacaan doa yang disarankan.

Sebagai manusia, pastinya kita mempunyai hajat dan keinginan mendapatkan sesuatu. Dan sebagai seorang Muslim, kita diajarkan tentang solat tahajud di sepertiga malam, iaitu waktu mustajab untuk berdoa.

Allah S.W.T. berfirman:

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement

dalil solat tahajud
Surah al-Israk, ayat 79.

Ayat di atas bermaksud: Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah Tahajud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkitkanmu dan menempatkanmu pada Hari Akhirat di tempat yang terpuji.

Rasulullah S.A.W. bersabda:  “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalang penyakit dari badan.”

Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.

Rasulullah S.A.W. dan para sahabat pun tidak meninggalkan solat tahajud ini.

Solat sunat tahajud merupakan solat sunat yang dilakukan pada waktu malam selepas terbangun dari tidur, pada sepertiga malam. Solat tahajud juga disebut sebagai qiyamullail (berjaga malam).

Terdapat beberapa kelebihan yang kita perolehi setelah mendirikan solat sunat yang sangat dituntut ini (sunat muakkad).

Kelebihan Solat Tahajud

  • Mendapat pengawasan Allah S.W.T.
  • Dikasihi para ahli ibadat dan orang-orang mukmin.
  • Percakapannya mempunyai hikmah, benar dan bijaksana.
  • Wajahnya bersih bersinar dan bercahaya semasa dibangkitkan di Padang Mahsyar.
  • Dimudahkan hisab ke atasnya.
  • Senang melalui Titian Siratul Mustaqim umpama kilat yang menyambar.
  • Menerima anugerah catatan amalan dengan tangan kanan.
  • Jauh daripada kebinasaan

Setelah mengetahui kelebihan ibadah sunat ini, mari kita lihat cara-cara menunaikan solat tahajud.

Cara Solat Tahajud

Solat tahajud merupakan solat sunat 2 rakaat. Tiada perbezaan cara mendirikan solat ini antara lelaki dan wanita.

Niat

Cara bacaan niat solat tahajud

Maksudnya: Sahaja aku solat tahajud 2 rakaat kerana Allah Taala.

Rakaat Pertama

Seusai membaca doa iftitah dan surah al-Fatihah, bacalah surah al-Kafirun.

Rujuk cara bacan surah al-Kafirun di sini>> Surah Al-Kafirun Rumi, Terjemahan & Ringkasan Intipati

Selepas itu, sempurnakan rakaat pertama seperti biasa.

Rakaat Kedua

Bagi rakaat kedua, baca surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas.

Rujuk teks surah al-Ikhlas di sini>> Surah Al-Ikhlas & Terjemahan

Untuk lebih menghayati pembacaan surah al-Ikhlas dalam solat, anda boleh juga menambah pengetahuan anda tentang kisah di sebalik surah yang begitu tinggi darjatnya sehingga disebutkan bahawa Allah S.W.T. sangat mencintai hamba-Nya yang membaca surah ini.

Peristiwa di sebalik surah al-Ikhlas

Selesai membaca surah al-Ikhlas, sempurnakan rakaat kedua sehingga memberi salam.

NOTA: Anda juga boleh memanjangkan setiap sujud untuk berdoa, memohon hajat di dalam solat sunat tahajud yang sedang anda tunaikan.

Doa dalam sujud solat tahajud

Sumber: Portal Rasmi Pejabat Mufti Wilayah

ringkasan cara solat tahajud

Doa Selepas Solat Tahajud

Berikut kami kongsikan doa yang boleh anda baca selepas solat tahajud.

Doa selepas solat tahajud

Bacaan rumi: Allahumma anta qayyimus samaawaati wal ard, wa man fiihinna, walakal hamdu laka mulkus samaawaati wal ard, wa man fiihinna, walakal hamdu anta nuurus samaawaati wal ard, wa man fiihinna walakal hamdu anta al-haq, wa wa’dukal haqqu waliqa`uka haq, wa qawluka haq, wal jannatu haq, wannaru haq, wannabiyyuuna haq, wa Muhammadus solallahu ‘alaihi wassalamu haq, wassaa’atu haq.

Allahumma laka aslamtu wa bika amantu wa ‘alaika tawakkaltu wa ilaika anabtu, wa bika khaasomtu wa ilaika haakamtu, faghfirlii maa qaddamtu wa ma akh`khartu wa ma asrartu wa ma a’lantu wa ma anta a’lamu bihi minnii, antal muqaddimu wa antal mu`akh`khiru laa ilaaha illa anta wala hawla wala quwata illaa billah.

Maksudnya: Ya Allah bagi-Mu segala pujian, Engkaulah Pencipta semua langit dan bumi serta segala yang terdapat di dalamnya. Bagi Engkau segala pujian, Engkaulah yang menerangi semua langit dan bumi dan orang-orang yang berada di dalamnya. Bagi Engkau segala pujian, Engkaulah yang benar dan janji Engkau adalah benar, syurga dan neraka adalah benar, semua nabi Engkau adalah benar, Muhammad S.A.W. adalah benar, dan hari kiamat adalah benar.

Ya Allah kepada-Mu aku serahkan diriku, aku percaya kepada Engkau, tempat aku berserah diri dan kepada Engkau aku kembali, dengan pertolongan Engkau aku menghadapi musuhku, kepada Engkau aku berhukum. Ya Allah ampunilah dosa-dosaku yang terdahulu dan terkemudian, dosa yang tersembunyi dan yang nyata dan dosa yang hanya Engkau sahaja yang mengetahui. Engkaulah yang dahulu dan yang akhir, tiada tuhan kecuali Engkau dan tiada daya upaya kecuali dengan pertolongan Engkau.

Rujuk adab-adab berdoa di sini>>Adab Berdoa Selepas Solat

Semoga dengan perkongsian ini, dapatlah anda memohon segala hajat yang terbuku di hati. Selamat beramal.

Add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement