tajaan biasiswa pelajaran malaysia 2024 tajaan biasiswa pelajaran malaysia 2024

Tajaan dan Biasiswa Pelajaran Malaysia 2024

Tajaan dan biasiswa pelajaran 2024 bagi pelajar lepasan SPM, STPM, Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana Malaysia telah diumumkan.

Bagi memainkan peranan dalam menjayakan kerangka Ekonomi MADANI, Kementerian Pendidikan Tinggi bertanggungjawab melatih dan melahirkan seramai mungkin bakat terbaik untuk negara, sama ada berpendidikan atau berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan pelabur dan masyarakat yang mahukan pekerjaan baik serta gaji lebih tinggi.

Dengan adanya tajaan dan biasiswa yang bersesuaian, kerajaan dapat membantu para pelajar yang berkelayakan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement

Berikut kami kongsikan beberapa senarai tajaan, biasiswa dan pinjaman pelajaran yang boleh anda mohon.

Nanti dulu! Bagi anda yang masih bersekolah, anda juga mungkin layak menerima biasiswa.

tajaan biasiswa kecil persekutuan
Rujuk guru di sekolah untuk maklumat lanjut.

Semak kelayakan anda untuk menerima Biasiswa Kecil Persekutuan di sini>> Biasiswa Kecil Persekutuan

Tajaan dan Biasiswa Lepasan SPM/STPM

Bagi anda yang baru melepasi SPM dan STPM, kerajaan telah menyediakan pelbagai program bagi mempersiapkan diri dengan kemahiran-kemahiran yang tidak dapat anda pelajari di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah.

Rujuk senarai biasiswa terkini di sini>> Senarai Biasiswa Lepasan SPM/STPM

Rebut peluang demi masa depan anda!

Tajaan dan Biasiswa Peringkat Sarjana Muda

Jika anda sudahpun berada di peringkat Sarjana Muda dan masih belum mempunyai sebarang tajaan dan biasiswa, anda boleh rujuk beberapa tajaan dan biasiswa yang kami kongsikan di bawah.

*Artikel akan dikemas kini dari semasa ke semasa jika terdapat penambahan tajaan dan biasiswa.

Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP)

Bagi anda yang sedang mengikuti pengajian pendidikan di tahun pertama atau tahun kedua di Universiti Awam, jangan lepaskan peluang memohon Biasiswa ISMP yang bakal dibuka secara dalam talian mulai 21 Mac 2024 (Khamis), pukul 5:00 petang.

Rujuk senarai bidang pendidikan yang layak memohon di bawah.

Mohon di sini>> Biasiswa Perguruan Persekutuan ISMP Universiti Awam 2024

Tarikh tutup: 25 April 2024 (Khamis), pukul 5:00 petang

Tajaan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN)

Hanya siswa bidang pendidikan yang menerima biasiswa? Bagaimana pula dengan anda yang dari bidang berlainan?

Jangan risau, kerajaan tidak melupakan anda!

Anda boleh memohon penajaan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) tanpa mengira anda sedang melanjutkan pengajian Ijazah Pertama di Universiti Awam, Politeknik Premier mahupun Government Linked Universities (GLU).

tajaan pendidikan pidn

Mohon di sini>> Tajaan PIDN 2024

Tarikh tutup: 7 April 2024 (Ahad)

Biasiswa Kerajaan Jepun 2025 (Monbukagakusho: MEXT) Sarjana Muda

Biasiswa melanjutkan pelajaran ke Jepun telah dibuka!

Jika anda ingin mengikuti bidang Sarjana Muda berikut, anda layak untuk memohon.

  • Undang-undang
  • Sains Politik
  • Pendidikan
  • Sosiologi
  • Sastera
  • Sejarah
  • Bahasa Jepun
  • Ekonomi
  • Pentadbiran Perniagaan
  • Sains
  • Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Sivil
  • Seni Bina
  • Kimia
  • Pertanian
  • Sains Kesihatan
  • Sains
  • Perubatan
  • Pergigian
biasiswa pelajaran MEXT Jepun

Imbas kod QR atau layari https://www.my.emb-japan.go.jp/itpr_en/undergraduate.html untuk memohon.

Tarikh tutup: 5 April 2024 (Jumaat), pukul 4:00 petang

Tajaan, Biasiswa Peringkat Sarjana dan PhD

Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) 2024

Baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) 2024 bagi pengajian Sarjana dan Ijazah Kedoktoran di dalam dan luar negara.

Jika anda graduan atau siswazah dari bidang-bidang berikut, anda layak untuk memohon.

  • Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik (STEM)
  • Forensik Cyber (Cyber Forensics)
  • Percetakan 4D/5D (4D/5D Printing)
  • Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence)
  • Ekonomi
  • Undang-undang
  • Kewangan Islam
  • Lain-lain

Rujuk senarai penuh di sini>> SENARAI BIDANG DAN SUB BIDANG PENGAJIAN
BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG (BYDPA) TAHUN 2024

biasiswa pelajaran ydpa

Mohon di sini>> PERMOHONAN BYDPA 2024

Tarikh tutup: 29 Mac 2024 (Jumaat)

Biasiswa Kerajaan Jepun 2025 (Monbukagakusho: MEXT) Pasca Siswazah

Kementerian Pendidikan, Budaya, Sukan, Sains dan Teknologi (MEXT) Jepun telah mengumumkan penawaran biasiswa untuk pengajian Sarjana dan Ijazah Kedoktoran di Jepun tahun 2025.

Siapa yang layak memohon?

Tiada bidang khusus ditetapkan oleh pihak Jepun, asalkan anda berusia 35 tahun ke bawah. Semak kelayakan penuh di sini>> Kelayakan Biasiswa Pasca Siswazah Monbukugakusho MEXT

Mohon biasiswa di sini>> Biasiswa Monbukagakusho MEXT Pasca Siswazah 2025

Klik gambar di atas dan dapatkan panduan asas melanjutkan pelajaran di Jepun.

Baca lebih lanjut tentang perkara penting yang anda perlu tahu sebagai persediaan sebelum membuat permohonan biasiswa di sini>> https://www.studyinjapan.go.jp/en/planning/about-scholarship/

Semoga berjaya!

Add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement