hari-guru-2024 hari-guru-2024

Tema Hari Guru 2024: Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara Madani serta Huraiannya

Artikel kali ini akan menerangkan berkaitan tema Hari Guru bagi tahun 2024 serta huraiannya.

Sambutan Hari Guru di Malaysia adalah satu acara penting yang diadakan setiap tahun bagi menghargai jasa dan pengorbanan guru dalam mendidik generasi masa depan negara. Setiap tahun, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan tarikh Sambutan Hari Guru pada 16 Mei dan mempunyai tema yang ditetapkan untuk disambut oleh setiap sekolah-sekolah di Malaysia.

Tarikh 16 Mei telah dipilih sebagai hari guru untuk memperingati peristiwa yang berlaku pada 16 Mei 1956. Peristiwa dimana undang-undang Persekutuan Tanah Melayu yang telah menerima cadangan laporan jawatankuasa pelajaran sebagai dasar pelajaran untuk negara Malaysia. Ianya adalah laporan Razak yang menjadi dasar pelajaran kebangsaan.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement

Pada tahun ini Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan Tema Hari Guru Kali Ke-53 ialah seperti berikut:

Tema Hari Guru 2024

GURU JAUHARI DIGITAL, ASPIRASI NEGARA MADANI

TEMA HARI GURU KALI KE-53, TAHUN 2024

Huraian Tema Hari Guru

Berikut adalah huraian Tema Hari Guru Kali Ke-53 tahun ini mengikut Kementerian Pendidikan Malaysia:

Kata Kunci: Guru Jauhari Digital

Pendidik yang kompeten dan menjadi pakar rujuk pengintegrasian teknologi pendidikan digital dalam ekosistem pendidikan.

Kata Kunci: Aspirasi Negara Madani

Guru sebagai agen perubahan yang membentuk pemikiran kritis, nilai-nilai murni serta sikap positif dalam kalangan generasi muda untuk merealisasikan visi negara MADANI.

Huraian Tema

Guru jauhari digital menjadi peneraju teknologi digital dalam ekosistem pendidikan seiring menyumbang kepada pembangunan generasi negara MADANI yang beradab, progresif dan harmoni.

tema-hari-guru-2024

Sejarah Tema Hari Guru 2024 & Sebelumnya

Untuk rekod, berikut merupakan senarai tema Hari Guru bagi 10 tahun terakhir (2013 – 2023)

  • 2013 – Guru Malaysia: 1 Aspirasi, 1 Agenda
  • 2014 – Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
  • 2015 – Guru: Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
  • 2016 – Guru Pembina Negara Bangsa
  • 2017 – Guru Pembina Negara Bangsa
  • 2018 – Guru Pemacu Transformasi Pendidikan
  • 2019 – Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi
  • 2020 – Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu
  • 2021 – Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu
  • 2022 – Guru Tunjang Sekolah Sejahtera
  • 2023 – Guru Insani Pemangkin Generasi Madani
  • 2024 – Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara Madani

Add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement