Kelayakan mysalam Kelayakan mysalam

Semakan MySalam Dan Cara Buat Tuntutan

Semakan mySalam dan tuntutan anda pasti berjalan lancar dengan persediaan awal.

MySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma. Perlindungan takaful ini diberikan kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat MySalam melalui Tabung Amanah MySalam.

Kelayakan mysalam

Dalam Belanjawan 2024, Skim Perubatan MADANI akan diperluas ke seluruh negara dengan peruntukan RM100 juta yang akan memanfaatkan 700,000 rakyat. Skim mySalam juga akan diteruskan bagi tempoh dua tahun lagi.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement

Perlindungan mySalam yang pada asalnya hanya untuk golongan B40, kini bakal diberi kepada golongan M40 namun masih belum diumumkan.

Panduan Semakan MySalam

Semakan mySalam boleh dibuat secara dalam talian.

  1. Imbas kod QR di dalam poster infografik di atas atau layari portal rasmi mySalam.
  2. Isi nombor kad pengenalan anda tanpa tanda “-” dalam ruangan berwarna merah.
ruang semakan nombor kad pengenalan
  1. Klik “Semak”.
  1. Keputusan kelayakan anda akan ditunjukkan serta-merta.
  2. Jika layak, anda boleh terus log masuk untuk menghantar tuntutan.

Berikut kami kongsikan panduan membuat tuntutan bagi yang layak.

Panduan Membuat Tuntutan MySalam

Kerajaan telah berusaha mewujudkan portal mySalam bagi memudahkan dan menjimatkan rakyat yang berkeperluan.

  1. Layari portal mySalam dan klik pilihan log masuk.
  1. Klik “Log Masuk Kali Pertama”.
  1. Isikan nombor Kad Pengenalan tanpa tanda “-“.
  2. Anda akan menerima SMS dan anda hanya perlu log masuk menggunakan kata laluan yang diberi.
  3. Anda boleh menyemak maklumat peribadi dan status kelayakan mengikut tahun di halaman utama.
  4. Klik “Tuntutan” di sebelah kanan portal.
  1. Klik “Penyerahan Tuntutan”
  1. Anda perlu memilih sama ada anda ingin membuat tuntutan masuk hospital atau tuntutan penyakit kritikal seperti senarai di atas.

Tuntutan Masuk Hospital

Ikuti langkah berikut bagi tuntutan masuk hospital/hospitalisasi.

Tuntutan Penyakit Kritikal

Ikuti langkah ini bagi tuntutan penyakit kritikal.

Berikut ialah senarai 45 penyakit kritikal yang layak untuk membuat tuntutan:

  • Penyakit Alzheimer/Demensia teruk
  • Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari
  • Meningitis bakteria – mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan aktiviti kehidupan harian
  • Tumor otak benign
  • Buta – kekal dan tidak boleh pulih
  • Pembedahan otak
  • Kanser – keterukan tertentu dan tidak melindungi kanser tahap awal
  • Kardiomiopati
  • Anemia aplastik kronik – mengakibatkan kegagalan kekal sumsum tulang
  • Koma
  • Pembedahan pintasan arteri koronari
  • Pekak – kekal dan tidak boleh pulih
  • Enserfalitis
  • Kegagalan hati tahap akhir
  • Penyakit paru-paru tahap akhir
  • AIDS dengan gejala penuh
  • Hepatitis viral fulminan
  • Serangan jantung
  • Pembedahan injap jantung
  • Jangkitan HIV melalui pemindahan darah
  • Kegagalan buah pinggang – memerlukan dialisis atau transplan buah pinggang
  • Kehilangan upaya hidup sendiri
  • Hilang upaya bertutur
  • Trauma kepala major
  • Tranplan organ utama/sumsum tulang
  • Penyakit neuron motor
  • Sklerosis berbilang
  • Distrofi otot
  • Kelumpuhan anggota
  • Penyakit Parkinson
  • Hipertensi arteri pulmonari primer
  • Penyakit arteri koronari serius
  • Strok/Angin ahmar
  • Pembedahan aorta
  • Lupus Eritematosus sistemik dengan komplikasi buah pinggang yang teruk
  • Kelecuran tahap ketiga
  • Virus kurang daya tahan manusia (HIV) dijangkiti melalui pekerjaan
  • Penyakit terminal (membawa maut)
  • Penyakit sistik medular
  • Sindrom Apallic
  • Poliomielitis
  • Skleroderma progresif
  • Keradangan pankreas berulang dan kronik
  • Elefantiasis (penyakit untut)
  • Penyakit lembu gila

Anda akan menerima SMS sama ada tuntutan anda diluluskan atau tidak selepas sepuluh (10) hari bekerja setelah menerima dokumen tuntutan yang lengkap.

Jika dokumen yang anda lampirkan tidak lengkap, proses tuntutan anda mungkin akan mengambil lebih banyak masa. Jadi, pastikan kesemua keperluan dan dokumen anda lengkap.

Hubungi talian MySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam, 7 hari seminggu untuk bantuan lanjut atau hantarkan e-mel ke info@mysalam.com.my.

Add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement