semakan-bantuan-JKM semakan-bantuan-JKM

Semakan Bantuan JKM 2024 (Terkini)

Bagi anda yang telah memohon bantuan dari JKM, sudah pastinya anda tertanya-tanya bagaimana cara semakan bantuan JKM bagi tahun 2024. Kami akan kongsikan cara semakan yang mudah untuk anda di dalam artikel kali ini.

Cara Semakan Bantuan JKM 2024

1. Layari portal e-Maklum 

  • Masukkan no kad pengenalan
  • Masukkan nombor akaun bank
  • Klik carian berdasarkan nombor akaun bank
  • Pilih tarikh semakan
  • Paparan maklumat pembayaran tersedia

2. Layari portal eBantuan JKM 

  • Klik semakan status permohonan talian
  • Masukkan nombor kad pengenalan dan klik semak
  • Paparan status akan tersedia

Status yang dipaparkan adalah status yang telah dibuat permohonan atau sedang menerima bantuan. Sekiranya terdapat permasalahan semasa semakan dibuat secara dalam talian, anda boleh terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat berdekatan untuk maklumat lanjut.

Jenis Bantuan Kebajikan

Untuk makluman anda, JKM menyediakan sebanyaK 11 jenis bantuan kepada masyarakat yang memerlukan. Berikut kami kongsikan senarai bantuan tersebut untuk rujukan anda:

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement

  1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
  2. Elaun Pekerja OKU (EPOKU)
  3. Bantuan Anak Pelihara (BAP)
  4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
  5. Bantuan Am Persekutuan (BA)
  6. Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT)
  7. Bantuan Latihan Perantis (BLP)
  8. Bantuan Geran Pelancaran (GP)
  9. Tabung Bantuan Segera (TBS)
  10. Bantuan Warga Emas (BWE)
  11. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
sumber:KPWKM

Selain daripada bantuan yang disediakan oleh JKM, berikut disenaraikan juga perkhidmatan yang ditawarkan oleh JKM.

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh JKM meliputi perkhidmatan seperti berikut:

  1. Kanak-kanak
  2. Warga emas
  3. Orang papa
  4. Orang kurang upaya
  5. Psikologi dan kaunseling
  6. Komuniti
  7. Skim bantuan kebajikan
  8. Pengurusan bencana
  9. Kajian/penyelidikan
  10. Perintah khidmat masyarakat
  11. Pusat jagaan
  12. Akta keganasan rumah tangga
  13. Institusi kebajikan

Bagi anda yang memerlukan bantuan selain daripada kewangan, JKM turut menyediakan perkhidmatan psikologi dan kaunseling secara PERCUMA. Sesiapa sahaja boleh mendapatan perkhidmatan ini termasuk individu, ibu bapa, keluarga, remaja, OKU dan warga emas yang memerlukan. Caranya adalah dengan datang sendiri ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Negeri yang berhampiran dengan anda. Selain itu, anda boleh menghubungi melalui telefon untuk mendapatkan tarikh temujanji, melalui surat menyurat dan e-mel.

Lokasi JKM

Sekiranya anda belum tahu, pejabat JKM berada di banyak lokasi di seluruh Malaysia. Ia bukan sahaja mengikut daerah, tetapi juga ada di setiap negeri. Malah, JKM tersedia di Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC). Klik pautan ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut senarai MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI di setiap lokasi.

Nombor untuk Dihubungi (Ibu Pejabat)

Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045
Emel : Maklum Balas (ISPAAA)

Add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement