Kalendar hijriah Kalendar hijriah

Kalendar Islam 2024 Miladi / 1445 Hijri

Kalendar Islam bagi 2024 bermula dengan Jamadil Akhir bagi tahun 1445 Hijri.

Dengan mengetahui tarikh-tarikh mengikut kalendar Islam lebih awal, anda dapat membuat perancangan dan persiapan untuk menjalankan satu-satu ibadah, terutamanya bagi mereka yang ingin menunaikan haji dan umrah.

Begitu juga dengan mereka yang perlu menggantikan puasa Ramadan yang lepas.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement

Berikut kami kongsikan kalendar Islam 2024 (1445H/1446H).

Kalendar Islam 1445H/1446H

Peristiwa Penting Mengikut Kalendar Islam

Tarikh peristiwa penting dalam kalendar Islam 1445H/1446H bagi Malaysia.

  • Israk dan Mikraj: 27 Rejab 1445 / 8 Februari 2024
  • Awal Ramadan / Berpuasa: *1 Ramadan 1445 / 12 Mac 2024
  • Nuzul Quran: 17 Ramadan 1445 / 28 Mac 2024
  • Hari Raya Aidilfitri (Puasa): *1 Syawal 1445 / 10 April 2024
  • Awal Zulhijjah: 1 Zulhijjah 1445 / 8 Jun 2024
  • Hari Raya Aidiladha (Korban): *10 Zulhijjah 1445 / 17 Jun 2024
  • Awal Muharam (Maal Hijrah/Tahun Baru): 1 Muharam 1446 / 7 Julai 2024
  • Maulidul Rasul: 12 Rabiulawal 1446 / 16 September 2024

*Tarikh akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Malaysia

Setiap peristiwa penting ini mempunyai kisah dan sirah tersendiri. Di sini kami kongsikan beberapa pautan sebagai bacaan tambahan.

  • Israk dan Mikraj: Perjalanan Nabi S.A.W. naik ke langit dan kisah di sebalik perintah solat 5 waktu sehari semalam
  • Awal Ramadan: 8 peristiwa besar yang berlaku dalam bulan Ramadan
  • Nuzul Quran: Turunnya al-Quran dan perkaitannya dengan malam Lailatul Qadar
  • Hari Raya Aidilfitri: Sunnah Nabi S.A.W. menyambut Aidilfitri
  • Awal Zulhijjah: Keutamaan 10 hari terawal dalam bulan Zulhijjah

Dengan mengetahui kisah-kisah di sebalik peristiwa penting yang disambut setiap tahun dalam kalendar Islam, kita akan lebih menghayati dan sentiasa mengambil iktibar dalam memperbaiki kehidupan kita, bukan sekadar cuti kosong.

Bacalah, dan hayatilah. Semoga bermanfaat.

Add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement