Semakan Keputusan UPU 2024 & Rayuan Secara Online

Semakan Keputusan UPU 2024 & Rayuan Secara Online

Permohonan UPUOnline bagi sesi 2024/2025 melibatkan calon dari lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggil Persekolahan Malaysia (STPM) untuk kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA.

Untuk semakan keputusan permohonan Fasa UPUOnline bagi lepasan SPM sesi akademik 2024/2025, anda boleh mula buat semakan mulai 28 JUN 2024 (12.00 TENGAH HARI) HINGGA 7 JULAI 2024 (5.00 PETANG).

Pengesahan setuju terima tawaran bermula pada 29 JUN 2024 hingga 7 Julai 2024.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan langkah-langkah membuat semakan keputusan UPU 2024 secara dalam talian.

Baca juga:

Semakan keputusan UPU 2024

Semakan keputusan UPU boleh dilakukan secara online melalui dua cara iaitu portal rasmi UPUOnline atau aplikasi UPU Pocket.

Semakan melalui portal UPU

Berikut adalah cara semakan keputusan UPU 2024 melalui portal rasmi UPU:

  1. Layari portal rasmi UPU:  https://upu.mohe.gov.my atau pautan alternatif seperti: https://jpt.utm.myhttps://jpt.uum.edu.myhttps://jpt.unimas.myhttps://jpt.ums.edu.my, dan https://jpt.umt.edu.my.
  2. Isikan No Kad Pengenalan dan pilih kategori yang hendak anda semak.
  3. Klik “Masuk” untuk lihat paparan keputusan.

Semakan melalui aplikasi UPU Pocket

Anda boleh juga membuat semakan dengan cepat dan percuma menerusi aplikasi UPU Pocket. UPU Pocket adalah sebuah aplikasi mudah alih (mobile) yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi.

Aplikasi ini dibina bertujuan membantu pelajar dan ibu bapa mendapatkan perkhidmatan dan rujukan dalam urusan kemasukan pelajar ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam.

Anda boleh memuat turun secara percuma aplikasi UPU Pocket di sini:

Berikut adalah cara semakan keputusan UPU 2024 melalui aplikasi UPU Pocket:

  1. Klik icon “UPUPOCKET”. Kemudian klik “Semakan”.
  2. Klik “Semakan Keputusan”.
  3. Isikan “No Kad Pengenalan” dan pilih “Program Pengajian” lepasan SPM.
  4. Kemudian, klik “Semak”.
  5. Keputusan semakan UPU anda akan terpapar di skrin.
  6. Klik link pada laman web insititusi yag ditawarkan untuk membuat pengesahan terima tawaran pada waktu/masa yang telah ditetapkan oleh institusi berkenaan.

*Sekiranya anda tidak membuat pengesahan setuju terima pada tarikh yang telah ditetapkan, anda dianggap telah menolak tawaran.

Tempoh semakan keputusan UPU 2024

Anda boleh rujuk tarikh-tarikh penting di bawah untuk mengetahui tentang tempoh semakan keputusan UPU sesi 2024:

Bagi calon lepasan SPM, hebahan keputusan keputusan akan bermula pada MINGGU PERTAMA JULAI 2024.

Tempoh setuju terima adalah selama 9 hari dan surat tawaran akan dikeluarkan 1 hari selepas hebahan rasmi.

Tempoh rayuan akan diberikan selama 10 hari. Untuk sesi pendaftaran pelajar baru pula akan bermula pada:

  • Pendaftaran pelajar baharu : Minggu ke-4 Julai 2024
  • Pendaftaran Pelajar Baharu (Rayuan) : Minggu ke-3 Ogos 2024

Untuk pelajar yang terlibat dengan temuduga atau ujian kursus program, proses tersebut akan bermula sepanjang bulan Mei hingga Ogos 2024.

Bagi pelajar lepasan STPM / Matrikulasi / Asasi / STAM / Diploma / Setaraf, hebahan keputusan keputusan akan bermula pada MINGGU KEDUA SEPTEMBER 2024.

Tempoh setuju terima adalah selama 9 hari dan surat tawaran akan dikeluarkan 1 hari selepas hebahan rasmi.

Tempoh rayuan akan diberikan selama 10 hari. Untuk sesi pendaftaran pelajar baru pula akan bermula pada:

  • Pendaftaran pelajar baharu : Minggu ke-4 September 2024
  • Pendaftaran Pelajar Baharu (Rayuan) : Minggu ke-2 Oktober 2024

Permohonan rayuan UPU 2024

Tarikh / tempoh permohonan rayuan UPUOnline 2024 bagi pelajar lepasan SPM bermula pada 28 JUN 2024 (Jumaat), 12 tengah hari sehingga 7 JULAI 2024 (Ahad), 5 petang.

Anda boleh buat permohonan rayuan melalui portal rasmi UPU di pautan berikut: https://upu.mohe.gov.my

Maklumat lanjut

Apa-apa maklumat lanjut yang berkaitan UPUOnline, anda boleh ajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA) secara terus melalui alamat berikut:

No tel : 03 – 8684 2363
Emel : upu@mohe.gov.my
Sistem Maklum Balas : https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/
UPUChat http://upu-chat.ml/UPUChat/

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Leave your vote

Share your love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.