Doa Dhuha : Dalam Bahasa Arab dan Rumi (Terjemahan)

Doa Dhuha : Dalam Bahasa Arab dan Rumi (Terjemahan)

Doa dhuha adalah doa yang dibaca selepas menunaikan solat dhuha. Solat dhuha adalah solat sunat yang dilakukan pada waktu pagi selepas terbit matahari sehingga sebelum waktu zuhur.

Solat ini mempunyai keutamaan tersendiri dalam Islam dan sering kali dikaitkan dengan memohon rezeki dan kemudahan dalam kehidupan.

Artikel pada kali ini akan kami kongsikan kepada anda panduan bacaan doa dhuha dalam teks arab, rumi dan terjemahan maksudnya.

Baca juga:

Apa itu dhuha?

Dhuha dalam Bahasa Arab adalah  (الضحى‎) boleh diterjemahkan kepada “Waktu Pagi” atau “Sinar Pagi”.

Istilah dhuha boleh ditemukan dalam beberapa tempat dalam Al-Quran, antaranya dalam surah Thaha:59, AI-A’raf:98, dan An-Nazi’at: 46.

Bacaan doa dhuha

اللهمَّ إنَّ الضُّحى ضُحَاؤك، والبَهَاء بَهَاؤك، والجَمالَ جَمالَك، والقوَّةَ قوَّتَك، والقُدرةَ قُدرتَك، والعِصمةَ عِصمتَك. اللهمَّ إن كانَ رِزقي في السماءِ فَأنْزِلْه، وإن كانَ في الأرضِ فأَخْرِجْه، وإن كانَ مُعَسِّراً فَيَسِّرْه، وإن كانَ حَرَاماً فَطَهِّرْه، وإن كانَ بَعيداً فَقَرِّبْه، بحَقِّ ضُحَائِك، وجَلالِك، وجَمالِك، وقُوَّتِك، وقُدْرتِك، آتِني ما آتَيتَ عِبادَك الصَّالحين

Allahumma innaddhuhaa’a dhuhaa uka. Walbahaa’a bahaa uka. Waljamaala jamaaluka. Walquwwata quwatuka. Walqudrota qudrotuka. Wal’ismata ‘ismatuka. Allahumma inkaana rizqi fissamaa’i fa’anzilhu. Wa’inkaana fil ardhi fa’akhrijhu. Wa’in kaana mu’assaron fayassirhu. Wa’in kaana harooman fathohhirhu. Wa’inkaana ba’idan faqorribhu. Bihaqqi dhuhaa ika wabahaa ika wajamaalika waquwwatika waqudrotika aatini maa ataita min ‘ibaadikassolihiin.

“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan, keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.”

Kelebihan solat sunat dhuha

Solat sunat dhuha adalah sunnah yang dilazimi oleh Rasulullah SAW. Rasulullah. Rasulullah SAW berwasiat kepada umatnya untuk merutinkan solat sunat dhuha.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa dia berkata, “Kekasihku (Rasulullah) memberikan pesan (wasiat) kepadaku dengan tiga hal yang tidak pernah aku tinggalkan hingga aku meninggal nanti; iaitu puasa tiga hari setiap bulan, solat Dhuha, dan tidur dalam keadaan sudah mengerjakan solat witir.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Kelebihan solat sunat dhuha ini juga adalah menyamai seseorang itu telah melaksanakan sedekah terhadap 360 sendi di dalam badan. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim.

Daripada Abi Zar RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ، فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ، وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ، وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ، وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ، وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ، وَنَهْيٌ عَنِ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ، وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنَ الضُّحَى

Maksudnya: “Pada pagi hari, setiap sendi salah seorang daripada kamu memerlukan kepada sedekah. Maka setiap tasbih (subhanallah) itu adalah sedekah, setiap tahmid (alhamdulillah) itu adalah sedekah, setiap takbir (allahuakbar) itu adalah sedekah, menyuruh berbuat perkara yang baik adalah sedekah, melarang daripada perkara yang mungkar adalah sedekah. Dan semua itu cukup (bersedekah kepada semua sendi itu) dengan dua rakaat yang telah didirikan oleh seseorang itu daripada solat Dhuha.” [Riwayat Muslim (720)]

Kesimpulannya, sangat jelaslah kelebihan-kelebihan yang ada pada waktu dhuha. Justeru, melazimkan diri untuk solat sunat dhuha dan mengamalkan bacaan doa dhuha adalah sangat digalakkan.

Bahkan lebih besar keistimewaannya kepada mereka yang beristiqamah mengerjakannya.

Sumber:

  1. Irsyad Al-Hadith Siri Ke-223: Solat Dhuha Mendapat Istana Emas. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Solat Dhuha: Panduan Lengkap Beserta Doa Dhuha (JAKIM). eCentral

Leave your vote

Share your love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.