murid gembira cuti sekolah bermula murid gembira cuti sekolah bermula

Cuti Sekolah 2024/2025

Kerajaan telah mengeluarkan Kalendar Akademik supaya dapat memudahkan pelbagai pihak membuat perancangan awal ketika musim cuti sekolah bagi sesi 2024/2025.

cuti sekolah 1
Cadangan aktiviti cuti sekolah bersama anak. Gambar oleh Марина Вельможко dari Pixabay.

Kalendar Akademik ini terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan A (Negeri Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu) dan Kumpulan B (Negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya).

Baca juga: Kalendar Umum 2024

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement

Cuti Sekolah Mengikut Kumpulan

Sekolah Kumpulan A

Cuti sekolah bagi sekolah-sekolah di Negeri Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu.

PENGGALTARIKH MULATARIKH TAMAT
110/03/202423/05/2024
CUTI PENGGAL24/05/202402/06/2024
203/06/202412/09/2024
CUTI PENGGAL13/09/202421/09/2024
322/09/202419/12/2024
CUTI PENGGAL20/12/202428/12/2024
Sambungan
Penggal 3
29/12/202416/01/2025
CUTI AKHIR17/01/202515/02/2025

Sekolah Kumpulan B

Cuti sekolah bagi sekolah-sekolah di Negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

PENGGALTARIKH MULATARIKH TAMAT
111/03/202424/05/2024
CUTI PENGGAL25/05/202402/06/2024
203/06/202413/09/2024
CUTI PENGGAL14/09/202422/09/2024
323/09/202420/12/2024
CUTI PENGGAL21/12/202429/12/2024
Sambungan
Penggal 3
30/12/202417/01/2025
CUTI AKHIR18/01/202516/02/2025

Memandangkan sekarang anda sudahpun tahu cuti sekolah secara umumnya, berikut kami sertakan pula cuti tambahan bagi perayaan yang diperuntukkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi sesi 2024/2025.

CUTI PERAYAANKUMPULAN AKUMPULAN BCATATAN
HARI RAYA AIDILFITRI
10/04/2024
&
11/04/2024
07/04/2024
08/04/2024
09/04/2024
08/04/2024
09/04/2024
12/04/2024
3 hari cuti tambahan
HARI DEEPAVALI
31/10/2024
30/10/202430/10/2024
&
01/11/2024
Kecuali Negeri Sarawak
*KPM beri 1 hari cuti tambahan kepada Negeri Sarawak pada 31/10/2024 bagi sambutan Hari Deepavali

Cuti Perayaan dalam Cuti Sekolah

Ada beberapa perayaan berlaku serentak dengan cuti sekolah:

  • Perayaan Tahun Baru Cina 2024: 10 & 11 Februari 2024
  • Pesta Kaamatan (Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja): 30 & 31 Mei 2024
  • Perayaan Hari Gawai Dayak (Sarawak sahaja): 01 & 02 Jun 2024
  • Perayaan Hari Natal: 25 Disember 2024
  • Perayaan Tahun Baru Cina 2025: 29 & 30 Januari 2025

Cuti dah umum, apa tunggu lagi? Cepat dapatkan tiket ke tempat-tempat menarik yang wajib anda kunjungi bersama anak-anak!

Add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement