Negeri di Malaysia: Senarai Lengkap dan Keistimewaannya

13 negeri di Malaysia dan wilayah persekutuan membentuk sebuah negara yang majmuk dengan rakyatnya berbilang bangsa.

Jom, kita kenali satu per satu negeri di Malaysia ini bermula dari bendera dan jata negerinya sehinggalah keistimewaan yang ada padanya.

Baca juga:

Ibu negeri di Malaysia

NegeriIbu NegeriBandar DirajaKetua Negeri
JohorJohor BahruMuarSultan
KedahAlor SetarAlor Setar (Anak Bukit)Sultan
KelantanKota BharuKota BharuSultan
MelakaBandaraya MelakaYang di-Pertua Negeri
Negeri SembilanSerembanSeri MenantiYang di-Pertua Besar
PahangKuantanPekanSultan
Pulau PinangGeorgetownYang di-Pertua Negeri
PerakIpohKuala KangsarSultan
PerlisKangarArauRaja
SabahKota KinabaluYang di-Pertua Negeri
SarawakShah AlamKlangYang di-Pertua Negeri
TerengganuKuala TerengganuKuala TerengganuSultan
Wilayah Persekutuan Kuala LumpurKuala Lumpur
Wilayah Persekutuan LabuanBandar Victoria
Wilayah Persekutuan PutrajayaPutrajaya

Bendara dan maksud jata negeri

Berikut adalah maksud bendera dan jata negeri di Malaysia:

1. Johor Darul Takzim

negeri di Malaysia
  • Warna putih pada anak bulan dan bintang melambangkan Raja yang berdaulat
  • Simbol anak bulan dan bintang adalah lambang agama Islam yang menjadi agama rasmi negeri Johor
  • Warna merah melambangkan keberanian dan ketabahan
  • Warna biru melambangkan kerajaan dan rakyat
negeri di Malaysia
  • Makhkota: Kedaulatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor
  • Bintang: Empat jajahan asal negeri iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau
  • Bintang dan bulan: Agama Islam
  • Harimau: Keberanian dan kekuatan
  • Lukisan berbunga-bunga di bawah perisai: Gambir dan lada hitam, dua jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini
  • Tulisan jawi: Cogan bagi negeri Johor

2. Selangor Darul Ehsan

negeri di Malaysia
  • Bulan dan bintang melambangkan agama Islam adalah agama rasmi negeri
  • Warna putih kesucian agama Islam
  • Empat bahagian yang berwarna kuning dan merah maksudnya daging dan darah unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri
negeri di Malaysia
  • Bulan Sabit: Agama Islam agama rasmi negeri Selangor
  • Keris Panjang Beruk Berayun:
  • Tulisan Jawi: Yang bermaksud “Dipelihara Allah” cogan kata negeri Selangor
  • Reben Kuning dengan tulisan “Selangor”: Dasar
  • Lembing Sembuana: Alat-alat kebesaran negeri Selangor
  • Bintang: Agama Islam agama rasmi negeri Selangor
  • Bengkung: Pengikat jata negeri. Pengikat pinggang pahlawan-pahlawan zaman dahulu
  • Keris Terapang Gabus: Alat-alat kebesaran Negeri Selangor

3. Terengganu Darul Iman

negeri di Malaysia
  • Latar belakang berwarna putih: Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu
  • Warna hitam: Melingkungi Tanah Hitam yang bermakna rakyat
negeri di Malaysia
  • Bulan dan bintang: Negeri Islam
  • Buku undang-undang di sebelah kiri: Keadilan
  • Pedang, keras panjang dan cokmar: Alat kebesaran negeri
  • Selampai/Wali: Alat-alat istiadat kebesaran
  • Makhota: Pemerintahan Diraja
  • Al-Quran di sebelah kanan: Agama Islam agama rasmi negeri

4. Perlis

negeri di Malaysia
  • Kuning: Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis
  • Biru: Rakyat
  • Bendera itu maknannya kerjasama yang erat di antara Raja dengan rakyat baginda
negeri di Malaysia
  • Lingkaran padi: Pekerjaan utama dan hasil utama negeri ini iaitu padi
  • Perisai negeri ini: Kebangsaan dan kehormatan
  • Lambang keseluruhannya bermakna kebangsaan negeri itu kerana kekayaan hasil padinya

5. Negeri Sembilan Darul Khusus

negeri di Malaysia
  • Kuning: Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
  • Bahagian segi tiga yang berwarna merah: Rakyat
  • Bahagian segi tiga yang berwarna hitam: Datuk-datuk undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini
negeri di Malaysia
  • Sembilan tangkai padi di dalam perisai: Sembilan buahh negeri dalam gabungan Negeri Sembilan yang lama
  • Bintang pecah sembilan: Sembilan buah negeri dalam gabungan yang sama
  • Pedang dan sarung di atas perisai: Tanda keadilan
  • Di bahagian tengah jata antara pedang dan sarung pula terletak Changgai Putri: Tanda kebesaran Yang Di-Pertuan Besar
  • Warna kuning: Yang Di-Pertuan Besar
  • Warna merah dalam perisai: Hubungan-hubungan pada masa lalu dengan British
  • Warna hitam: Dato’-Dato’ Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin

6. Kelantan Daru Naim

negeri di Malaysia
  • Merah: Kejujuran penduduk, rakyat
  • Lambang kebesaran berwarna putih: Tanda kesucian Raja negeri ini
negeri di Malaysia
  • Mahkota: Kedaulatan Sultan Kelantan
  • Dua tombak dan dua keris: Kekuatan orang-orang Melayu Kelantan
  • Bulan dan bintang: Agama Islam
  • Dua laras meriam: Sentiasa bersedia untuk mempertahankan diri
  • Dua ekor kijang: Sejarah tua negeri ini di masa Che’Wan Kembang Permaisuri Kelantan yang terlalu kasih pada kijang kesayangannya
  • Tulisan jawi: Cogan jata ialah “Berserah Kepada Tuhan Kerajaan Kelantan”

7. Perak Darul Ridzuan

  • Warna putih: Kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan
  • Warna kuning: Kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan
  • Warna hitam: Kebesaran Duli Yang Maha Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan
  • Jata: Kedaulatan Raja Pemerintah
  • Bulan sabit: Agama Islam
  • Bunga padi: Sumber perusahaan rakyat dan kesuburan negeri ini

8. Kedah Darul Aman

  • Merah: Warna kebangsaan negeri Kedah yang turun-temurun
  • Padi: Negeri ini makmur dalam hak kehidupan
  • Anak bulan: Simbol agama Islam
  • Perisai: Sultan negeri sebagai pelindung dan penjaga rakyatnya
  • Jambangan biji padi: Komoditi pertanian utama negeri ini iaitu beras
  • Bulan sabit: Agama Islam
  • Perisai: Kekuasaan pemerintah

9. Sabah

  • Biru muda: Melambangkan keamanana dan kesejahteraan
  • Biru tua: Melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama
  • Biru cerah: Melambangkan perpaduan dan kemakmuran
  • Putih: Melambangkan kesucian dan keadilan
  • Merah: Melambangkan keberanian dan keyakinan
  • Sepasang tangan yang menjulang megah memegang bendera Sabah: Semangat perpaduan erat dan kerjasama yang lama terjalin di kalangan rakyat pelbagai kaum
  • Warna biru zircon: Keamanan dan ketenteraman
  • Warna biru salji: Perpaduan dan kemakmuran
  • Warna biru nilakandi: Kekuatan dan semangat kerjasama
  • Warna putih: Kemurnian dan keadilan
  • Warna merah cili: Keberanian dan keyakinan
  • Gunung Kinabalu: Kerajaan negeri Sabah

10. Sarawak

  • Warna merah: Keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat
  • Warna kuning: Keagungan Perundangan dan Peraturan, perpaduan serta stabiliti dalam masyarakat yang berbilang kaum
  • Warna hitam: Kekayaan sumber asli Sarawak
  • Burung kenyalang: Keberanian, kegagahan dan keazaman
  • Bintang pecah sembilan: Sembilan bahagian negeri-negeri Sarawak
  • 13 jalur di sayap: 13 buah negeri di Malaysia
  • Bunga raya: Bunga kebangsaan Malaysia
  • Cogan kata “Bersatu, Berusaha, Berbakti”: Kedaulatan negeri dan sentiasa menjunjung cita-cita negara Malaysia

11. Melaka

  • Warna merah, putih, kuning dan biru: Warna-warna Bendera Persekutuan dan menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam Persekutuan
  • Anak bulan dan bintang pecah lama: Tanda Agama Islam, agama negeri dan Malaysia
  • Warna merah, biru, kuning, dan putih: Melaka sebuah negeri dalam Malaysia
  • Lima bilah keris: Lima orang pahlawan termasyhur pada zaman dahulu
  • Bulan dan bintang: Agama Islam
  • Pokok Melaka: Pohon dari mana negeri ini mendapat namanya
  • Dua ekor pelanduk: Memperingati riwayat tua yang telah menyebabkan Raja Melaka yang pertama mengambil keputusan untuk menetap dalam negeri ini dan membukanya

12. Pulau Pinang

  • Warna biru muda: Warna laut yang indah di sekeliling pulau itu
  • Warna putih: Negeri Pulau Pinang yang aman damai
  • Warna kuning: Tanda kemakmuran negeri ini
  • Pohon pinang: Pohon dari mana pulau itu mendapat namanya
  • Dua tiang: Serampang dua mata dalam dasar ekonomi baru iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat
  • Empat kabel: 4 jenis keturunan rakyat di negeri ini iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain
  • Jalur biru dan putih: Rukun negera dan lima daerah pentadbiran yang terdapat di Pulau Pinang

13. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

  • 14 jalur merah dan putih: Keanggotaan 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terletak di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan
  • Bulan sabit dan bintang: Melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi
  • Bintang berbucu 14: 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bertindak sebagai Pusat Kerajaan dan Pentadbira
  • Warna biru tua: Perpaduan warga kota Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berbilang kaum
  • Warna merah: Keberanian, kegagahan
  • Warna kuning: Kedaulatan dan kemakmuran Kuala Lumpur
  • Warna putih: Keluhuran, kebersihan dan keindahan

14. Wilayah Persekutuan Labuan

  • Bulan dan bintang: Agama Islam sebagai agama rasmi
  • Warna merah: Melambangkan keberanian bermakna Pulau Labuan adalah menjadi Wilayah Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia
  • Warna putih: Kesucian, keikhlasan dan kesungguhan dalam mempertingkatkan katahanan rakyat yang beradab, berkebudayaan dan berkeperibadian Malaysia
  • Warna biru: Perpaduan rakyat berbilang kaum, hidup bersatu dan aman makmur
  • Bintang pecah 14: Negeri-negeri dan kerajaan persekutuan bersatu dalam Persekutuan Malaysia

15. Wilayah Persekutuan Putrajaya

  • Warna biru: Keharmonian dan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa
  • Warna kuning: Warna Diraja Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu
  • Logo Persekutuan: Wilayah Persekutuan Putrajaya menjadi toggak pentadbiran negara yang bru dengan kekuatan dan semangat yang utuh dalam mengharungi era globalisasi dan matlamat menjadikan Malaysia sebuahh negara maju

16. Pahang Darul Makmur

  • Warna putih: Kedaulatan dan pemerintahan negeri meliputi perkara-perkara berkenaan adat resam, adat istiadat, undang-undang, tatasusila dan kuasa-kuasa seorang Sultan yang memerintah negeri ini
  • Warna hitam: Warna kebesaran Bendahara pada masa lampau yang pernah memerintah negeri ini
  • Mata cogan: Peristiwa kejayaan sewaktu menyusun perancangan untuk mengambil alih pemerintahan Kerajaan Pahang oleh Wan Ahmad (Sultan Ahmad) yang ketika itu dihidangkan air kopi
  • Gading gajah: Kegagahan dan keperwiraan negeri ini
  • Tulisan jawi “Ya Latiff”: Pemerintahan Sultan yang dipaksikan kepada agama Islam

Keunikan negeri di Malaysia

Berikut adalah antara keunikan dan keistimewaan yang terdapat di setiap negeri di Malaysia

1. Johor: Terletak di ujung selatan Semenanjung Malaysia, Johor adalah negeri yang kaya akan sejarah dan warisan budaya. Ia terkenal dengan tempat-tempat bersejarah seperti Kota Tinggi dan Muar. Johor juga merupakan rumah bagi destinasi pelancongan popular seperti Legoland Malaysia dan Pulau Rawa.

2. Kedah: Terletak di utara Semenanjung Malaysia, Kedah adalah negeri pertanian yang subur dengan sawah padi yang luas. Ia juga terkenal dengan destinasi pelancongan alam semulajadinya Gunung Jerai dan Pantai Cenang di Langkawi.

3. Kelantan: Terletak di timur Semenanjung Malaysia, Kelantan adalah negeri yang kaya akan warisan budaya Melayu tradisional. Ia terkenal dengan seni tradisional seperti Wayang Kulit dan Tarian Mak Yong. Kelantan juga memiliki pantai yang indah di Pantai Cahaya Bulan.

4. Melaka: Dikenal sebagai “Negeri Bersejarah”, Melaka adalah salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia. Ia memiliki warisan budaya yang kaya seperti Kota A Famosa, St. Paul’s Hill, dan Jonker Street. Melaka juga terkenal dengan masakan Baba Nyonyanya yang lazat dan memukau selera.

5. Negeri Sembilan: Terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia, Negeri Sembilan adalah negeri yang kaya akan budaya Minangkabau. Ia terkenal dengan arkitektur tradisionalnya yang unik serta destinasi pelancongan alam semuladi seperti Gunung Datuk dan Pantai Teluk Kemang.

6. Pahang: Merupakan negeri terbesar di Semenanjung Malaysia, Pahang menawarkan keindahan alam yang menakjubkan. Ia adalah rumah bagi Taman Negara, yang merupakan hutan hujan tertua di dunia. Pahang juga memiliki destinasi pelancongan pantai yang indah seperti Cherating dan Pantai Teluk Chempedak.

7. Perak: Terletak di barat daya Semenanjung Malaysia, Perak adalah negeri yang kaya akan sejarah dan kebudayaan. Ia terkenal dengan bangunan bersejarah seperti Istana Kellie’s Castle dan kuil-kuil Cina di Ipoh. Perak juga memiliki destinasi pelancongan alam semula jadi seperti Gua Tempurung dan Pulau Pangkor.

8. Perlis: Merupakan negeri terkecil di Semenanjung Malaysia, Perlis adalah negeri yang tenang dengan pemandangan alam yang menawan. Ia terkenal dengan perkebunan anggurnya dan tempat-tempat menarik seperti Kota Kayang dan Taman Alam Kuala Perlis.

9. Penang: Terletak di barat laut Semenanjung Malaysia, Pulau Pinang atau Penang adalah salah satu destinasi pelancongan terpopuler di Malaysia. Ia terkenal dengan kota bersejarahnya, George Town, yang merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO. Pulau Pinang juga terkenal dengan makanan jalanan dan keindahan alamnya seperti Bukit Bendera dan Pantai Batu Ferringhi.

10. Sabah: Salah satu dari dua wilayah Malaysia di Borneo, Sabah adalah negeri yang kaya akan keanekaragaman alam. Ia terkenal dengan Gunung Kinabalu, puncak tertinggi di Malaysia, serta taman-taman nasionalnya yang menakjubkan seperti Taman Nasional Kinabalu dan Taman Nasional Danum Valley.

11. Sarawak: Terletak di bagian barat Borneo, Sarawak adalah negeri yang kaya akan kebudayaan suku Dayak dan keindahan alamnya. Ia terkenal dengan tempat-tempat seperti Taman Nasional Gunung Mulu, Sarawak Cultural Village, dan Sungai Rajang, sungai terpanjang di Malaysia.

Secara keseluruhan, kepelbagaian negeri-negeri Malaysia menawarkan pengalaman yang unik dan menakjubkan kepada pengunjung.

Dari keindahan alam semula jadi hingga warisan sejarah dan budaya yang kaya, setiap negeri menyumbangkan ciri-ciri yang membuatkan Malaysia begitu unik.

Inilah yang membuat Malaysia menjadi destinasi yang menarik dan tidak dapat dilupakan bagi pelancong dari seluruh dunia.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik tentang aktiviti yang dijalankan di setiap negeri, anda boleh layari portal rasmi Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya: https://www.motac.gov.my/

Leave your vote

Share your love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.