Semakan MyKid: Cara Membuat Permohonan & Semakan Status
Ibu ayah yang telah memohon MyKid untuk anak-anak di portal JPN, kini boleh buat semakan MyKid secara online dengan cepat dan mudah di mana jua.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan cara buat semakan MyKid khusus untuk mereka yang ingin membuat permohonan kad pengenalan tersebut.
Baca juga:
Apa itu MyKid?
Kita mungkin selalu dengar perkataan MyKid tetapi tidak tahu apakah maksud sebenarnya dari segi istilah.
Perkataan “My” bermaksud “Malaysia”. Manakala perkataan “Kid” pula adalah singkatan dari “Kad Identiti Diri”.
Jadi dari segi istilahnya MyKid adalah kad pengenalan diri kanak-kanak bercip yang dikeluarkan khusus untuk golongan kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.
MyKid ini sama sahaja dengan MyKad orang dewasa, hanya sahaja ia tidak mempunyai gambar dan cap jari.
Tiga aplikasi utama yang ada di dalam cip ini adalah aplikasi JPN (data kelahiran) maklumat kesihatan dan maklumat pendidikan.
Fungsi dan kegunaan MyKid
Nombor pengenalan diri yang terdapat pada MyKid ini akan digunakan di dalam semua urusan dari lahir hingga ke akhir hayat.
Kelebihan MyKid
- Mengurangkan penggunaan borang semasa berurusan dengan agensi kerajaan atau swasta.
- Boleh digunakan semasa berurusan dengan jabatan atau agensi-agensi seperti hospital atau klinik bagi tujuan pemeriksaan kesihatan, persekolahan dan sebagainya.
- Mudah dibawa kerana bersaiz kecil.
- Mempunyai ciri keselamatan untuk mengelak dari disalahgunakan.
- Berteknologi cip di mana maklumat boleh dibaca pada kad atau di dalam cip. Maklumat dalam cip tersebut juga mudah untuk dikemaskini.
- Rekaan kadnya cantik dan menarik.
Cara memohon MyKid online
Permohonan MyKid secara online boleh dilakukan menerusi laman portal rasmi JPN sendiri. Berikut adalah panduan lengkapnya.
1. Imbas QR kod di bawah ini atau layari portal rasmi JPN: https://www.jpn.gov/my/my/perkhidmatan/kelahiran
2. Klik pada “Permohonan Pendaftaran Kelahiran Dalam Talian”.
3. Anda akan melihat paparan pop-up keluar di skrin. Tekan sahaja “OK”.
4. Lagi satu pop-op akan keluar di skrin. Tekan juga “Always Show”. Nanti anda boleh lihat menu “Daftar Pengguna Baru”. Klik pada butang tersebut.
5. Anda akan dibawa masuk ke dalam portal myGovernment iaitu aplikasi mudah alih Portal Kerajaan Malaysia yang dibangunkan untuk tujuan mempelbagaikan saluran perkhidmatan Kerajaan kepada rakyat bagi capaian perkhidmatan digital serta informasi.
6. Isikan maklumat dengan lengap (Status Kewarganegaraan, Nombor Kad Pengenalan, Nama Penuh, emel, Kod, dan Telefon)
7. Buka emel untuk aktifkan kata laluan anda. Dalam emel anda perlu klik sahaja kotak biru untuk aktifkan ID yang didaftarkan tadi.
8. Masukkan No.IC dan kata laluan yang ditetapkan. Dan Login masuk ke dalam portal JPN.
9. Isikan borang daftar kelahiran online dengan lengkap untuk semua butiran yang diperlukan.
10. Setelah mengisi semua maklumat, anda akan menerima notifikasi “Permohonan Anda Telah Berjaya”.
Cara memohon MyKid walk in
Bagi anda yang hendak membuat permohonan MyKid secara walk in, anda perlu datang sendiri ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang berdekatan.
Anda perlu membawa sekali dokumen yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan bapa, salinan kad pengenalan ibu, salinan sijil kelahiran bayi, dan salinan sijil perkahwinan ibu bapa.
Berikut adalah waktu operasi di kaunter JPN seluruh negara:
Negeri | Waktu Operasi Kaunter | UTC* |
---|---|---|
WP Kuala Lumpur WP Putrajaya Selangor Negeri Sembilan Melaka Pahang Perak Perlis Pulau Pinang | Isnin-Jumaat (8.00 pagi hingga 4.45 petang) Waktu Rehat Isnin-Khamis (1.00 hingga 2.00 petang) Jumaat (12.15 tengah hari hingga 2.45 petang) | Isnin-Jumaat (8.00 pagi hingga 9.00 malam) Sabtu-Ahad (8.00 pagi hingga 5.00 petang) Waktu Rehat (12.15 tengah hari hingga 2.45 petang) |
Johor Kelantan Terengganu Kedah | Ahad-Rabu (8.00 pagi hingga 4.45 petang) Waktu Rehat Ahad-Khamis (1.00 hingga 2.00 petang) Khamis (8.00 pagi – 3.15 petang) | Ahad-Kahmis (8.00 pagi hingga 9.00 malam) Waktu Rehat Jumaat (12.15 tengah hari hingga 2.45 petang) Jumaat-Sabtu (8.00 pagi – 5.00 petang) |
Sabah Sarawak | Isnin-Jumaat (8.00 pagi hingga 4.45 petang) Waktu Rehat Isnin-Khamis (1.00 hingga 2.00 petang) Jumaat (11.45 tengah hari hingga 2.15 petang) | Isnin-Jumaat (8.00 pagi hingga 7.00 malam) Sabtu-Ahad (8.00 pagi hingga 5.00 petang) Waktu Rehat (11.45 tengah hari hingga 2.15 petang) |
WP Labuan | Isnin-Jumaat (8.00 pagi hingga 4.45 petang) Waktu Rehat Isnin-Khamis (1.00 hingga 2.00 petang) Jumaat (11.30 pagi hingga 2.00 petang) | Isnin-Jumaat (8.00 pagi hingga 7.00 malam) Sabtu-Ahad (8.00 pagi hingga 5.00 petang) Waktu Rehat (11.30 pagi hingga 2.00 petang) |
*(terlakluk kepada pengurusan UTC dan arahan pihak berkuasa negeri)
Cara membuat semakan MyKid
Untuk membuat semakan MyKid, berikut adalah pandua lengkapnya:
- Buka portal JPN untuk membuat semakan di: http://semakan.jpn.gov.my/semak_mykid/
- Lengkapkan maklumat seperti yang diminta di dalam sistem seperti No.MyKid dan Captch.
- Klik pada butang “Semak”.
- Anda boleh buat semakan MyKid. Status permohonan MyKid akan muncul. Sekiranya MyKid siap, ibu bapa boleh ambil di kaunter JPN berdekatan.
- Jika diberi surat notis, sila bawa bersama kad pengenalan pemohon (ibu bapa) dan sijil lahir anak yang asli.
Maklumat lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan dan semakan MyKid ini, anda boleh melayari laman web rasmi Jabatan Pendaftaran Negara di pautan berikut: https://www.jpn.gov.my/my/
GIPHY App Key not set. Please check settings