Senarai Universiti Terbaik di Malaysia 2024/2025 – TERBARU
Apakah universiti terbaik di Malaysia yang diiktiraf dengan ranking pernarafan tertinggi dan tersenarai dalam kelompok universiti terbaik di dunia juga?
Artikel kali ini, kami akan kongsikan kepada anda senarai lengkap universiti terbaik di Malaysia, Asia Tenggara dan seluruh dunia bagi tahun 2024/2025.
Baca juga:
Kriteria penilaian ranking universiti
QS World University Ranking 2025 menggunakan pakai kriteria penilaian ranking universiti terbaik di Malaysia seperti berikut:
1. Reputasi akademik (30%)
Metrik reputasi akademik adalah berdasarkan kepada tinjauan ahli fakulti, penyelidik, dan profesional dalam akademik dari seluruh dunia yang mencalonkan institusi berdasarkan kecemerlangan akademik, kualiti penyelidikan, impak dan inovasi.
2. Reputasi majikan (15%)
Metrik ini menilai reputasi universiti dalam kalangan majikan, penunjuk kebolehpasaran pelajara. Tinjauan yang dihantar kepada beribu-ribu majikan di seluruh dunia mengumpulkan penarafan mereka bagi universiti terbaik untuk menghasilkan graduan yang berkaitan.
3. Nisbah fakulti/pelajar (10%)
QS melihat nisbah fakulti kepada pelajar sebagai penunjuk persekitaran pembelajaran dalam pengajaran disesebuah institusi. Lebih banyak sumber kakitangan akademik tersedia untuk pelajar seperti pengajaran dan pembangunan kurikulum adalah lebih baik.
4. Petikan akademik dalam kerta kerja, citation (20%)
Untuk menetapkan metrik ini, QS menilai bilangan petikan akademik dalam kertas kerja yang dihasilkan oleh institusi dengan mengambil kira saiz universiti, sepanjang tempoh lima tahun.
QS juga melakukan normalisasi untuk mengekalkan pengaruh penyelidikan secara meluas sama untuk bidang akademik yang berbeza, memandangkan bidang tertentu menerbitkan lebih banyak kertas kerja daripada yang lain.
5. Nisbah pelajar antarabangsa (5%)
Metrik ini menunjukkan betapa berkesannya institusi dalam menarik minat ahli fakulti dan pelajara dari seluruh dunia.
6. Nisbah fakulti antarabangsa (5%)
Metrik ini menunjukkan betapa berkesannya institusi dalam menarik minat ahli fakulti dan pelajara dari seluruh dunia.
7. Rangkaian penyelidikan antarabangsa (5%)
Metrik ini merupakan penunjuk kualiti perkongsian penyelidikan dan kerjasama institusi di peringkat antarabangsa.
8. Hasil pekerjaan (5%)
Metrik ini mengukur kadar pekerjaan siswazah institusi dan kesan alumni.
9. Kemampanan (5%)
Metrik ini menilai kesan sosial, dan alam sekitar dengan tadbir urus.
Senarai universiti terbaik di Malaysia
Berikut adalah senarai universiti terbaik di Malaysia dalam ranking dunia dan ranking Asia bagi tahun 2025.
No. | Universiti | QS Ranking Dunia | QS Ranking Asia |
---|---|---|---|
1 | Universiti Malaya (UM) | 60 | 11 |
2 | Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) | 138 | 28 |
3 | Universiti Sains Malaysia (USM) | 146 | 35 |
4 | Universiti Putra Malaysia (UPM) | 148 | 25 |
5 | Universiti Teknologi Malaysia (UTM) | 181 | 37 |
6 | Taylor’s University | 251 | 41 |
7 | UCSI University | 265 | 61 |
8 | Universiti Teknologi Petronas (UTP) | 269 | 69 |
9 | INTI International University | 516 | 222 |
10 | Sunway University | 539 | 103 |
11 | Universiti Utara Malaysia (UUM) | 554 | 101 |
12 | Universiti Teknologi Mara (UiTM) | 587 | 98 |
13 | Management and Science University | 580 | 155 |
14 | Asis Pacific University of Technology and Innovation (APU) | 611-620 | 213 |
15 | Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) | 641-650 | 164 |
16 | Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) | 661-670 | 131 |
17 | Universiti Malaysia Pahang (UMP) | 741-750 | 153 |
18 | Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) | 801-850 | 160 |
19 | Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) | 951-1000 | 171 |
20 | Universiti Malaysia Terengganu (UMT) | 1001-1200 | 197 |
21 | Multimedia University (MMU) | 1001-1200 | 233 |
22 | Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) | 1001-1200 | 261-270 |
23 | Universiti Malaysia Sabah (UMS) | 1001-1200 | 271-280 |
24 | Universiti Kuala Lumpur (UniKL) | 1201-1400 | 401-450 |
25 | Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) | 1201-1400 | 351-400 |
Senarai universiti terbaik di Asia Tenggara
Berdasarkan kepada data dari QS Top Universities, sebanyak lapan buah universiti terbaik di Malaysia telah disenaraikan dalam 15 universiti terbaik di Asia Tenggara bagi tahun 2024.
- National University of Singapore (NUS) – Singapura
- Nanyang Technology University (NTU) – Singapura
- Universiti Malaya (UM) – Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – Malaysia
- Universiti Sains Malaysia (UMS) – Malaysia
- Universiti Putra Malaysia (UPM) – Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – Malaysia
- Universitas Indonesia (UI) – Indonesia
- Chulalongkorn University – Thailand
- Universitas Gadjah Mada (UGM) – Indonesia
- Taylor’s University – Malaysia
- Bandung Institute of Technology – Indonesia
- UCSI University – Malaysia
- Universiti Teknologi Petronas (UTP) – Malaysia
- Universitas Airlangga (UNAIR) – Indonesia
Senarai universiti terbaik di dunia
Berikut adalah senarai TOP 15 universiti terbaik di dunia yang telah dikeluarkan oleh QS World University Rankings 2025.
Universiti terbaik di Malaysia iaitu Universiti Malaya mendapat tempat ke-60 di dunia.
- Massachusetts Institute of Technology (MIT) – Cambridge, United States
- Imperial College London – London, United Kingdom
- University of Oxford – Oxford, United Kingdom
- Harvard University – Cambridge, United States
- University of Cambridge – Cambridge, United Kingdom
- Stanford University – Standford, United States
- ETH Zurich – Zurich, Switzerland
- National University of Singapore (NUS) – Singapura
- UCL – London, United Kingdom
- California Institute of Technology (Caltech) – Pasadena, United States
- University of Pennsylvania – Philadelphia, United States
- University of California, Berkeley (UCB) – Berkeley, United States
- The University of Melbourne – Parkville, Australia
- Peking University – Beijing, China (Mainland)
- Nanyang Technological University, Singapore (NTU Singapore) – Singapura
Jelas menunjukkan bahawa universiti dari Amerika Syarikat dan United Kingdom mendominasi senarai universiti terbaik di dunia seperti mana tahun-tahun yang lalu.
Massachusetts Institute of Technology (MIT) misalnya telah mengungguli QS World University Rankings untuk kali kelapan berturut-turut dalam pelbagai kategori seperti penyelidikan, peluang pekerjaan, pengajaran, fasiliti dan inovasi.
Universiti yang terletak berdekatan dengan Harvard University ini juga cemerlang dalam subjek-subjek yang ditawarkan seperti Seni Bina; Lingustik; Sains Komputer dan Sistem Informasi; Kejuruteraan dan Teknologi; Kimia; Matematik serta Ekonomi dan Ekonometrik.
Kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya berbangga kerana sesetengah universiti terbaik di Malaysia ini juga tersenarai dalam ranking dunia dan Asia Tenggara.
Semoga dengan pengiktrafan ini, golongan muda pada hari ini lebih bersemangat untuk melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat yang tertinggi dan mengharumkan nama negara di pentas dunia.
GIPHY App Key not set. Please check settings