Senarai Perdana Menteri Malaysia & Sumbangannya (10 Tokoh)
Jom, kita kenali satu per satu senarai Perdana Menteri Malaysia berserta sumbang baktinya kepada negara.
Baca juga:
Apa itu Perdana Menteri?
Perdana Menteri adalah Ketua Kerajaan Malaysia yang mengetuai Kabinet atau Jemaah Menteri.
Mereka ini akan dilantik oleh Yang di-Petuan Agong atas budi bicara baginda dan tertakluk kepada syarat-syarat yang berikut:
- Perdana Menteri mesti seorang ahli Dewan Rakyat
- Perdana Menteri mesti mendapat kepercayaan daripada majoriti Dewan Rakyat
Kewarganegaraan Perdana Menteri mesti didapati melalui kuat kuasa undang-undang. Beliau mempengerusikan Kabinet dan memimpin kerajaan. Mesyuarat kabinet biasanya diadakan setiap pagi Rabu di Jabatan Perdana Menteri.
Perdana Menteri juga berperanan memperkenal dan menjalankan sesuatu dasar yang biasanya adalah untuk:
- Meningkatkan prestasi perkhidmatan awam
- Mengubah sikap pegawai perkhidmatan awam
- Merapatkan hubungan sektor awam dan sektor swasta. Beliau ialah ketua eksekutif negara sementara kuasa eksekutif yang dipegang oleh Yang di-Petuan Agong sebagai ketua negara
Tugas dan peranan Perdana Menteri?
- Menjadi penasihat kepada Yang di-Pertuan Agong
- Menamakan senarai Kabinet untuk dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong
- Merancang dan menyelaraskan semua dasar negara
- Menjadi jurucakap dalam hal-ehwal antarabangsa dan dalam negara
- Bermohon kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen apabila sampai tempohnya
Senarai Perdana Menteri Malaysia
Berikut adalah senarai Perdana Menteri Malaysia yang lengkap berserta sumbangannya kepada masyarakat yang boleh anda jadikan rujukan.
1. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Nama sebenar beliau adalah Tunku Abdul Rahman Putra Al Haji Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah. Lahir pada 8 Februari 1903 dan meninggal pada 6 Disember 1990.
Tunku merupakan anak lelaki ketujuh dan anak yang kedua puluh kepada Sultan Hamid Shah, Sultan Kedah yang ke-24. Beliau dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan.
Beliau berkhidmat sebagai Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970.
Sumbangan Tunku Abdul Rahman:
- Berusaha mewujudkan perpaduan antara kaum sebelum memperjuangkan kemerdekaan
- Mengetuai rombongan ke London untuk menuntut kemerdekaan
- Menamatkan ancaman komunis di Tanah Melayu
- Membentuk Gagasan Malaysia
2. Tun Abdul Razak Bin Hussein
Tun Abdul Razak Bin Hussein dilahirkan pada 11 Mac 1922 di Pulau Keladi, Pahang. Beliau dilahirkan dalam keluarga bangsawan, yang mana bapanya digelar Orang Kaya Indera Shahbandar Datuk Hussein Bin daripada keturunan pahlawan Sulawesi, Indonesia yang datang ke Tanah Melayu untuk berdagang dan kemudian menetap di Pahang.
Tun Abdul Razak dikenali sebagai Bapa Pembangunan. Beliau berkhidmat sebagai Perdana Menteri kedua pada tahun 1970 sehingga 1976.
Sumbangan Tun Abdul Razak:
- Banyak memberi sumbangan dalam bidang pendidikan
- Menyatupadukan sistem pelajaran untuk membina sebuah bangsayang bersatu padu dengan harapan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan menjadi bahasa pengantar utama
- Melancarkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
- Menubuhkan Bank Bumiputera
- Melancarkan Dasar Ekonomi Baru
3. Tun Hussein Onn
Nama sebenar beliau adalah Tun Hussein Bin Dato Onn. Lahir pada 12 Februari 1922 dan meninggal pada 29 Mei 1990 ketika berumur 68 tahun di Kuala Lumpur.
Tun merupakan anak sulung daripada 8 orang adik beradik. Beliau dikenali sebagai Bapa Perpaduan.
Beliau berkhidmat sebagai Perdana Menteri ketiga pada tahun 1976 sehingga 1981.
Sumbangan Tun Hussein Onn
- Memajukan Kementerian Pelajaran
- Menekankan konsep Rukun Tetangga
- Mempermodenkan dan memperbesarkan Angkatan bersenjata Malaysia
- Menubuhkan PEMADAM
- Meneruskan agenda pembangunan Tun Abdul Razak (Dasar Ekonomi Baru)
- Melancarkam Rancangan Malaysia Keempat
- Melancarkan Skim Amanah Saham Nasional (ASN)
4. Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad
Tun Dr. Mahathir dikenali ramai sebagai seorang pemikir dan revolusioner. Beliau lahir pada 20 Disember 1925 di Lorong Kilang Ais Seberang Perak, Alor Setar Kedah.
Beliau merupakan anak bongsu daripada sembilan orang adik beradiri yang terdiri daripada empat orang perempuan dan lima orang lelaki.
Salasilah di sebelah ibunya mempunyai darah pemimpin yang merupakan warisan dari keturunan Wan Su iaitu Dato’ Temenggong Kulut, Bukit Lada.
Tun Dr. Mahathir merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat dan yang paling lama berkhidmat bermula dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003. Beliau dikenali sebagai Bapa Permodenan.
Sumbangan Tun Dr. Mahathir:
- Mengubah lanskap ekonomi negara daripada sebuah negera pertanian kepada industri teknologi tinggi dan perdagangan global
- Membangun Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON) dan Perusahaan Otomobil Kedua (PERODUA)
- Penswastaan syarikat-syarikat kerajaan seperti Telekom Bhd. Tenaga Nasional Bhd. KTM dan Pos Malaysia
- Membina KLIA, Pusat Kajian Sains Angkasa Lepas, dan KLCC
- Mewujudkan penubuhan Persidangan Ekonomi Asia Pasifik (APEC)
5. Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi
Tun Abdullah Ahmad Badawi atau lebih mesra dipanggil Pak Lah dilahirkan pada 26 November 1939 di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Beliau merupakan anak sulung dan berasal daripada keturunan keluarga ulama terkenal dari Pulau Pinang.
Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan Perdana Menteri Malaysia yang kelima bermula dari 31 Oktober 2003 sehingga 3 April 2009. Beliau dikenali sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan Negara.
Sumbangan Tun Abdullah Ahmad Badawi
- Memastikan agensi kerajaan berkhidmat untuk rakyat
- Mengalihkan tumpuan daripada bangunan-bangunan besar ke sektor agrikultur
- Menjadi wajah gerakan Islam sederhana di mata dunia
- Merupakan pemimpin pertama yang cuba memantau pihak polis
- Meminda perlembangan untuk melindungi hak wanita
6. Dato’ Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak
Dato’ Sri Mohd. Najib dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang. Beliau merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak Hussein dan Toh Puan Rahah Mohammad Noah.
Dato’ Sri Najib merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keenam bermula dari 31 Oktober 2003 sehingga 3 April 2009. Beliau dikenali sebagai Bapa Transformasi Malaysia.
Sumbangan Dato’ Sri Mohd. Najib:
- Memperkenalkan gagasan 1 Malaysia sebagai idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan
7. Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad
Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad sekali lagi dilantik menjadi Perdana Menteri yang ketujuh bermula dari 10 Mei 2018 sehingga 24 Februari 2020.
8. Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddiin Bin Haji Md Yassin
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md.Yasin lebih dikenali sebagai Muhyiddin bin Mohd. Yassin dilahirkan pada 15 Mei 1947.
Beliau ialah seorang ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 dari Mac 2020 hingga 5 Ogos 2021 dilantik sebagai perdana menteri pada pertengahan krisis politik.
Semasa pemerintahannya, COVID-19 merebak ke seluruh dunia. Sebagai tindak balas, Muhyiddin melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 16 Mac 2020 untuk mencegah penyakit itu daripada menjangkiti lebih ramai rakyat Malaysia.
Beliau berkhidmat selama 17 bulan dan meletak jawatan selepas kehilangan sokongan parlimen, menjadikannya perdana menteri paling singkat dalam sejarah Malaysia.
Sumbangan Tan Sri Muhyiddin Yassin
- Mewujudkan slogan “Keluarga Malaysia” dan konsep Malaysia Prihatin
- Memperkasakan negara dalam era pandemik COVID-19
9. Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob
Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dilahirkan pada 18 Januari 1960 di Temerloh, Pahang. Beliau juga merupakan satu-satunya PM Malaysia yang lahir selepas tahun kemerdekaan, 1957.
Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke-9 bermula dari 21 Ogos 2021 sehingga 23 November 2022.
Sumbangan Dato’ Sri Ismail Sabri:
- Mengukuhkan dan mengekalkan keharmonian masyarakat serta ekonomi negera di era endemik.
10. Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim
Dato Sri Anwar Ibrahim dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 atau yang terakhir bermula dari 24 November 2022 sehingga kini.
Beliau telah melantik dua orang Timbalan Perdana Menteri, iaitu Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Dato Sri Fadillah Yusof.
Sumbangan Dato’ Seri Anwar Ibrahim:
- Mencetuskan gagasan/istilah seperti Masyarakat madani, generasi rabbani, waima, nawaitu
- Menteri Kewangan Terbaik Asia (1996)
- Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia/Dana Kewangan Antarabangsa (IMF)
Berikut merupakan senarai Perdana Menteri Malaysia yang pernah berkhidmat dan sedang berkhidmat kepada Malaysia.
Diharapkan dengan pimpinan mereka dan bakal pemimpin yang akan datang, negara kita akan terus maju ke depan.
GIPHY App Key not set. Please check settings