Penanda Wacana: Jenis & Contoh Penggunaan Yang Betul

Penanda wacana adalah salah satu dari kata peralihan yang digunakan bagi menghubungkan ayat dengan ayat, perenggan dengan perenggan, petikan dengan petikan, dan sebagainya.

Perkongsian kali ini, kami ingin kongsikan pada anda beberapa jenis penanda wacana dan kegunaannya yang boleh anda praktikkan dalam penulisan.

Baca juga:

Maksud penanda wacana

penanda wacana

Penanda wacana adalah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi untuk merangkaikan ayat bagi melanjutkan sesuatu maklumat.

Kegagalan dalam penggunaan penanda wacana yang tepat akan menyebabkan seluruh wacana tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap.

Jenis penanda wacana

penanda wacana

1. Turutan

  • Seterusnya,
  • Disamping,
  • Akhirnya,
  • Selain itu,
  • Selaras dengan itu.
  • Pertama sekali,
  • Lebih penting lagi,
  • Keduanya,
  • Kemudiannya,

2. Penambahan

  • Dan,
  • Sekali lagi,
  • Tambahan pula,
  • Dan kemudiannya,
  • Sebenarnya,
  • Lebih-lebih lagi,
  • Bertitik tolak,
  • Dalam hal ini juga,
  • Selain itu,

3. Kata penghubung

  • Tetapi
  • Serta
  • Sungguhpun
  • Lalu
  • Agar
  • Jika
  • Walaupun
  • Supaya

4. Pembandingan / pertantangan

  • Tetapi
  • Walaupun
  • Sebaliknya
  • Berbeza dengan
  • Walau bagaimanapun
  • Seperti halnya
  • Sama dengan
  • Selari dengan
  • Namun demikian

5. Contoh

  • Contohnya,
  • Misalnya,
  • Seperti mana,
  • Umpamanya,
  • Apa yang dimaksudkannya ialah
  • Biar kita ambil contoh

6. Masa

  • Akhirnya,
  • Dewasa ini,
  • Selepas itu,
  • Pada mulanya,
  • Sesekali,
  • Sebelum itu,
  • Semenjak itu,
  • Sementara itu,
  • Pada ketika itu,

7. Kesimpulanan

  • Oleh itu,
  • Jadi,
  • Pendek kata,
  • Rumusannya,
  • Kesimpulannya,
  • Pada keseluruhannya,
  • Ringkasnya,
  • Sebagai penggulungan,
  • Jelasnya bahawa,
  • Demikianlah,
  • Kesudahannya,

8. Umum

  • Dengan itu,
  • Justeru,
  • Amnya,
  • Sering kali,
  • Lazimnya,
  • Kebiasaannya,
  • Ramai berpendapat bahawa,
  • Sememangnya

9. Urutan

  • Pertama,
  • Kedua,
  • Seterusnya,
  • Selepas itu,
  • Kemudian,
  • Kemudian daripada itu,
  • Akhirnya,

10. Penyataan semula

  • Iaitu,
  • Yakni,
  • Dengan kata lain,
  • Seperti yang diterangkan

11. Contoh

  • Contohnya,
  • Seperti,
  • Ibarat,
  • Laksana,
  • Macam
  • Umpama,
  • Bagai,
  • Bak kata,
  • Sebagai

12. Penanda permulaan karangan

  • Pada era globalisasi ini,
  • Pada zaman pasca kemerdekaan ini,
  • Dalam meniti arus kemodenan ini,
  • Dewasa ini,
  • Pada masa ini,
  • Kini,
  • Dasawarsa ini,
  • Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
  • Sejak sedekad yang lalu,
  • Sejak negara menikmati arus kemerdekaan.
  • Kebelakanga ini,
  • Belakangan ini,
  • Sejak akhir-akhir ini,

13. Penanda memulakan isi baru

  • Selain itu,
  • Di samping itu,
  • sementara itu,
  • Lebih-lebih lagi,
  • Dalam pada itu,
  • Lain daripada itu,
  • Pada waktu yang sama,
  • Dalam pada itu,
  • Seterusnya,

14. Penanda huraian isi karangan

  • Hal ini demikian kerana,
  • Hal ini berlaku kerana,
  • Hal ini terjadi kerana,
  • Hal ini disebabkan oleh,
  • Hal ini wujud akibat daripada,
  • Hal ini bersangkut-paut dengan,
  • Hal ini berpunca daripada,
  • Hal ini tercetus apabila,
  • Hal ini timbul apabila,

15. Penanda memberi contoh dalam karangan

  • Misalnya,
  • Contohnya,
  • Sebagai contoh,
  • Tamsilnya,
  • Sebagaimana yang kita sedia maklum,
  • Antaranya adalah seperti,

16. Penanda menghuraikan contoh

  • Hal ini mengakibatkan,
  • Hal ini menyebabkan,
  • Oleh itu,
  • Maka,
  • Oleh hal yang demikian,
  • Oleh sebab itu,
  • Jelaslnya bahawa,
  • Justifikasinya,
  • Sebagai contohnya,
  • Biar kita lihat,
  • Biar kita ambil contoh,
  • Bagi membuktikan perkara ini,
  • Sebagai analoginya,
  • Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah

17. Penanda menutup isi

  • Kesannya,
  • Natijahnya,
  • Akibatnya,
  • Akhirnya,
  • Dengan itu,
  • Dengan berbuat demikian,
  • Dengan keadaan sedemikian,
  • Justeru,
  • Malah,
  • Malahan,
  • Tambahan pula,
  • Sementelahan,
  • Sekali gus,
  • Di samping,
  • Bahkan,
  • Malar-malar

18. Penanda memulakan perenggan penutup

  • Kesimpulannya,
  • Intihannya,
  • Secara tuntas,
  • Konklusinya,
  • Sebagai penututp wacana,
  • Sebagai penghias bicara akhir,
  • Sebelum mengakhiri wacana ini,
  • Secara keseluruhan,
  • Secara total,
  • Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas
  • Dengan ini diharapkan
  • Bukan itu sahaja
  • Mudah-mudahan perkara ini

19. Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza

  • Walau bagaimanapun,
  • Walapun begitu,
  • Namun demikian,
  • Daripada perspektif yang berbeza,
  • Jika dilihat dari sudut lain,
  • Dengan kata lain,
  • Kontradiksinya,
  • Di sebalik itu,
  • Dalam pada itu,
  • Dari sudut lain,

20. Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa

  • Bak kata peribahasa,
  • Bak kata peribahasa melayu,
  • Bak kata orang tua-tua,
  • Bak kata mutiara,
  • Bak peribahasa,
  • Bak kata cedekiawan,
  • Persis kata peribahasa,
  • Persis kata cendekiawan,
  • Hal ini sama dengan peribahasa,
  • Senario ini persis dengan peribahasa melayu, yakni
  • Fenomena ini dikatakan
  • Masalah ini sama dengan peribahasa
  • Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa

21. Penanda wacana untuk ayat pertama setiap perenggan

  • Kita dapat menyaksikan betapa
  • Lazimnya, dalam keadaan
  • Pada hemat saya
  • Pada pandangan saya
  • Sejak awal lagi
  • Umum mengetahui bahawa
  • Selain itu, pada masa ini juga
  • Sejak kebelakangan ini
  • Sejal awal lagi
  • Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa
  • Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas

22. Penanda wacana untuk 2 ayat dan seterusnya dalam karangan

  • Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini
  • Kendatipun demikian, kita masih
  • Yang paling nyata ialah
  • Yang perlu kita pastikan ialah
  • Keadaan ini seharusnya boleh
  • Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita
  • Secara logiknya masa yang
  • Oleh itu, bolehlah dikatakan
  • Bagi sesetengah orang
  • Begitu juga dengan
  • Begitu juga halbya dengan
  • Bertitik tolak daripada itu
  • Bukan itu sahaja
  • Dalam hal ini
  • Dalam konteks ini
  • Dalam zaman yang serba canggih ini
  • Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa
  • Dengan adanya
  • Dengan berbuat demikian
  • Dengan perkataan lain
  • Disebabkan hal itu
  • Disebabkan keistimewaan inilah kita
  • Hal ini berlaku disebabkan
  • Hal ini penting dalam
  • Hal ini serupa dengan
  • Hal yang serupa berlaku apabila
  • Ini disebabkan
  • Ini membuktikan bahawa
  • Ini menggambarkan bahawa
  • Ini secara tidak langsung akan
  • Ini semua meninggalkan kesan kerana
  • Ini tentu sekali membuatkan
  • Jadi kita perlu
  • Jadi kita hendaklah
  • Keadaan ini tentunya
  • Lantaran itu sehingga kini
  • Ke semua ini menyumbang kepada
  • Kita mengakui bahawa
  • Kita sering menonton di kaca televisyen
  • Kita sering membaca di dada-dada akhbar
  • Memandangkan keadaan yang demikian
  • Namun sejak kebelakangan ini
  • Oleh itu, bolehlahh dikatakan
  • Secara logiknya masa yang
  • Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita
  • Keadaan ini seharusnya boleh

23. Penanda wacana untuk menyatakan statistik

  • Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh di dapati sebanyak
  • Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan
  • Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh kementerian
  • Pada tahun 2012, menunjukkan bahawa sebanyak

Cara penggunaan dalam ayat

1. Selain itu, masalah pencemaran alam sekitar juga boleh dikurangkan dengan mengadakan kempen kesedaran oleh Jabatan Alam Sekitar.

2. Masalah penderaan kanak-kanak perlu diatasi segera. Sehubungan dengan itu, pihak berkuasa perlu meningkatkan kadar hukuman terhadap pendera kanak-kanak.

3. Gejala lepak dalam kalangan pelajar sekolah semakin membimbingkan. Rentetan itu, kerajaan telah melakukan pelbagai usaha untuk mengatasinya.

4. Sebagai intiha, jelaslah bahawa kemalangan jalan raya di Malaysia berpunca daripada pelbagai punca faktor.

5. Akhir kalam, dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan teknologi maklumat telah memperkasa perkembangan ekonomi negara.

6. Bilangan penagih dadah di Malaysia semakin bertambah. Ironinya, semakin banyak penagih dada menghidap penyakit AIDS.

7. Walhasil daripada novel ini amat menyedihkan.

8. Kempen kitar semula kurang mendapat sambutan dalam kalangan masyarat, walhal program ini amat baik untuk mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar.

9. Kendatipun acara sukan tahunan diadakan pada hujung tahun, namun acara tersebut masih mendapat sambutan yang menggalakkan.

10. Walakin Datuk Seri Azman seorang teknokrat yang sibuk namun begitu beliau masih mempunyai masa bersama-sama keluarga.

Latihan tatabahasa penanda wacana

penanda wacana
cikgulinnzack
penanda wacana
penanda wacana
penanda wacana
penanda wacana

Anda boleh dapatkan lebih banyak koleksi penanda wacana dan kegunaannya dalam esei serta karangan di sini: Koleksi Penanda Wacana Dan Bahasa Gramatis

Leave your vote

Share your love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.