Buku Teks Geografi Tingkatan 3: Isi Kandungan (Digital)
Buku Teks Geografi Tingkatan 3 ini dikongsikan dalam bentuk digital untuk kegunaan sekolah menengah bagi membolehkan pelajar mendapatkan pengetahuan melampaui bilik darjah serta mengurangkan penggunaan kertas bagi mencetak buku teks bercetak.
Baca juga:
Ringkasan Buku Teks Geografi Tingkatan 3
Buku teks Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Geogradi Tingkatan 3 ini ditulis berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tingkatan 3 yang disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
KSSM digunakan bagi menenuhi keperluan hasrat yang terkandng di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPM) 2013-2025. KSSM juga bertujuan menyediakan murid untuk menghadapi globalisasi berasaskan pembelajaran abad ke-21. Buku teks ini dilengkapkan dengan elemen-elemen istimewa seperti Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Pembelajaran Abad Ke-2 (PAK-21), QR Code dan AR sebagai nilai tambah dalam menarik minat murid untuk mendekati ilmu geografi dan menerapkannya dalam kehidupan seharian.
Isi kandungan
Berikut adalah senarai isi kandungan lengkap dalam Buku Teks Geografi Tingkatan 3 berserta objektifnya.
Kemahiran Geografi
Data dan maklumat yang disusun dalam bentuk jadual dan graf akan lebih mudah difahami. Tahukah anda ciri-ciri dan kegunaan jadual serta graf? Apakah perbezaan antara graf bar mudah, graf garisan mudah dan graf gabungan? Bagaimanakah cara untuk membina sesebuah graf berdasarkan jadual? Apakah yang perlu ditafsirkan dalam sesebuah jadual dan graf?
Bab 1: Jadual dan Graf (m/s 2-19)
- Menerangkan ciri-ciri dan kegunaan jadual serta graf.
- Menjelaskan dengan contoh graf bar mudah, graf garisan mudah dan graf garisan gabungan.
- Membina jadual berdasarkan maklumat yang diperoleh.
- Membina graf bar mudah, graf garisan mudah, dan graf gabungan berdasarkan jadual.
- Mentafsirkan jadual, graf bar mudah, graf garisan mudah, dan graf gabungan.
- 1.1 Ciri-ciri dan Kegunaan Jadual
- 1.2 Ciri-ciri dan Kegunaan Graf
- 1.3 Langkah-langkah Membina Jadual
- 1.4 Langkah-langkah Membina Graf Bar Mudah, Graf Garisan Mudah dan Graf Gabungan
- 1.5 Mentafsir Jadual, Graf Bar Mudah, Graf Garisan Mudah dan Graf Gabungan
Bab 2: Carta Pai (m/s 20-28)
Data yang diperoleh dapat diwakilkan dengan pelbagai cara. Carta pai merupakan satu kaedah perwakilan data dengan menggunakan bulatan yang dibahagikan kepada beberapa sektor. Tahukah anda cara membina carta pai? Bagaimanakah pula cara untuk mentafsir sesebuah carta pai?
- Menerangkan ciri-ciri dan kegunaan carta pai.
- Membina carta pai berdasarkan jadual.
- Mentafsirkan carta pai.
- 2.1 Ciri-ciri dan Kegunaan Carta Pai
- 2.2 Langkah-langkah Membina Carta Pai
- 2.3 Mentafsir Carta Pai
Geografi Fizikal: Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar
Bab 3: Pengaruh Persekitaran Fizikal terhadap Kepelbagaian Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar (m/s 30-51)
Keadaan persekitaran fizikal dunia yang pelbagai telah menyebabkan wujudnya kepelbagaian jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar. Tahukah anda fakto persekitaran fizikal yang mempengaruhi tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar? Bagaimanakah faktor bentuk muka bumi, saliran, tanih dan iklim mempengaruhi kepelbagaian tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar?
- Mengenal pasti faktor persekitaran fizikal yang mempengaruhi kepelbagaian tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar.
- Menghuraikan faktor bentuk muka bumi, saliran, tanih dan iklim yang mempengaruhi kepelbagaian tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar.
- Menganalisis pengaruh bentuk muka bumi, saliran dan tanih terhadap jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar.
- Menganalisis pengaruh bentuk bumi, saliran dan tanih terhadap jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar.
- Menganalisis pengaruh iklim terhadap jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar.
- 3.1 Faktor-faktor Persekitaran Fizikal yang Mempengaruhi Kepelbagaian Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar
- 3.2 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kepelbagaian Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar
Bab 4: Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi di Malaysia (m/s 52-75)
Malaysia kaya dengan pelbagai tumbuhan semula jadi. Tahukah anda jenis dan taburan tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia? Apakah faktor yang mempengaruhi jenis dan taburan tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia? Apakah kepentingan tumbuh-tumbuhan semula jadi kepada negara? Bagaimanakah kegiatan manusia dapat memberi kesan terhadap tumbuh-tumbuhan ini?
- Mengenal pasti jenis dan taburan tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia.
- Menghuraikan faktor yang mempengaruhi jenis dan taburan tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia.
- Menjalaskan melalui contoh kepentingan tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia.
- Merumuskan kesan kegiatan terhadap tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia.
- 4.1 Jenis dan Taburan Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi di Malaysia
- 4.2 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi di Malaysia
- 4.3 Kepentingan Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi di Malaysia
- 4.4 Kesan Kegiatan Manusia terhadap Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi di Malaysia
Bab 5: Hidupan Liar di Malaysia (m/s 76-96)
Hidupan liar yang terdapat di negara kita merupakan khazanah alam yang harus dijaga dengan sebaiknya. Pernahkah anda terfikir kepentingan hidupan liar terhadap keseimbangan ekosistem? Tahukah anda aktiviti-aktiviti manusia yang telah menyebabkan hidupan liar diancam kepupusan? Kita seharusnya mengetahui dan mempelajari tentang pentingnya menjaga dan mengekalkan habitat serta hidupan liar di negara kita agar tidak terus diancam kepupusan.
- Mengenap pasti hidupan liar di Malaysia.
- Menghuraikan kepentingan hidupan liar di Malaysia.
- Membahaskan kegiatan manusia yang mengancam hidupa liar di Malaysia.
- Menjelaskan melalui contoh usaha pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan liar di Malaysia.
- 5.1 Hidupan Liar di Malaysia
- 5.2 Kepentingan Hidupan Liar di Malaysia
- 5.3 Kegiatan Manusia yang Mengancam Hidupan Liar di Malaysia
- 5.4 Usaha Pemeliharan dan Pemuliharan Hidupan Liar di Malaysia
Geografi Manusia: Sumber Semula Jadi dan Kegiatan Ekonomi
Bab 6: Sumber Semula Jadi di Malaysia (m/s 98-113)
Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya berbangga dengan kepelbagaian sumber semula jadi yang terdapat di Malaysia. Bolehkah anda nyatakan dan kenal pasti taburan sumber semula jadi yang terdapat di negara kita? Bagaimanakah sumber semula jadi ini boleh mempengaruhi pembanunan ekonomi di negara kita?
- Menamakan sumber semula jadi di Malaysia.
- Mengenal pasti taburan sumber boleh baharu dan sumber tidak boleh baharu di Malaysia.
- Menghuraikan sumber boleh baharu dan sumber tidak boleh baharu d Malaysia.
- Merumuskan kepentingan sumber semula jadi dalam pembangunan ekonomi di Malaysia.
- 6.1 Sumber Semula Jadi di Malaysia
- 6.2 Taburan Sumber Boleh Baharu dan Sumber Tidak Boleh Baharu di Malaysia
- 6.3 Kepentingan Sumber Semula Jadi dalam Pembangunan Ekonomi di Malaysia
Bab 7: Kegiatan Ekonomi di Malaysia (m/s 114-132)
Malaysia telah mengalami fasa perubahan struktur ekonomi sejak merdeka. Kegiatan ekonomi memberi kesan terhadap pertumbuhan dan penguncupan ekonomi negara serta kehidupan rakyat. Tahukah anda jenis kegiatan ekonomi yang terdapat di Malaysia? Bagaimanakah bentuk taburan kegiatan ekonomi utama? Apakah faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi? Bolehkah anda jelaskan kepentingannya terhadap pembangunan negara?
- Menjelaskan jenis kegiatan ekonomi primer, sekunder dan tertier di Malaysia.
- Menjelaskan dengan contoh taburan kegiatan ekonomi utama di Malaysia.
- Menghuraikan faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di Malaysia.
- Membahaskan kepentingan kegiatan ekonomi di Malaysia.
- 7.1 Jenis Kegiatan Ekonomi di Malaysia
- 7.2 Taburan Kegiatan Ekonomi Utama di Malaysia
- 7.3 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kegiatan Ekonomi di Malaysia
- 7.4 Kepentingan Kegiatan Ekonomi di Malaysia
Geografi Kawasan: Dunia
Bab 8: Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Dunia (m/s 134-147)
Mari kita kenali tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar di kawasan Gurun Panas, Hutan Monsun Tropika, Hutan Daun Luruh Sederhana dan Hutan Konifer. Bolehkah anda jelaskan ciri tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar yang terdapat di kawasan-kawasan yang dinyatakan di atas? Apakah kepentingan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar di kawasan-kawasan tersebut?
- Mengenal pasti tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar di Gurun Panas, Hutan Monsun Tropika, Hutan Daun Luruh Sederhana dan Hutan Konifer.
- Menjelaskan melalui contoh ciri tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar.
- Merumuskan kepentingan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar.
- 8.1 Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Dunia
- 8.2 Kepentingan Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Dunia
Bab 9: Sumber Semula Jadi Utma dan Kerjasama Ekonomi di Dunia (m/s 148-162)
Eksploitasi sumber semula jadi secara berlebihan, terutamanya sumber tidak boleh baharu mencetuskan pelbagai krisis. Tahukah anda tentang krisis sumber semula jadi dunia yang berlaku pada masa ini? Bolehkah anda nyatakan kerjasama ekonomi antarabangsa berkaitan sumber semula jadi? Apakah pula kepentingan kerjasama ekonomi ini?
- Mengenal pasti sumber semula jadi di dunia.
- Menjelaskan taburan sumber semula jadi utama di dunia.
- Menghuraikan krisis sumber semula jadi di dunia.
- Menjelaskan melalui contoh kerjasama ekonomi antarabangsa berkaitan sumber semula jadi.
- Merumuskan kepentingan kerjasama ekonomi antarabangsa.
- 9.1 Taburan Semula Jadi Utama di Dunia
- 9.2 Krisis Sumber Semula Jadi di Dunia
- 9.3 Contoh Kerjasama Ekonomi Antarabangsa
- 9.4 Kepentingan Kerjasama Ekonomi Antarabangsa
Isu dan Pengurusan Alam Sekitar
Bab 10: Sumber Hutan (m/s 164-177)
Sumber hutan merupakan khazanah alam semula jadi yang unik dan penting. Malaysia amat bertuah kerana dianugerahi sumber hutan semula jadi yang bernilai tinggi serta memberi sumbangan kepada sosioekonomi negara. Pernahkah anda terfikir tentang kepentingan pengurusan sumber hutan? Bagaimanakah usaha yang dijalankan untuk memelihara dan memulihara sumber hutan? Tahukah anda agensi yang memainkan peranan dalam pengurusan sumber hutan di negara kita?
- Menjelaskan definisi sumber hutan.
- Menghuraikan kepentingan pengurusan sumber hutan.
- Menjelaskan melalui contoh usaha pemeliharaan dan pemuliharaan sumber hutan.
- Membezakan peranan agensi yang berkaitan dengan pengurusan hutan di Malaysia.
- 10.1 Sumber Hutan
- 10.2 Kepentingan Pengurusan Sumber Hutan di Malaysia
- 10.3 Usaha Pemeliharaan dan Pemuliharaan Sumber Hutan di Malaysia
- 10.4 Peranan Agensi dalam Pengurusan Hutan di Malaysia
Bab 11: Kitar Semula (m/s 178-188)
Menurut Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), 2017, jumlah penghasilan sisa pepejal di Malaysia sekitar 37 000 ribu tan sehari. Pernahkah anda mendengar istilah 3R? Tahukah anda akan kepentingan amalan kitar semula? Apakah amalan kitar semula yang boleh anda praktikkan dalam kehidupan seharian? Bagaimanakah pula negara-negara lain menjalankan amalan kitar semula untuk memastikan kelestarian alam sekitar di negara mereka?
- Menerangkan elemen kitar semula (3R – Reduce, Reuse, dan Recycle).
- Menghuraikan kepentingan amalan kitar semula.
- Menjelaskan melalui contoh aktiviti kitar semula.
- Membandingkan amalan kitar semula di negara lain.
- 11.1 Elemen Kitar Semula
- 11.2 Kepentingan Amalan Sekitar Semula
- 11.3 Amalan Kitar Semula di Malaysia
- 11.4 Amalan Kitar Semula di Negera-Negara Lain
Kerja Lapangan
Bab 12: Panduan Kerja Lapangan (m/s 190-199)
Kerja lapangan dilaksanakan bagi membolehkan murid mengkaji, memahami dan memberi pendapat tentang sesuatu isu yang telah dipilih. Kerja lapangan juga memberi peluang kepada murid untuk mengaplikasikan pengetahuan yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Oleh itu, kerja lapangan ini amat penting dilaksanakan bagi melahirkan murid yang mempunyai kemahiran berfikir, mentafsir dan berkomunikasi.
- Memilih isu atau tajuk kerja lapangan.
- Menentukan objektif kerja lapangan.
- Menentukan kaedah kerja lapangan.
- Merekod, mengumpul dan menganalisis data atau maklumat.
- Merumuskan dan membuat pelaporan tentang kerja lapangan.
- 12.1 Memilih Isu atau Tajuk Kerja Lapangan
- 12.2 Menentukan Objektif Kerja Lapangan
- 12.3 Menentukan Kaedah Kerja Lapangan
- 12.4 Merekod, Mengumpul dan Menganalisis Data atau Maklumat
- 12.5 Merumus dan Membuat Pelaporan Tentang Kerja Lapangan
Senarai Rujukan (m/s 200)
Ciri-ciri istimewa dalam buku
Muat turun buku teks
Anda boleh muat turun sekarang Buku Teks Geografi Tingkatan 3 dalam bentuk digital atau dapatkan Buku Teks Geografi Tingkatan 3 dalam bentuk fizikal Di Sini.
Skema jawapan
Skema jawapan latihan di dalam Buku Teks Geografi Tingkatan 3 ini boleh dirujuk melalui fail di bawah:
Skema Buku Teks Geografi Tingkatan 3
GIPHY App Key not set. Please check settings