eGumis: Cara Check Wang Tak Dituntut Secara Online (WTD)

eGumis membolehkan anda membuat semakan terperinci mengenai apa-apa tuntutan wang secara atas talian dengan mudah tanpa dikenakan sebarang caj.

Jom kami kongsikan panduan lengkap tentang cara menggunakan eGumis dan proses tuntutan wang anda.

Baca juga:

Wang tak dituntut sepanjang 2023

Menurut data yang dikeluarkan, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata,

“Jumlah wang tidak dituntut (WTD) di negara ini mencecah RM11.2 bilion sehingga 30 April lalu.”

Yang mana daripada jumlah ini, sebahagian besar atau 70% WTD yang diuruskan Jabatan Akauntan Negara itu adalah wang dalam akaun bank yang tidak aktif melebihi tujuh tahun atau lebih.

Ini adalah satu angka yang sangat besar dan sepatutnya setiap rakyat Malaysia cakna akan perihal ini serta mengambil langkah lanjut untuk membuat tuntutan WTD dengan segera.

Untuk pengetahuan anda, WTD adalah sejumlah wang milik mana-mana individu atau syarikat sama ada dalam bentuk simpanan, dividen, tuntutan insurans, bank draf atau sebagainya.

Wang ini tidak dituntut oleh pemiliknya dalam satu tempoh yang telah ditetapkan. Wang ini juga boleh jadi ia sepatutnya dibayar kepada seseorang namun gagal dibayar dalam tempoh setahun.

Apa itu eGumis?

eGumis

Bagi memudahkan proses anda membuat tuntutan WTD, hari ini  Jabatan Akauntan Negara telah mewujudkan sebuah portal eGumis yang boleh diakses secara rasmi bagi memudahkan urusan semakan Wang Tak Dituntut (WTD) online.

Semakan ini sangat mudah dimana anda boleh terus mendapatkan butiran data atau status lengkap mengenai perihal WTD anda dari memasukkan nombor kad pengenalan (individu) atau nombor pendaftaran syarikat sahaja.

Fungsi eGumis

Portal eGumis dibangunkan untuk menyalurkan kepada anda beberapa fungsi penting seperti:

  • membuat bayaran serahan WTD melalui FPX;
  • memuatnaik Daftar WTD yang telah diencrypt secara atas talian;
  • menyemak status serahan WTD yang dikemukakan secara atas talian;
  • memuatturun resit serahan WTD;
  • memuatturun surat kuiri serahan WTD; dan
  • mengemaskini rekod syarikat/firma yang pernah didaftarkan dalam sistem Pendaftar WTD.

Waspada phising portal eGumis

eGumis
eGumis

Cara semakan WTD di eGumis

Berikut adalah cara untuk membuat semakan WTD menerusi portal rasmi eGumis:

  1. Layari laman portal berikut: https://egumis.anm.gov.my/
  2. Masukkan butiran lengkap untuk membuat pendaftaran secara atas talian.
  3. Login ke dalam portal dengan memasukkan kata laluan sementara yang telah dihantar ke emel anda.
  4. Kemaskini maklumat data anda.
  5. Klik pada butang “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk buat semakan.
  6. Masukkan nombor kad pengenalan diri atau tau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat WTD tersebut (sekiranya ada).

*Sistem ini hanya membenarkan carian sebanyak 2 kali sehari

Manual sistem eGUMIS boleh dimuat turun di sini.

Proses tuntutan WTD

Permohonan tuntutan WTD layak untuk pihak-pihak berikut:

  • Empunya/pemilik WTD sendiri; 
  • Pentadbir harta pusaka (wasi) yang dinamakan dalam Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka;
  • pelikuidasi yang mewakili syarikat/firma yang sedang dalam proses penggulungan 
  • Individu atau syarikat/firma yang dinamakan dalam Perintah Mahkamah; atau
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia/Jabatan Insolvensi Malaysia bagi syarikat/firma yang bubar atau individu bankrap

Setiap tuntutan yang berjaya akan mengambil masa lebih kurang 1 bulan untuk wang tersebut  dikreditkan ke akaun bank yang telah anda nyatakan dalam borang tuntutan.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk garis panduan tuntutan WTD.

Soalan lazim (FAQ)

Soalan 1:  Siapakah yang berhak menerima bayaran Wang Tak Dituntut (WTD)?

Jawapan: Menurut Seksyen 13(1) Akta WTD 1965, bayaran WTD hendaklah dibayar kepada mana-mana penerima yang dapat membuktikan bahawa beliau mempunyai hak ke atas WTD dan apabila Pegawai WTD berpuas hati bahawa penerima ialah empunya yang berhak.


Soalan 2: Adakah sebarang caj dikenakan bagi setiap permohonan tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD)?

Jawapan: Tiada sebarang caj dikenakan untuk permohonan tuntutan WTD yang dikemukakan kepada Pendaftar.


Soalan 3: Adakah Pendaftar menetapkan had minima amaun yang boleh dituntut?

Jawapan: Tiada had minima amaun yang boleh dituntut.


Soalan 4:  Adakah semua rekod Wang Tak Dituntut (WTD) boleh dibuat semakan dan tuntutan di Portal eGUMIS?

Jawapan: Hanya rekod WTD yang telah diwartakan boleh dibuat semakan dan tuntutan.

Maklumat lanjut

Untuk mendapatkan maklumat terkini dan terperinci mengenai eGUMIS 2024, sila layari portal rasmi mereka di puatan berikut: https://egumis.anm.gov.my/ atau dapatkan informasi terkini dan terbaru di Facebook rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Leave your vote

Share your love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.