eBaki: Cara Semak Baki Pinjaman Pelajaran Online (Login)

eBaki adalah sebuah portal yang memberi kemudahan kepada ribuan pelajar yang meminjam di bawah MARA untuk menyemak dan bayar baki pinjaman mereka secara online.

Khusus untuk para pelajar yang sudah menamatkan pengajian di bawah pinjaman pendidikan MARA dan ingin membuat pembayaran segera, kami kongsikan kepada anda panduan lengkap menyemak baki pinjaman dengan mudah.

Baca juga:

Apa itu eBaki?

ebaki

Majlis Amanah Rakyat (MARA) adalah sebuah badan korporat berkanun yang diletakan di bawah kuasa Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Ia telah ditubuhkan pada 1 Mac 1966 dan tertakluk dibawah Akta Parlimen hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun 1965.

Tanggungawab utama badan ini adalah untuk memaju, menggalak, memudah serta melaksanakan pembangunan sosioekonomi dan kemasyarakatan khususnya di kawasan luar bandar.

Salah satu daripada fungsinya adalah untuk pembiayaan pendidikan para pelajar terpilih.

Bagi pelajar yang terpilih mendapatkan pinjaman pendidikan ini mereka boleh berurusan secara online sahaja melalui eBaki MARA.

eBaki MARA adalah sebuah portal yang memudahkan semua peminjam pelajaran MARA menyemak dan membayar baki pinjaman mereka secara online.

Fungsi eBaki

Antara fungsi lain portal ini adalah seperti berikut:

  • Membuat permohonan pengurangan pembayaran pinjaman pendidikan
  • Membuat permohonan emoratarium
  • Menyemak baki pinjaman pendidikan
  • Menyemak penyata pinjaman pendidikan
  • Menyemak jadual bayaran semula pinjaman pendidikan
  • Melakukan pembayaran semula pinjaman pendidikan

Jenis pinjaman pendidikan

Terdapat 4 jenis pinjaman pelajaran yang disediakan oleh pihak MARA iaitu:

  1. Pinjaman pendahuluan pelajaran: Bagi pelajar-pelajar yang mendapat tawaran pengajian diperingkat Diploma dan Ijazah Pertama di IPMa sahaja.
  2. Peringkat persediaan: Program Pembangunan Bakat Muda (YTP)
  3. Peringkat Diploma dan Ijazah: Program Pinjaman Pelajaran Tertiari (TESP) dan Program Pelajar Cemerlang (IPMa)
  4. Peringkat Pasca Siswazah dan Profesional: Program Kecemerlangan Graduan (GrEP) dan Program Pembangunan Profesional (Pro-P)

Cara daftar eBaki MARA

eBaki

Berikut adalah cara mendaftakan diri dalam portal ini:

  1. Layari laman eBaki MARA di puatan berikut: https://apps.mara.gov.my/ebakiv2/
  2. Klik pada butang “Pengguna Baru”.
  3. Isikan No. Kad Pengenalan anda.
  4. Selesaikan proses pendaftaran dengan mengisis dengan betul dan lengkap butiran peribadi anda.

Cara semak eBaki MARA

Berikut adalah cara semak baki pinjaman dalam portal ini:

  1. Layari laman eBaki MARA di puatan berikut: https://apps.mara.gov.my/ebakiv2/
  2. Isikan ID Pengguna dan Kata Laluan anda.
  3. Klik pada butang “Hantar”.
  4. Klik “Papar” pada bahagian “Jadual Pembayaran Balik” untuk lihat baki terkini.

Soalan lazim (FAQ)

Soalan 1: Saya lihat di eBaki ada transaksi bayaran pada 12hb (contoh), tapi sekarang sudah 20hb masih belum ada transaksi bayaran di akaun bank saya.

Jawapan: Transaksi bayaran yang dikemaskini pada setiap pertengahan bulan adalah untuk bayaran yang dijadualkan akan dikreditkan ke akaun bank pelajar pada 1hb bulan berikutnya


Soalan 2: Bilakah saya perlu membuat pembayaran balik pinjaman pelajaran MARA?

Jawapan: Bayaran balik pinjaman pelajaran MARA dijadualkan bermula bulan ke 7 selepas pelajar tamat tajaan. Bermula tahun 2017, MARA tidak lagi menghantar Jadual Bayaran Balik secara pos. Jadual Bayaran Balik boleh dicetak di sistem e-Baki yang terdapat di laman web MARA.


Soalan 3: Mengapa saya tidak lagi menerima Penyata Tahunan baki Pinjaman Pelajaran Mara?

Jawapan: Bermula tahun 2015, MARA tidak lagi mengedarkan Penyata Tahunan secara pos. Penyata Tahunan boleh dicetak di sistem e-Baki yang terdapat di laman web MARA.


Soalan 4: Saya lihat di eBaki ada transaksi bayaran elauan sara hidup pertama saya RM4,200 (contoh), tetapi kenapa di akaun bank saya, hanya menerima RM3,600 (kurang RM600)?

Jawapan: Amaun potongan RM600 adalah potongan untuk bayaran balik Pinjaman Pendahuluan MARA yang ditolak terus dari elaun sara hidup sebanyak RM100 sebulan. Memandangkan elaun sara hidup pertama dibayar untuk tempoh 6 bulan, maka potongan pendahuluan juga dibuat untuk tempoh 6 bulan (RM100 x 6 bulan). Potongan RM100 akan terus berjalan sehingga habis baki Pinjaman Pendahuluan MARA.

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai sistem eBaki Mara, anda boleh layari portal rasmi mereka di: https://apps.mara.gov.my/ebakiv2/. Atau dapatkan maklumat terkini berkaitan MARA di sini:

Leave your vote

Share your love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.