Check Saman Polis Trafik, JPJ & AES (Online / SMS)
Check saman polis hari ini begitu mudah jika hendak dibandingkan dengan dulu. Hal ini kerana anda boleh terus semak saman polis anda secara dalam talian menerusi laman sesawang rasmi mereka.
Jom kami kongsikan beberapa jenis cara check saman polis yang boleh anda lakukan dengan mudah dan pantas.
Baca juga:
Apa itu saman?
Saman adalah perintah rasmi yang menuntut seseorang untuk hadir ke makhmah untuk di dakwa.
Sebagai pengguna jalan raya, ada kalanya kita tanpa sengaja melakukan kesalahan lalu lintas sehingga menerima saman daripada pihak berkuasa seperti pihak polis atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Individu yang melakukan kesalahan akan diberikan surat yang mengandungi maklumat butiran seperti kesalahan dilakukan, lokasi, tarikh dan sebagainya.
Kesalahan trafik yang biasa dilakukan
Terdapat enam kesalahan utama yang sering dilakukan oleh pengguna jalan raya iaitu memandu melebihi had laju, memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, memotong barisan, tidak mematuhi lampu isyarat dan menggunakan alat telekomunikasi ketika memandu.
Harga saman kesalahan trafik
Kesalahan (A) | 1-15 hari | 16-30 hari | 31-60 hari |
---|---|---|---|
Tidak memandu melebihi 40km/j daripada had yang ditetapkan | RM150 | RM200 | RM300 |
Membuat pusingan “U” di tempat yang tidak dibenarkan | RM150 | RM200 | RM300 |
Brek tidak efisien | RM150 | RM200 | RM300 |
Berhenti di petak kuning | RM150 | RM200 | RM300 |
Tidak patuhi isyarat “Dilarang Masuk” | RM150 | RM200 | RM300 |
Gagal patuhi lampu isyarat | RM150 | RM200 | RM300 |
Tidak memakai tali pinggang keluar | RM150 | RM200 | RM300 |
Memotong barisan | RM150 | RM200 | RM300 |
Menggunakan lorong kecemasan | RM150 | RM200 | RM300 |
Tidak ada lesen memandu | RM150 | RM200 | RM300 |
Kesalahan (B) | 1-15 hari | 16-30 hari | 31-60 hari |
---|---|---|---|
Lampu tidak menyala | RM100 | RM150 | RM250 |
Lampu brek tidak berfungsi | RM100 | RM150 | RM250 |
Tidak pasang lampu | RM100 | RM150 | RM250 |
Tidak pasang cermin sisi | RM100 | RM150 | RM250 |
Bawa barang di dalam kenderaan yang tidak sesuai | RM100 | RM150 | RM250 |
Kesalahan (C) | 1-15 hari | 16-30 hari | 31-60 hari |
---|---|---|---|
Lesen memandu tamat tempoh | RM70 | RM120 | RM150 |
Tidak hadir pemeriksaan PUSPAKOM bagi kenderaan perdagangan | RM70 | RM120 | RM150 |
Tidak membuat tukar milik | RM70 | RM120 | RM150 |
Tidak ada pelekat “P” | RM70 | RM120 | RM150 |
Kesalahan (D) | 1-15 hari | 16-30 hari | 31-60 hari |
---|---|---|---|
Memandu laju melebihi 40km/j dari had yang ditetapkan | RM300 | RM300 | RM300 |
Pemandu teksi tidak menggunakan meter | RM300 | RM300 | RM300 |
*Setiap kesalahan jalan raya akan diberikan diskaun sekiranya anda membayar saman dalam tempoh 15 hari pertama selepas ia dikeluarkan
Nota: Harga saman ini mungkin akan berubah dari semasa ke semasa. Hubungi pihak PDRM untuk maklumat terkini.
Cara check saman online
Terdapat beberapa cara untuk anda check saman dan membayar saman tertunggak secara online sahaja.
1. Portal JPJ
Cara check saman yang pertama adalah menerusi Portal JPJ. Ia membolehkan anda untuk menyemak tunggakan saman JPJ dan saman AES. Berikut adalah langkah mudahnya:
- Layari laman sesawang JPJ di pautan berikut: https://www.jpj.gov.my/en/web/main-site/semak-saman
- Kemudian, klik pada “Semak Saman JPJ”
- Masukkan pula nombor MyKad dan nombor pendaftaran kenderaan anda
- Butiran mengenai saman (JPJ, AES) akan dipaparka di skrin anda
*Anda juga boleh membuat bayaran secara dalam talian di mana-mana cawangan JPJ yang berdekatan.
2. MyBayar Saman
MyBayar Sama adalah perkhidmatan digital terkini yang dilancarkan untuk memudahkan penggunaan check saman trafik dengan mudah terus kepada pihak PDRM secara online. Berikut adalah langkah mudahnya:
- Anda boleh layari laman sesawang MyBayar Saman di pautan berikut: https://mybayar.rmp.gov.my atau muat turun aplikasi MyBayar Saman melalui Google Playstore atau iOS Store
- Klik pada “New User Sign Up” untuk pendaftaran
- Isi dengan lengkap maklumat dan pengesahan OTP
- Selesai mendaftar, anda boleh terus login ke dalam portal tersebut
- Check saman terlebih dahulu untuk mengetahui jumlah saman yang perlu dibayar.
- Buat pembayaran secara online melalui kaedah pembayaran yang dipilih
3. RILEK
Cara check saman berikutnya adalah melalui Rangkaian Interaktif Laman Elektronik Kerajaan atau lebih dikenali sebagai RILEK.
Portal ini membolehkan anda untuk menyemak saman trafik, status insolvensi dansaman DBKL secara dalam talian.
Berikut adalah cara mudahnya untuk menyemak:
- Layari laman sesawang RILEK di pautan: https://www.rilek.com.my/
- Buat pendaftaran akaun dan login ke dalam portal menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan anda yang telah ditetapkan
- Klik pada “Search By”.
- Pilih semak saman JPJ atau PDRM
- Isikan maklumat lengkap anda dan klik pada “Semak”
- Pembayaran saman boleh dibuat menerusi perbankan internet seperti Maybank2u, CIMB Clicks dan sebagainya
4. Semak melalui SMS
Cara check saman juga boleh melalui SMS. Setiap perkhidmatan ini akan dikenakan caj sebanyak 15 sen bagi setiap mesej yang dihantar dan 20 sen akan dikenakan untuk setiap mesej diterima.
Berikut adalah cara mudahnya:
- Taip POLIS<jarak>SAMAN<jarak>Nombor Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan
- Hantar ke 15888 atau 32728
- Contoh – POLIS SAMAN JJQ 9712 atau POLIS SAMAN 940201561234
Atau anda juga boleh semak di JPJ dengan:
- Taip JPJ<jarak>SAMAN<jarak>Nombor Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan
- Hantar ke 15888
- Contoh – JPJ SAMAN 940201561234 atau JPJ SAMAN JJQ 9712
5. SSO PDRM
Sistem Semakan Online (SSO) dilancarkan untuk kemudahan umum bagi semakan status saman, repot, dan perkhidmatan polis secara atas talian.
Perkhidmatan yang boleh dilakukan secara online di portal ini adalah seperti semakan saman polis, semakan status repot polis, dan semakan pengambilan jawatan PDRM. Berikut adalah langkah mudahnya:
- Layari laman sesawang SSO di pautan: https://sso.rmp.gov.my/
- Buat pendaftaran akaun dan login ke dalam portal menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan anda yang telah ditetapkan
- Klik pada “Status Saman” untuk membuat semakan saman menerusi Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Plat Kenderaan anda.
Bayar segera, elak tunggakan saman
Sebagai pengguna jalan raya yang bertanggungjawab, anda hendaklah membayar saman yang dikenakan atau yang tertunggak sekiranya anda.
Elak membiarkan saman anda terus tertunggak kerana ia nantinya akan menyukarkan proses untuk memperbaharui cukai jalan di kemudian hari kelak.
GIPHY App Key not set. Please check settings