BUDI Madani 2024 – Kategori Penerima, Syarat & Cara Memohon

Apakah yang dimaksudkan dengan BUDI Madani 2024, kategori bantuan yang layak diterima oleh pemohon serta cara-cara untuk membuat permohonan yang betul?

Dalam artikel kali ini, kami akan berkongsi kepada anda inti pati penting tentang BUDI Madani 2024 dan kebaikannya kepada rakyat Malaysia.

Baca juga:

Apa itu BUDI Madani?

Budi Madani

BUDI Madani adalah wadah dari Kerajaan Madani untuk memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak.

Setakat 19 Jun 2024, Kementerian Kewangan (MOF) telah meluluskan sebanyak 100,000 permohonan bantuan tunai subsidi diesel di bawah inisiatif BUDI Madani untuk pemilik kenderaan diesel individu (BUDI Individu) serta petani dan pekebun kecil (BUDI Agri-Komoditi).

Permohonan yang diluluskan sebelum 3 Jun 2024 akan menerima BUDI Madani pertama menjelang pertengahan Jun 2024, dan bantuan seterusnya akan disalurkan secara bulanan.

Budi Madani
Budi Madani

Kategori Penerima BUDI Madani

Terdapat beberapa kategori bantuan penerima BUDI Madani. Berikut adalah tiga kategori yang terlibat:

BUDI Individu

BUDI Individu adalah bagi pemilik kenderaan diesel individu. Bantuan tunai RM200 setiap bulan akan disediakan kepada pemilik kenderaan diesel individu yang layak. Bantuan ini dapat menampung kenaikan kos pengangkutan harian individu yang menggunakan kenderaan diesel.

Kelayakan Pemohon:

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100,000 dan ke bawah berdasarkan data LHDN.
  • Memiliki kenderaan diesel yang berdaftar dengan JPJ, kecuali kenderaan mewah bawah 10 tahun.
  • Kenderaan mempunyai cukai jalan yang sah dan aktif.

BUDI Agri-Komoditi

Budi Madani

BUDI Agri-Komoditi adalah bagi petani dan pekebun kecil. Bantuan tunai RM200 setiap bulan diberi kepada golongan petani, penternak dan pekebun kecil komoditi yang berdaftar dengan agensi Kementerian terlibat.

Bantuan ini adalah inisiatif terbaik susulan kenaikan kos diesel jentera pertanian yang digunakan.

Kelayakan Pemohon:

  • Khusus untuk petani kecil (tanaman akuakultur, dan ternakan) dan pekebun kecil (sawit, getah, koko, lada, dan kenaf) di Semenanjung Malaysia.
  • Berdaftar dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).

BUDI MySubsidi Diesel

Budi Madani

BUDI MySubsidi Diesel adalah bagi pengangkutan darat. Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) ialah platform khusus untuk kenderaan awam dan pengangkutan barangan terpilih terus mendapatkan subsidi diesel melalui fleet card.

Kelayakan Pemohon:

  • Pemilik kenderaan iaitu individu/wakil bagi syarikat (sekurang-kurangnya pangkat Eksekutif) boleh berurusan dengan KPDN.
  • Tertakluk kepada jenis kenderaan yang layak sahaja.
  • “Runner” tidak dibenarkan berurusan dengan KPDN.
  • Permohonan baharu / tambahan kenderaan / pertukaran syarikat minyak boleh dibuat secara dalam talian menerusi portal https://mysubsidi.kpdn.gov.my

Cara memohon BUDI Individu

Permohonan BUDI Individu adalah terhad secara dalam talian melalui portal rasmi
BUDI Individu di https://budimadani.gov.my dengan kaedah berikut:

Berikut adalah langkah-langkah permohonan BUDI Individu:

  1. Buat pendaftaran akaun pengguna melalui pautan yang diberikan di atas.
  2. Klik pada menu “Permohonan Baharu” dan kemudian pilih “Pemilikan Kenderaan (Diesel) Individu”.
  3. Masukkan maklumat permohonan seperti:
    • No. Mykad
    • No. Telefon bimbit
    • Nama Bank
    • No. Akaun bank
    • Alamat e-mel
  4. Masukkan maklumat kenderaan diesel seperti:
    • Nombor pendaftaran kenderaan
    • Tarikh luput lesen kenderaan motor
    • Jenama / model kenderaan
    • Kelas kegunaan kenderaan

Cara memohon BUDI Agri-Komoditi

Berikut adalah langkah-langkah permohonan BUDI Agri-Komoditi:

  1. Log masuk di laman web BUDI Madani di pautan berikut : https://budimadani.gov.my/Account/Login
  2. Tekan butang “Permohonan Budi Agri-Komoditi”.
  3. Pilih “Kategori Pemohon”.
  4. Isi butian anda dengan lengkap. Klik “Tiada Maklumat Akaun Bank” jika tidak mempunyai akaun.
  5. Pilih salah satu kategori yang bersesuaian.
  6. Isikan dan klik “Sahkan CAPTCHA”.
  7. Sahkan maklumat anda.
  8. Permohonan anda telah berjaya. Anda boleh memeriksa keputusan di butang “Semakan Status” dalam tempoh yang telah dimaklumkan.
  9. Buat semakan status permohonan dan pembayaran.
Budi Madani
Budi Madani
Budi Madani
Budi Madani
Budi Madani

Cara memohon Budi MySubsidi Diesel

Berikut adalah langkah-langkah permohonan Budi MySubsidi Diesel:

A) Pendaftaran Individu

1. Klik butang “Individu” untuk mendaftar sebagai individu.

2. Isikan “Maklumat Pemohon” dan klik butang “Hantar” untuk mendaftar sebagai individu.

B) Pendaftaran Syarikat

1. Klik butang “Syarikat” untuk mendaftar sebagai syarikat.

2. Isikan maklumat syarikat.

3. Isikan maklumat “Wakil Syarikat” dan klik butang “Hantar” untuk pendaftaran sebagai syarikat.

C) Log Masuk

1. Masukkan No. Kad Pengenalan / No. Pendaftaran Syarikat (SSPM/PBT)

2. Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan.

3. Klik butang Log Masuk untuk log masuk dalam sistem.

D) Permohonan Kouta Asas

1. Klik butang “Permohonan Kouta Asas” untuk memohon kouta asas.

2. Klik butang “Tambah” untuk memohon kouta asas

3. Semak maklumat profil dan klik butang “Simpan & Seterusnya”.

4. Klik butang “Tambah” untuk tambah kenderaan.

5. Masukkan No. Kenderaan dan klik butang “Cari”.

6. Isi maklumat dan klik butang “Simpan”.

7. Masukkan pecahan mengikut syarikat minyak yang diperlukan dan pastikan pecahan cukup 100% dan klik “Simpan & Seterusnya”.

8. Semak maklumat permohonan dan masukkan Akaun Permohonan iaitu:

  • Nama pemohon
  • No. kad pengenalan

9. Tandakan (✓) pada letak perakuan dan klik “Hantar”.

E) Maklumat Fleet Card Semasa

Anda boleh buat semakan bagi melihat senarai kenderaan yang telah di daftarkan di dalam Sistem MySubsidi Diesel dan juga boleh cetak surat kelulusan serta senarai kenderaan untuk dihantar kepada stesen minyak.

1. Klik menu “Maklumat Fleet Card Semasa”.

2. Maklumat Fleet Card Semasa akan dipaparkan.

3. Klik butang “Surat Kelulusan dan Senarai Kenderaan” untuk dibawa ke stesen minyak bagi mendapatkan Fleet Card.

F) Permohonan Tambahan Kenderaan

Anda boleh membuat pemohonan tambahan kenderaan sekiranya mempunyai kenderaan yang layak mendapat subsidi diesel.

1. Klik menu “Pemohonan Tambah Kenderaan” dan senarai permohonan tambah kenderaan akan dipaparkan.

2. Klik butang “Tambah” untuk membuat pemohonan tambah kenderaan.

3. Semak maklumat dan klik butang “Simpan & Seterusnya”.

4. Klik butang “Tambah” untuk tambah kenderaan.

5. Masukkan No. Kenderaan dan klik butang “Cari”.

6. Isi maklumat dan klik butang “Simpan”.

7. Semak maklumat permohonan dan masukkan “Akaun Permohonan” iaitu Nama Pemohon dan No. Kad Pengenalan. Tandakan (✓) pada letak perakuan dan klik “Hantar”.

8. Permohonan Tambah Kenderaan anda telah selesai!

G) Permohonan Pertukaran Syarikat Minyak

Anda boleh membuat pertukaran syarikat minyak sebanyak 3 kali dalam tempoh 1 tahun. Maksimum pemilihan syarikat minyak adalah dihadkan kepada 2 syarikat sahaja.

1. Klik menu “Permohonan Pertukaran Syarikat Minyak”.

2. Klik butang “Tambah” untuk membuat “Permohonan Pertukaran Syarikat Minyak”.

3. Semak maklumat profil pemohon dan klik butang “Simpan”.

4. Masukkan pecahan mengikut syarikat minyak yang diperlukan dan pastikan pecahan cukup 100% dan klik butang “Simpan & Seterusnya”.

5. Semak maklumat permohonan dan masukkan Akaun Permohonan iaitu Nama Pemohon dan No. Kad Pengenalan.

6. Tandakan (✓) pada letak perakuan dan klik “Hantar”.

7. Permohonan Pertukaran Syarikat Minyak anda selesai!

FAQ BUDI Madani 2024

1. Bagaimana cara untuk menyemak sama ada anda layak untuk menerika bantuan BUDI Individu?

Status kelayakan bagi bantuan BUDI Individu akan dimaklumkan selepas pemohon selesai membuat permohonan melalui portal rasmi BUDI MADANI di https://budimadani.gov.my.

Sekiranya tidak diluluskan, dan pemohon memenuhi syarat kelayakan BUDI Individu, pemohon boleh mengemukakan rayuan atau menghubungi pusat panggilan. Rayuan akan dibuka mulai 3 Jun 2024.

2. Bilakah permohonan BUDI Individu akan dibuka?

Permohonan BUDI Individu dibuka sepanjang tahun mulai 28 Mei 2024.

3. Bilakah permohonan BUDI Agri-Komoditi akan dibuka?

Permohonan BUDI Agri-Komoditi dibuka sepanjang tahun mulai 28 Mei 2024.

4. Berapa lama proses kelulusan kelayakan bagi bantuan BUDI Madani?

Pemohon boleh menyemak status permohonan dengan menekan butang “Semak Status” pada papan pemuka (dashboard) permohon.

5. Adakah pendaftaran secara manual boleh dilakukan?

Pendaftaran hanya boleh dilakukan secara dalam talian. Pada masa yang sama pemohon boleh hadir ke jabatan/agensi KPKM yang berdekatan untuk mendapatkan khidmat nasihat pengisian borang permohonan.

Permohonan boleh dibuat melalui Portal BUDI MADANI di pautan berikut: https://budimadani.gov.my.

6. Sekiranya saya tidak mempunyai akaun bank, apa yang perlu saya lakukan?

Pemohon yang diluluskan namun tidak mempunyai akaun bank boleh ke mana-mana Cawangan BSN untuk menerima pembayaran secara tunai.

7. Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya permohonan ditolak?

Maklumat lanjut berkenaan asas permohonan ditolak boleh diperoleh dengan rayuan butang “Semak Status” pada papan pemuka (dashboard) pemohon.

Setelah asas diperoleh, pemohon perlu mengambil tindakan sewajarnya untuk mengemaskini maklumat peribadi atau maklumat kenderaan sebelum mengemukakann rayuan.

8. Adakah bantuan tunai diesel untuk setiap kenderaan atau setiap individu?

Bantuan tunai ini akan disalurkan kepada pemilik kendereaan diesel yang menepati kriteria program BUDI Individu.

9. Siapakah yang saya boleh hubungi sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung BUDI Individu?

Pertanyaan boleh dipanjangkan ke Pusat Panggilan Bantuan Khas Kerajaan (BKK) HASiL atau Talian BUDI MOF bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada Isnin hingga Jumaat di talian berikut:

Talian BUDI Individu (BKK HASiL): 1-800-88-2747
Talian BUDI Individu (MOF): 03-8882 4565 atau 03-8882 4566.
Alamat e-mel : budimadani@treasury.gov.my

10. Sekiranya saya layak menerima BUDI Individu, adalah saya masih layak untuk menerima BUDI Agri-Komoditi?

Ya. Sekiranya anda layak menerima BUDI Individu, anda masih layak untuk menerima BUDI Agri-Komoditi.

Leave your vote

Share your love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.