Surat Tidak Hadir Ke Sekolah: Format Rasmi Lengkap

Bagi mana-mana murid yang tidak datang ke sekolah atas sebab-sebab tertentu, mereka perlu mengemukakan surat tidak hadir ke sekolah atau sijil cuti sakit kepada guru tingkatan pada keesokan harinya.

Semestinya setiap surat rasmi seperti ini, ia mempunyai cara penulisan dan format yang tertentu. Jom, kita semak bagaimana cara penulisan yang tepat.

Baca juga:

Apa itu surat tidak hadir ke sekolah

Surat kiriman rasmi adalah merupakan surat yang ditulis atas dasar urusan rasmi. Contohnya seperti surat tidak hadir ke sekolah, surat permohonan, surat rayuan, dan banyak lagi.

Kenapa perlu beri surat?

Pelajar perlu beri surat ketidakhadiran ke sekolah atas sebab sakit, demam, urusan keluarga, masalah pengangkutan ke sekolah, faktor persekitaran (banjir/hujan lebat), dan lain-lain sebab yang munasabah.

Ia mustahak bagi memastikan rekod berhenti sekolah pelajar dalam keadaan baik. Pelajar yang tidak mengemukakan surat ini, pelajar akan dianggap sebagai “ponteng sekolah” dan ia boleh menjadi kesalahan disiplin di sekolah.

Format rasmi surat

Antara isi-isi yang terkandung di dalam surat tidak hadir ke sekolah ini adalah seperti:

  • Alamat anda
  • Alamat sekolah
  • Tarikh anak tidak hadir ke sekolah
  • Tujuan penulisan surat
  • Isi surat
  • Sebab ketidakhadiran
  • Permohonan maaf
  • Kata terima kasih
  • Tanda tangan
  • Nyatakan dokumen iringan yang diselitkan (jika ada)

Contoh surat tidak hadir ke sekolah

Mohamad Hafiz Bin Abdul Rahman
148-03-02, Pangsapuri Ceupacs,
Jalan Thembi Abdullah, Brickfields
50470 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Guru Kelas Tahun 3 Cendana
Sekolah Menengah Taman Cenderawasih
Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields,
50470 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 28 Sepetember 2021
(up: Puan Rahayu Binti Mohd Ali)

Puan,

TIDAK HADIR KE SEKOLAH ATAS KEBIMBANGAN PENULARAN COVID-19

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Saya Mohamad Hafiz Bin Abdul Rahman yang merupakan bapa kepada Mohamad Azizan Bin Mohamad Hafiz dari kelas 3 Cendana ingin memaklumkan ketidakhadiran anak di bawah jagaan saya ke sekolah pada 1 Oktober hingga 31 Oktober 2022.

3. Sebab ketidakhadiran anak ini adalah kebimbangan saya dan keluarga mengenai penularan Virus Covid-19 yang masih belum terkawal sepenuhnya di sekitar Lembah Klang memandangkan anak saya perlu menaiki bas sekolah untuk ke sekolah.

4. Oleh itu, saya berharap pihak sekolah dapat memberikan kerjasama dan perhatian sewajarnya kepada ketidakhadiran anak saya ke sekolah. Saya juga akan cuba memastikan anak ini memberikan kejasama yang baik sekiranya terdapat sesi pdPR yang akan dikendalikan oleh guru sepanjang tempoh ini.

Segala perhatian dan kerjasama puan dalam perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………………………..

Mohamad Hafiz Bin Abdul Rahman
No. Telefon: 013-987XXXX

*Penyerahan surat ini merupakan dokumen bertulis “hitam putih” yang boleh dijadiakn bukti pada masa akan datang. Justeru, anda perlu pastikan butiran maklumat diberikan dengan tepat dan lengkap. Dan anda juga perlu mengingati setiap butir kandungan yang ditulis

Untuk memudahkan anda mencetak dan mengedit surat ini, anda boleh terus muat turun template surat di bawah ini:

Leave your vote

Share your love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.