Nilam Johor: Cara Login dan Cara Rekod Bacaan Murid Johor

Sistem merekod bacaan yang diperkenalkan oleh Nilam Johor memberikan kesan yang cukup menarik dalam membentuk generasi yang cintakan ilmu pengetahuan.

Khusus bagi memberi kemudahan kepada para pelajar, jom semak cara merekod aktiviti bacaan Nilam anda.

Baca juga:

Apa itu Nilam Johor

NILAM membawa maksud “Nadi Ilmu Amalan Membaca”. Tujuan program ini adalah untuk menggalakkan pelajar membaca.

Modul Nilam Johor pula adalah sistem baru yang dibangunkan oleh negeri Johor dengan memudahkan lagi perekodan program Nilam.

Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, JPN Johor telah membangunkan satu platform pengumpulan data bacaan. Mulai tahun 2022, platform ini diguna pakai untuk merekod bacaan Nilam.

Cara login Nilam Johor

1. Sila layari laman Modul Nilam Johor di pautan berikut: https://nilamjohor.edu.my/site/login

nilam johor
nilam johor
nilam johor

2. Masukkan ID Delima anda, contoh ID Delima anda: m-12345678@moe-dl.edu.my, anda hanya perlu masukkan m-12345678 dan kata laluannya: abcd@1234.

nilam johor

3. Anda akan melihat paparan berikut selepas berjaya masuk ke sistem Nilam Johor

nilam johor

4. Jika tidak berjaya, sila semak ID dan kata laluan dan ulang langkah 2 semula. Jika masih tidak berjaya, anda boleh hubungi admin sekolah untuk membuat semakan ID dan kata laluan.

Cara rekod bahan bacaan

Apabila anda berjaya login masuk ke dalam sistem, anda boleh memulakan aktiviti merekod bahan bacaan anda dengan hanya beberapa langkah mudah seperti berikut:

1. Menu ini terbahagi keoada 4 menu iaitu Profil, Dashboard, Aktviti Bacaan dan Statistik.

2. Pada menu utama cari dan klik pada Aktiviti Bacaan.

3. Klik butang Tambah Aktiviti Bacaan untuk memulakan rekod bacaan anda.

4. Pilih maklumat Klasifikasi Bahan Bacaan yang terdiri daripada Kategori Bahan dan Kategori Bahasa.

5. Taip maklumat Bahan Bacaan seperti Judul, Sinopsis, Pengarang, Penerbit, Tahun Terbit dan Tarikh Baca.

6. Selepas anda selesai mengisi, klik pada butang Simpan.

7. Jika rekod anda berjaya disimpan, senarai bacaan akan berada di paparan Senarai Bahan yang dibaca. Jika sebaliknya semak dan ulang langkah pengisian seperti langkah 4 hingga 6.

*Sebarang rekod maklumat yang telah berjaya disimpan, proses padam hanya boleh dilakukan oleh Guru Kelas dan Admin sekolah sahaja. Anda boleh memaklumkan kepada Guru Kelas jika mahu padam rekod bacaan.

Pengiktirafan Nilam setiap darjah

Sekolah Rendah (Pra Sekolah – Tahun 6)

Penarafan BintangJumlah Bahan Bacaan
1 Bintang144-287
2 Bintang288-431
3 Bintang432-575
4 Bintang576-719
5 Bintang720 ke atas

Sekolah Menengah (Peralihan – Tingkatan 5)

Penarafan BintangJumlah Bahan Bacaan
1 Bintang120-239
2 Bintang240-359
3 Bintang360-479
4 Bintang480-599
5 Bintang600 ke atas

Sekolah Menengah (Tingkatan 6 Bawah – Tingkatan 6 Atas)

Penarafan BintangJumlah Bahan Bacaan
1 Bintang48-95
2 Bintang96-143
3 Bintang144-191
4 Bintang192-239
5 Bintang240 ke atas

Video penduan penggunaan Nilam Johor

Tonton video panduan penuh di bawah (Edisi Murid), jika anda ingin panduan yang lebih jelas menggunakan sistem NILAM Johor ini.

Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk di sini: Manual Modul Nilam Johor Edisi Murid

Leave your vote

Share your love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.