Doa Qunut: Jenis, Bacaan Dalam Arab/Rumi & Maksudnya

Doa qunut adalah salah satu dari amalan sunnah dalam Mazhab Syafi’i.

Jom, kita semak satu persatu bacaan lengkap doa qunut berserta maksudnya untuk amalan anda.

Baca juga:

Apa itu doa qunut?

doa qunut

Perkataan qunut dalam Bahasa Arab bermaksud berdiri lama, taat, doa dan khusyuk. Dari segi istilah qunut bermaksud sesuatu doa yang dibaca oleh seorang Muslim di dalam solat ketika sedang berdiri.

Jenis doa qunut

1. Doa qunut subuh

Doa qunut subuh dibaca ketika memasuki rakaat kedua solat. Tepatnya setelah membaca bacaan iktidal sebelum melakukan sujud pertama di rakat kedua tersebut.

2. Doa qunut nazilah

Doa qunut nazilah dibaca ketika terjadinya musibah seperti bencana alam, wabak penyakit, dan sebagainya.

3. Doa qunut witir

Doa qunut witir dilakukan pada akhir solat witir setelah rukuk di pertengahan bulan Ramadhan.

Hukum mengangkat tangan ketika doa qunut

doa qunut

Hukum seseorang mengangkat tangan ketika membaca doa qunut adalah sunat. Hal ini kerana terdapat sebuah hadis daripada Salman al-Farisi RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ اللَّهَ حَيِيٌّ كَرِيمٌ يَسْتَحْيِي إِذَا رَفَعَ الرَّجُلُ إِلَيْهِ يَدَيْهِ أَنْ يَرُدَّهُمَا صِفْرًا خَائِبَتَيْنِ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Maha Hidup lagi Maha Mulia malu jika seorang lelaki itu mengangkat kedua tangannya kepada-Nya serta memulangkannya dalam keadaan kosong yang tidak membawa hasil”. [Riwayat al-Tirmizi (3556)][Hadis ini dinilai hasan gharib oleh Imam al-Tirmizi]

Teks bacaan dan maksudnya

1. Teks doa qunut subuh

للّٰهُمَّ اهْدِنِىْ فِيْمَنْ هَدَيْتَ وَعَافِنِى فِيْمَنْ عَافَيْتَ وَتَوَلَّنِىْ فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ وَبَارِكْ لِىْ فِيْمَا اَعْطَيْتَ وَقِنِيْ شَرَّمَا قَضَيْتَ فَاِنَّكَ تَقْضِىْ وَلاَ يُقْضٰى عَلَيْكَ وَاِ نَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ وَلاَ يَعِزُّ
مَنْ عَادَيْتَ تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ فَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى مَا قَضَيْتَ وَاَسْتَغْفِرُكَ وَاَتُوْبُ اِلَيْكَ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ اْلاُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

Bacaan rumi: Allah humah dini fiman hadait. Wa’a fini fiman ‘afait. Watawallani fiman tawalait. Wabarikli fimaa a’tait. Waqinii syarramaa qadhait. Fainnaka taqdhi wala yuqdha ‘alaik. Wainnahu layadziluman walait. Walaa ya’izzuman ‘adait. Tabaa rakta rabbana wata’alait. Falakalhamdu ‘ala maaqadzait. Wa astaghfiruka wa atubu Ilaik. Wa sallahu ‘ala saidina. Muhammadinin nabiyil ummiyi. Waala aalihi wasahbihi wassalam

Maksudnya: Ya Allah berikanlah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah. Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan.

Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan. Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan.

Dan selamatkan aku (dengan rahmat Allah) dari bahaya yang telah Engkau tentukan. Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum. Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin. Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi.

Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi. Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan.

Dan kami memohon ampun dari Mu dan kami bertaubat kepada Mu. Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya.”

2. Teks doa qunut nazilah

اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار , يا مُنْتَقِم , يا الله , يا الله , يا الله اللهم يا مُنْزِلَ الكتاب يا مُجْرِىَ السَحاب يا هَازِمَ الأحزاب اِهزِمهم اِهزِمهم اِهزِمهم وانصُرْنا عليهم

Bacaan rumi: Allahummahdiini fiiman hadait. Wa’aafini fiiman ‘afait. Watawallanii fiiman tawallait. Wabaarik lii fiima a’thait. Waqinii syarrama qadlait. Fainnaka taqdhi walaa yuqdho ‘alaik. Wainnahu laa yadzillu man waalait. Tabaarakta rabbana wata’aalait. Wastaghfiruka wa atuubu ilaik.

Allahummadfa’ ‘annal ghalaa’a wal balaa’a wabaa’a wal fahsyaa’a wal munkara was suyuufal mukhtalifata wasy syadaa’ida wal mihana maadhahara minhaa wa maabaathana min balaadinaa haadhaaa khaassatan wa min buldaanil muslimiina aammatan. Innaka ‘alaa kulli syai’in qadiir.

Wa shallallahu ‘ala sayyidina muhammadin wa ‘ala alihi washahbihi wa shallam.

Maksudnya: “Ya Allah kami letakkan kamu di batang leher musuh-musuh kami dan kami berlindung denganmu dari kejahatan mereka. Ya Allah hancurkan kumpulan mereka. Ya Allah pecahkan pakatan mereka.

Ya Allah leburkan pendirian mereka. Ya Allah musnahkan langkah mereka. Cengkamkan anjing-anjingmu kepada mereka. Ya Allah yang maha memaksa. Ya Allah yang maha perkasa. Ya Allah yang maha membalas.

Ya Allahu, ya Allahu, ya Allah. Yang turunkan kitab, yang gerakkan awan, yang tewaskan tentera Ahzab. Kalahkan mereka, kalahkan mereka, kalahkan mereka. Dan kemenangan untuk kami.”

3. Teks doa qunut witir

للّٰهُمَّ اهْدِنِىْ فِيْمَنْ هَدَيْتَ وَعَافِنِى فِيْمَنْ عَافَيْتَ وَتَوَلَّنِىْ فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ وَبَارِكْ لِىْ فِيْمَا اَعْطَيْتَ وَقِنِيْ شَرَّمَا قَضَيْتَ فَاِنَّكَ تَقْضِىْ وَلاَ يُقْضٰى عَلَيْكَ وَاِ نَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ وَلاَ يَعِزُّ
مَنْ عَادَيْتَ تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ فَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى مَا قَضَيْتَ وَاَسْتَغْفِرُكَ وَاَتُوْبُ اِلَيْكَ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ اْلاُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

Bacaan rumi: Allahhummahdinii fiiman hadait, wa’a finii fiman ‘aafait, wa tawallanii fiiman tawal-laiit, wa baarik lii fiimaa a’thait, wa qinii syarra maa qadhait.

Fainnaka taqdhii walaa yuqdha ‘alaik, wa innahu laayadzilu man walait, wa laa ya’izzu man ‘aadait, tabaa rakta rabbanaa wata’aalait.

Falakalhamdu ‘alaa maaqadhait, Astaghfiruka wa’atuubu ilaik, Wasallallahu ‘ala Sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi. Wa’alaa aalihi washahbihi wasallam.

Maksudnya: “Ya Allah tunjukkanlah padaku sebagaimana pada mereka yang telah Engkau beri petunjuk, dan berilah padaku pengampunan sebagaimana pada mereka yang Engkau beri ampun, dan peliharalah aku sebagaimana pada mereka yang Engkau pelihara, dan berilah padaku keberkatan sebagaimana yang telah Engkau karuniakan pada merek, dan selamatkan aku dari mara bahaya yang telah Engkau tentukan.

Maka sesungguhnya Engkaulah yang menghukum dan bukan yang kena hukum, maka sesungguhnya tidaklah hina pada mereka orang yang Engkau pimpin, dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi, Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha tinggi Engkau

Maka bagi Engkau segala puji atas yang Engkau hukumkan, aku mohon ampun kepada Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau, dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan kesejahteraan atas junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan para sahabatnya.”

Semoga dengan perkongsian ini, anda mendapat manfaat yang berguna untuk amalan setiap masa.

Sumber:

  1. #893 Membaca Doa Qunut Selain Daripada Yang Warid. Zulkifli Al Bakri
  2. Irsyad Al-Hadith Siri Ke-327: Mengangkat Tangan Ketika Doa Qunut (Dis, 2018). Mufti Wilayah Persekutuan

Leave your vote

Share your love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.