8 Doa Dikurniakan Zuriat Yang Soleh dan Solehah
Bagaimanakah bacaan doa dikurniakan zuriat yang boleh anda baca setiap kali selepas solat dan dijadikan amalan harian?
Setiap suami isteri yang mendirikan mahligai rumah tangga pasti menginginkan anak-anak atau cahaya mata yang boleh melengkapkan lagi kehidupan dalam sebuah keluarga.
Namun berbalik kepada rezeki, anak juga adalah rezeki dari Allah SWT. Yang mana ramai sahaja suami isteri yang sudah berbelas tahun mendirikan rumah tangga masih belum dikurniakan anak.
Tidak terkecuali sesetengah pasangan yang baru berkahwin dapat petanda awal kehamilan walaupun baru beberapa bulan hidup bersama.
Dalam Islam, terdapat doa amalan seperti doa dikurniakan zuriat yang boleh anda amalkan sebagai salah satu dari jalan ikhtiar yang boleh dicuba.
Baca juga:
Anak anugerah dari Allah
Anak adalah satu amanah, ujian dan anugerah yang sangat berharga kurniaan dari Allah kepada hambanya.
Hal ini jelas kerana Allah SWT berfirman dalam surah Al-Syu’ara, ayat 46:
يَهَبُ لِمَن يَشَاءُ إِنَاثًا وَيَهَبُ لِمَن يَشَاءُ الذُّكُورَ
Maksudnya: “Dia (Allah) mengurniakan anak perempuan bagi sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dia mengurniakan anak lelaki kepada sesiapa yang Dia kehendaki.”
Begitu juga dalam surah Al-Saffat, ayat 100 atau juga dikenali sebagai doa Nabi Ibrahim:
رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ
“(Nabi Ibrahim berdoa): Wahai Tuhankku, kurniakan daku anak yang soleh.”
Maka anak-anak ini hanyalah dipinjamkan kepada kita yang mana harus dipelihara, dijaga dan dididik dengan sebaik-baiknya termasuk memastikan keselamatannya di dunia dan di akhirat.
Doa dikurniakan zuriat yang soleh
Antara doa dikurniakan zuriat dan jodoh yang soleh dan solehah untuk amalan sepanjang masa adalah seperti berikut:
1. Surah Al-Baqarah, ayat 128
Doa dikurniakan zuriat 1,
رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِنَآ اُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَۖ وَاَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا ۚ اِنَّكَ اَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ
Rabbanaa waj’alnaa muslimaini laka wa min zurriyyatinaaa ummatam muslimatal laka wa arinaa manaasikanaa wa tub ‘alainaa innaka antat tawwaabur raheem
“Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.”
2. Surah Ali-Imran, ayat 38
Doa dikurniakan zuriat 2,
رَبِّ هَبْ لِيْ مِنْ لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۚ اِنَّكَ سَمِيْعُ الدُّعَاۤءِ
Rabbi hab li minl ladunka zurriyatan toibatan innaka sami’ud du’a
“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepada Ku dari sisi Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya, Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan.”
3. Surah Anbiya, ayat 89
Doa dikurniakan zuriat 3,
رَبِّ لَا تَذَرْنِيْ فَرْدًا وَّاَنْتَ خَيْرُ الْوٰرِثِيْنَ
Rabbi la tadzarni fardan wa anta khairul waritsin
“Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi.”
4. Surah Saaffat, ayat 100
Doa dikurniakan zuriat 4,
رَبِّ هَبْ لِيْ مِنَ الصّٰلِحِيْنَ
Rabbi hab li minas salihin
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!”
5. Surah Ibrahim, ayat 40
Doa dikurniakan zuriat 5,
رَبِّ اجْعَلْنِيْ مُقِيْمَ الصَّلٰوةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِيْۖ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاۤءِ
Rab bij ‘alni muqimas salati. Wa min dhur riyyati rabba na wata qab bal du’a i
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenanlah doa permohonanku.”
6. Surah Al-Furqan, ayat 74
Doa dikurniakan zuriat 6,
وَالَّذِيْنَ يَقُوْلُوْنَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ اَزْوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ اَعْيُنٍ وَّاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ اِمَامًا
Rabbanaa hablanaa min azwaajinaa. Wazurriiyatinaa qurrata a’yunin wa ja’alnaa. Lilmuttaqiina imamaa
“Wahai Tuhan kami, berilah Kami dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyenangkan hati melihatnya, dan jadikanlah Kami pemimpin ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.”
7. Hadis Riwayat Al Bukhari (6344) dan Muslim (2481)
Doa dikurniakan zuriat 7,
اللَّهُمَّ أكْثِرْ مَالِي، وَوَلَدِي، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أعْطَيْتَنِي، وَأطِلْ حَيَاتِي عَلَى طَاعَتِكَ، وَأحْسِنْ عَمَلِي، وَاغْفِرْ لِي
Allahumma aksir mali wawaladi. Barikli fima ‘atoytani. Waatil hayati ‘ala to’atika waahsin ‘amali waghfirli
“Ya Allah, perbanyaklah harta dan anakku serta berkatilah kurniaan yang Engkau berikan padaku. Panjangkanlah umurku dalam ketaatan pada-Mu dan baikkanlah amalku serta ampunilah dosa-dosaku.”
8. Surah Al-Ahqaf, ayat 15
Doa dikurniakan zuriat 8,
وَوَصَّيْنَا الْاِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ اِحْسَانًا ۗحَمَلَتْهُ اُمُّهٗ كُرْهًا وَّوَضَعَتْهُ كُرْهًا ۗوَحَمْلُهٗ وَفِصٰلُهٗ ثَلٰثُوْنَ شَهْرًا ۗحَتّٰىٓ اِذَا بَلَغَ اَشُدَّهٗ وَبَلَغَ اَرْبَعِيْنَ سَنَةًۙ قَالَ رَبِّ اَوْزِعْنِيْٓ اَنْ اَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِيْٓ اَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلٰى وَالِدَيَّ وَاَنْ اَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضٰىهُ وَاَصْلِحْ لِيْ فِيْ ذُرِّيَّتِيْۗ اِنِّيْ تُبْتُ اِلَيْكَ وَاِنِّيْ مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
Wa wassainal insana biwalidaihi. Hamalat hu ummuhu kurhaw wa wada ‘at hu kurha. Wa hamluju wa fisaluhu salasuna syahra. Hatta iza balaga asyuddahu wa balaga arba ‘ina sanatang qala rabbi auzi’na an asykura ni’matakallati an’amta ‘alayya wa ‘ala walidayya wa an a’mala salihan tardahu wa aslih li fi zurriyyati. Inni tubtu ilaika wa inni minal muslimin
“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah aku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada kedua ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya, aku bertaubat kepada-Mu, dan sesungguhnya aku dari kalangan orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepada-Mu).”
Ikhtiar dapat zuriat – Ustaz Hanafiah
Ilmu yang dikongsikan oleh Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek, Pendakwah Bebas ini adalah dari salah seorang sahabatnya iaitu seorang ulama di Yaman.
Menurutnya, seorang wanita berusia 52 tahun telah melahirkan anak walaupun mereka suami isteri ini kedua-duanya telah disahkan mandul.
Berikut adalah bahan yang diperlukan untuk diamalkan oleh suami isteri:
Bahan-bahannya:
- 1 liter susu kambing
- 1 kg kurma jenis liat dan kering
Cara-caranya:
- Suami mengambil segenggam kurma
- Isteri juga mengambil segenggam kurma
- Buang bijinya dan kisar di dalam pengisar bersama 1 liter susu kambing
- Bahagi dua bahagian susu kurma kepada suami dan isteri
- Minum dan habiskan dalam masa sehari
Selesai hari pertama, anda boleh mengamalkan 7 biji kurma dan segelas susu kambing pada hari-hari berikutnya selama setahun.
Selain itu, boleh juga lazimkan diri dengan membaca Surah Maryam ayat 1-12 dan jadikan sebagai amalan harian.
Semoga Allah SWT perkenankan doa kita dan dikurniakan pasangan dan zuriat yang soleh dan solehah. Amin.
Sumber:
- #4639: Doa Mohon Zuriat. Maktabah Al Bakri
- Al-Kafi #1246: Ujian Tidak Dikurniakaan Zuriat. Mufti Wilayah Persekutuan
GIPHY App Key not set. Please check settings