Buku Teks Sejarah Tingkatan 4: Isi Kandungan (Digital)

Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 ini dikongsikan dalam bentuk digital untuk kegunaan sekolah menengah bagi membolehkan pelajar mendapatkan pengetahuan melampaui bilik darjah serta mengurangkan penggunaan kertas bagi mencetak buku teks bercetak.

Baca juga:

Ringkasan Buku Teks Sejarah Tingkatan 4

Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 Sekolah Menengah ini dihasilkan berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Buku ini mengandungi 10 bab berdasarkan tema Pembinaan Negara. Tema ini terbahagi kepada tiga tajuk utama.

Tajuk pertama, Nasionalisme di Malaysia Sebelum Perang Dunia Kedua dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu Warisan Negara Bangsa, Nasionalisme dan Nasionalisme di Negara Kita.

Tajuk kedua, Perjuangan Rakyat Ke Arah Kemederkaan Tanah Air yang mengandungi lima bahagian, iaitu Konflik Dunia dan Perjuangan Rakyat Semasa Pendudukan Jepun, Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita, Persekutuan Tanah Melayu 1948 serta Ancaman Komunis dan Perisytiharan Darurat 1948.

Tajuk ketiga ialah Kemederkaan Persekutuan Tanah Melayu yang dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu Usaha Ke Arah Kemederkaan, Pilihan Raya, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Pemasyhuran Kemerdekaan Tanah Melayu.

Kandungan yang disediakan dalam buku teks ini juga menekankan kepelbagaian teknik pembelajaran dan pengajaran seperti kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kajian masa depan, kontekstual serta mengaplikasikan Kemahiran Abad Ke-21.

Terdapat juga aktiviti Kemahiran Pemikiran Sejarah dan program Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium (IPIM) agar murid dapat memahami sesuatu peristiwa secara empati bagi membentuk jiwa patriotik dan kritis. Dalam membudayakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), maka penyampaian kandungan, aktiviti latihan dan penilaian turut dipersembahkan dalam bentuk grafik dan peta pemikiran yang sesuai.

Isi Kandungan

Berikut adalah senarai isi kandungan lengkap dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 berserta objektifnya.

Bab 1: Warisan Negara Bangsa (m/s 2-19)

Kerajaan Alam Melayu mempunyai ciri-ciri pembentukan negar abangsa sebelum kedatangan Barat. Ciri-ciri negara bangsa kerajaan Funan dan Champa diwarisi oleh kerajaan Srivijaya, kemudiannya Kesultanan Melayu Melaka dan diteruskan oleh Kesultanan Johor-Riau.

Ciri-ciri negara bangsa ini meliputi raja, undang-undang, wilayah pengaruh dan rakyat. Kesultanan Melayu Melaka meneruskan warisan ini dengan mengungguli sistem pentadbiram dan perundangan sebelum kedatangan Barat.

Ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka meliputi kerajaan, rakyat, kedaulatan, wilayah pengaruh, undang-undang, dan lambang kebesaran. Di samping itu, hubungan pemerintah dengan rakyat yang wujud secara timbal balik kekal sebagai warisan bernilai sehingga kini.

  • 1.1 Latar Belakang Negara Bangsa Sebelum Kadatangan Barat
  • 1.2 Ciri-ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka
  • 1.3 Keunggulan Sistem Pentadbiran dan Undang-Undang
  • 1.4 Peranan Pemerintah dan Rakyat

Bab 2: Kebangkitan Nasionalisme (m/s 20-49)

Perkembangan idea nasionalisme di Barat telah mempengaruhi kebangkitan nasionalisme di Asia dan Asia Tenggara termasuklah di negara kita. Gerakan nasionalisme berkembang seiring dengan cara, matlamat dan ketokohan pemimpin nasionalis. Perkembangan nasionalisme di negara kita tercetus daripada pelbaai faktor yang seterusnya memberikan kesan kepada usaha membina tamadun bangsa dan negara.

  • 2.1 Maksud Nasionalisme
  • 2.2 Perkembangan Idea Nasionalisme di Barat
  • 2.3 Perkembangan Nasionalisme di Asia
  • 2.4 Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara
  • 2.5 Kesedaran Nasionalisme di Negara Kita
  • 2.6 Faktor Kemunculan Gerakan Nasionalisme
  • 2.7 Perkembangan Nasionalisme
  • 2.8 Kesan Perkembangan Nasionalisme

Bab 3: Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita (m/s 50-91)

Konflik dunia yang merangkumi Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua tercetus akibat perkembangan imperialisme dan nasionalisme dalam persaingan merebut kuasa politik dan ekonomi. Perang dunia bermula di Eropah, kemudiannya merebak ke Asia Pasifik. Pemerintahan tentera Jepun di negara kita telah mencetuskan tindak balas rakyat dan menyemarakkan nasionalisme dalam kalangan rakyat.

  • 3.1 Nasionalisme di Negara Kita Sebelum Perang Dunia
  • 3.2 Latar Belakang Perang Dunia
  • 3.3 Perang Dunia Kedua
  • 3.4 Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik
  • 3.5 Faktor Kedatangan Jepun ke Negara Kita
  • 3.6 Dasar Pendudukan Jepun di Negara Kita
  • 3.7 Perjuangan Rakyat Menentang Pendudukan Jepun
  • 3.8 Perkembangan Gerakan Nasionalisme Tempatan dan Pendudukan Jepun
  • 3.9 Keadaan Negara Kita Selepas Kekalahan Jepun

Bab 4: Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita (m/s 92-123)

British Military Administration (BMA) atau Pentadbiran Tentera British diisytiharkan di negara kita selepas tamatnya Perang Dunia Kedua. Selepas itu, British melaksanakan pentadbiran Malayan Union di Tanah Melayu. Pelaksanaan Malayan Union yang mencetuskan bantahan besar-besaran daripada penduduk tempatan menyebabkan British menggantikannya dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Di Sarawak, Charles Vyner Brooke (Vyner Brooke) bertindak menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British. Tindakan beliau mencetuskan reaksi menyokong dan menentang daripada penduduk tempatan. Majoriti penduduk Sarawak menentang penyerahan Sarawak kepada British. Keadaan di Sabah berbeza kerana British berjaya mengambil alih Sabah daripada Syarikat Borne Utara British (SBUB) tanpa sebarang penentangan.

  • 4.1 British Military Administration
  • 4.2 Gagasan Malayan Union
  • 4.3 Reaksi Penduduk Tempatan tehadap Malayan Union
  • 4.4 Penyerahan Sarawak kepada Kerajaan British
  • 4.5 Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Penyerahan Sarawak
  • 4.6 Penyerahan Sabah kepada Kerajaan British
  • 4.7 Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Penyerahan Sabah

Bab 5: Persekutuan Tanah Melayu 1948 (m/s 124-143)

Persekutuan Tanah Melayu 1948 diperkenalkan oleh British untuk menggantikan Malayan Union. Terdapat pelbagai faktor Persekutuan Tanah Melayu 1948 ditubuhkan. Ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang berbeza daripada Malayan Union diterima oleh penduduk tempatan. Pembentukan Perjanjian Persekutan Tanah Melayu 1948 lebih menggambarkan toleransi penduduk negara ini menuntut kemerdekaan.

  • 5.1 Latar Belakang Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948
  • 5.2 Faktor Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948
  • 5.3 Ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948
  • 5.4 Kesan Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948

Bab 6: Ancaman Komunis dan Perisytiharan Darurat (m/s 144-169)

Perkembangan pengaruh komunis di negara kita berlaku sebelum meletusnya Perang Dunia Kedua. Komunis melakukan pelbagai tindakan untuk melumpuhkan ekonomi negara dan menggugat kestabilan politik. Matlamat komunis adalah untuk merampas kuasa daripada British dan menggantikannya dengan sebuah Republik Komunis. Namun begitu, British berjaya menawan hati dan fikiran rakyat untuk bersama-sama membanteras ancaman komunis. Zaman darurat telah membawa pelbagai kesan kepada politik, ekonomi dan sosial di negara kita.

  • 6.1 Kemasukan Pengaruh Komunis di Negara Kita
  • 6.2 Ancaman Komunis di Negara Kita
  • 6.3 Usaha Menangani Ancaman Komunis
  • 6.4 Kesan Zaman Darurat terhadap Negara Kita

Bab 7: Usaha Ke Arah Kemerdekaan (m/s 170-193)

Kesedaran politik selepas Perang Dunia Kedua mencetuskan aspirasi rakyat untuk mencapai kemerdekaan. Idea negara merdeka dicetuskan oleh pelbagai golongan untuk membentuk negara yang berdaulat. Usaha mencapai kemerdekaan dilakukan bagi memenuhi gesaan British supaya perpaduan rakyat berblang kaum dapat diwujudkan sebagai prasyarat untuk merdeka. Oleh sebab itu, penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kuam (CLC), pembentukan Sistem Ahli dan sistem pendidikan kebangsaan serta kerjasama parti politik dilakukan sebagai usaha ke arah kemerdekaan.

  • 7.1 Latar Belakang Idea Negara Merdeka
  • 7.2 Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
  • 7.3 Sistem Ahli
  • 7.4 Sistem Pendidikan Kebangsaan
  • 7.5 Penubuhan Parti Politik

Bab 8: Pilihan Raya (m/s 194-213)

Pilihan raya diadakan untuk membolehkan rakyat memilih wakil dalam membentuk kerajaan. Pilihan raya menyaksikan pengamalan sistem demokrasi di sesebuah negara. Di negara kita, pilihan raya bermula dengan pilihan raya majlis perbandaran, pilihan raya negeri dan pilihan raya umum yang diadakan pada tahun 1955.

Melalui Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955, sebanyak 52 orang ahli dipilih untuk menganggotai Majlis Perundangan Persekutuan yang akhirnya berjaya membentuk kabinet pertama di negara kita. Sementera itu, pilihan raya juga diadakan di Sarawak dan Sabah bagi memilih wakil masing-masing dalam kerajaan tempatan.

  • 8.1 Perkembangan Pilihan Raya di Persekutuan Tanah Melayu
  • 8.2 Proses Pilihan Raya Umum Pertama
  • 8.3 Penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan
  • 8.4 Peranan Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu

Bab 9: Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 (m/s 214-231)

Kesungguhan Raja-raja Melayu, para pemimpin dan rakyat dalam usaha menuntut kemerdekaan telah membawa misi kemerdekaan ke London. Misi rombongan ini berjaya mendapatkan persetujuan kerajaan British untuk memberikan kemerdekaan kepada negera kita melalui Perjanjian Kemerdekaan Melayu.

Berikutan persetujuan ini dan setelah mendapat persetujuan Raja-raja Melayu, maka Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Sementara itu, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangi bagi membentuk sebuah negara yang merdeka. Kandungan perjanjian ini berjaya menunjukkan nilai toleransi dan pengorbanan serta permuafakatan rakyat demi kestabilan dan kemakmuran negara.

  • 9.1 Usaha Rundingan Kemerdekaan
  • 9.2 Peranan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
  • 9.3 Langkah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang Merdeka
  • 9.4 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

Bab 10: Pemasyhuran Kemerdekaan (m/s 232-253)

Merdeka yang ditakrifkan sebagai kebebasan dan usaha mendaulatkan nusa dan bangsa telah diperjuangkan oleh pelbagai pihak. Tarikh 31 Ogos 1957 menjadi detik bersejarah bagi negara kita. Rakyat berjuang untuk membebaskan negara daripada cengkaman kuasa asing.

Bagi memastikan detik bersejarah pemasyhuran kemerdekaan ini diingati, pelbagai persediaan telah dibuat. Selain itu, kemerdekaan meninggalkan kesan yang penting untuk dihayati oleh generasi kini. Kita perlu menghayari pengorbanan, mempertahankan perpaduan dan nilai kesetiaan dengan tidak berbelah bahagi supaya negara kekal berdaulat.

  • 10.1 Pengertian Kemerdekaan
  • 10.2 Persediaan Menyambut Pemasyhuran Kemerdekaan Negara
  • 10.3 Detik Pemasyhuran Kemerdekaan Negara
  • 10.4 Kesan Kemerdekaan terhadap Negara Kita
  • 10.5 Prinsip Kedaulatan Persekutuan Tanah Melayu

Bibliografi (m/s 254)

Indeks (m/s 256)

Ciri-ciri istimewa dalam buku

Berikut adalah antara ciri-ciri istimewa yang terdapat dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 4:

Buku Teks Sejarah Tingkatan 4

Muat turun Buku Teks Sejarah Tingkatan 4

Anda boleh muat turun sekarang Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 dalam bentuk digital atau dapatkan Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 dalam bentuk fizikal Di Sini.

Skema jawapan

Skema jawapan latihan di dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 ini boleh dirujuk melalui fail di bawah:

Leave your vote

Share your love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.