Buku Teks Matematik Tingkatan 2: Isi Kandungan (Digital)

Buku Teks Matematik Tingkatan 2 ini dikongsikan dalam bentuk digital untuk kegunaan sekolah menengah bagi membolehkan pelajar mendapatkan pengetahuan melampaui bilik darjah serta mengurangkan penggunaan kertas bagi mencetak buku teks bercetak.

Baca juga:

Ringkasan Buku Teks Matematik Tingkatan 2

Buku Teks Matematik Tingkatan 2 ini ditulis berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Buku ini terdiri daripada 13 bab yang disusun dan dirancang secara sistematik berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Matematik Tingkatan 2.

Pada permulaan bab, murid akan diperkenalkan kepada aktiviti kreatif untuk merangsang pemikiran murid.

Di samping itu juga, objektif pembelajaran dan rangkai kata turut disertakan untuk memberikan gambaran ringkas tentang kandungan bab.

Isi kandungan

Berikut adalah senarai isi kandungan lengkap dalam Buku Teks Matematik Tingkatan 2 berserta objektifnya.

Bab 1: Pola dan Jujukan (1-17 m/s)

Konsep pola dan jujukan boleh diaplikasikan dalam seni bina, rekaan fesyen, sains, ilmu falak, kimia, fizik dan teknologi.

  • 1.1 Pola
  • 1.2 Jujukan
  • 1.3 Pola dan Jujukan

Bab 2: Pemfaktoran dan Pecahan Algebra (18-41 m/s)

  1. Algebra banyak digunakan dalam perbandingan harga, proses jual beli, ukuran, perubahan nilai dan sebagainya.
  2. Algebra juga digunakan dalam bidang seperti bidang kimia, fizik, forensik, dan lain-lain
  • 2.1 Kembangan
  • 2.2 Pemfaktoran
  • 2.3 Ungkapan Algebra dan Hukum Operasi Asas Aritmetik

Bab 3: Rumus Algebra (42-53 m/s)

Rumus algebra diaplikasikan oleh jurutera, ahli statistik, ahli matematik dan ahli astronomi dalam melaksanakan urusan kerjaya mereka.

  • 3.1 Rumus Algebra

Bab 4: Poligon (54-73 m/s)

  1. Poligon diaplikasikan dalam mencipta logo, membuat mural pada dinding sekolah dan membuat simetri pada lukisan.
  2. Dalam bidang teknologi, ilmu poligon digunakan dalam seni bina bangunan, bumbung corak dalaman, rekaan pakaian dan banyak lagi.
  3. Kerjaya yang terlibat dalam bidang ini ialah juruukur, juruteknik, jurutera, arkitek, pereka grafik dan banyak lagi.
  • 4.1 Poligon Sekata
  • 4.2 Sudut Pedalaman dan Sudut Peluaran Poligon

Bab 5: Bulatan (74-97 m/s)

Bab ini boleh diaplikasikan dalam seni bina, ilmu falak, reka bentuk dan astronomi.

  • 5.1 Sifat Bulatan
  • 5.2 Sifat Simetri Perentas
  • 5.3 Lilitan dan Luas Bulatan

Bab 6: Bentuk Geometri Tiga Dimensi (98-119 m/s)

  1. Pengetahuan dan kemahiran dalam bab ini dapat membantu arkitek dan jurutera untuk mereka bentuk dan melukis pelan sesebuah bangunan.
  2. Pereka dalaman juga mengaplikasikan ilmu pengetahuan dalam bab ini untuk menghasilkan landskap dan kerja-kerja rekaan hiasan dalaman yang menarik serta sesuai dengan keluasan ruang yang diperuntukkan.
  • 6.1 Sifat Geometri Bentuk Tiga Dimensi
  • 6.2 Bentangan Bentuk Tiga Dimensi
  • 6.3 Luas Permukaan Bentuk Tiga Dimensi
  • 6.4 Isi Padu Bentuk Tiga Dimensi

Bab 7: Koordinat (120-143 m/s)

  1. Sistem koordinat ini banyak menyumbang kepada kerjaya yang berkaitan dengan arkeologi dan geografi.
  2. Seorang ahli arkeologi melakukan pencarian dan penggalian melalui sistem koordinat daripada pemetaan secara digital.
  3. Pakar astronomi menggunakan sistem koordinat ini untuk mereka dapat menentujan kedudukan bintang-bintang.
  4. Lokasi kedudukan ditentukan daripada sistem koordinat yang membantu ahli geografi mengenal pasti kawasan dan kedudukan muka bumi.
  • 7.1 Jarak dalam Sistem Koordinat Cartes
  • 7.2 Titik Tengah dalam Sistem Koordinasi Cartes
  • 7.3 Sistem Koordinat Cartes

Bab 8: Graf Fungsi (144-167 m/s)

  1. Fungsi banyak diaplikasikan bidang ekonomi, teknologi, sains, kejuruteraan, perbankan dan matematik. Kerjaya yang memerlukan pengetahuan tentang fungsi antaranya ialah jurutera, ahli ekonomi, juruaudit, pensyarah dan pegawai bank.
  2. Melalui fungsi indeks pasaran saham, kita dapat meramalkan masa yang sesuai untuk membeli atau menjual sesuatu saham.
  • 8.1 Fungsi
  • 8.2 Graf Fungsi

Bab 9: Laju dan Pecutan (168-187 m/s)

Ilmu dalam bab ini boleh diaplikasikan dalam bidang kerjaya seperti kejuruteraan automotif, angkasawan, bidang kajian fizik, sukan, astronomi, dan sebagainya.

  • 9.1 laju
  • 9.2 Pecutan

Bab 10: Kecerunan Garis Lurus (188-205 m/s)

  1. Pendekatan ilmu kecerunan ini akan membuka bidang kerjaya dalam matematik dan ahli fizik. Rumus yang digunakan dapat memberikan pengiraan yang tepat kepada permasalahan dalam reka bentuk produk.
  2. Selain itu, seorang jurutera binaan terutama yang terlibat dalam ukur tanah menggunakan pendekatan pengiraan kecerunan untuk menentukan kestabilan atau ketinggan sesebuah kawasan.
  • 10.1 Kecerunan

Bab 11: Transformasi Isometri (206-243 m/s)

Ilmu dalam bidang transformasi ini dapat diaplikasikan, antaranya dalam industri pembuatan dan rekaan fesyen. Reka bentuk kenderaan seperti motosikal, kereta dan kapal terbang memerlukan rekaan objek yang simetri. Pereka fesyen pula akan menghasilkan corak-corak yang berlainan dalam setiap rekaan mereka.

  • 11.1 Transformasi
  • 11.2 Translasi
  • 11.3 Pantulan
  • 11.4 Putaran
  • 11.5 Translasi, Pantulan dan Putaran sebagai Isometri
  • 11.6 Simetri Putaran

Bab 12: Sukatan Kecenderungan Memusat (244-275 m/s)

  1. Sukatan kecenderungan memusat ini selalunya digunakan dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan data.
  2. Bidang kerjaya yang mengaplikasikan ilmu ini ialah ekonomi, statistik, perniagaan, perusahaan, pendidikan dan sebagainya.
  • 12.1 Sukatan Kecenderungan Memusat

Bab 13: Kebarangkalian Mudah (276-293 m/s)

  1. Ahli ekonomi menggunakan ilmu kebarangkalian dalam meramalkan kenaikan atau penurunan nilai saham, bergantung pada keadaan ekonomi semasa dan faktor politik sesebuah negara.
  2. Ahli meteorologi menggunakan ilmu kebarangkalian dalam meramal perubahan cuaca dan angin untuk keesokan harinya dan hari-hari mendatang.
  3. Ahli perniagaan juga menggunakan ilmu kebarangkalian dalam mengkaji statistik keuntungan perniagaan mereka dan meramalkan keuntungan yang bakal dan yang ingin diperoleh.
  • 13.1 Kebarangkalian Eksperimen
  • 13.2 Kebarangkalian Teori yang Melibatkan Kesudahan Sama Boleh Jadi
  • 13.3 Kebarangkalian Peristiwa Pelengkap
  • 13.4 Kebarangkalian Mudah

Jawapan (294 m/s)

Glosari (308 m/s)

Rujukan (311 m/s)

Indeks (312 m/s)

Ciri-ciri istimewa dalam buku

Muat turun buku teks

Anda boleh muat turun sekarang Buku Teks Matematik Tingkatan 2 dalam bentuk digital atau dapatkan Buku Teks Matematik Tingkatan 2  dalam bentuk fizikal Di Sini.

Skema jawapan

Skema jawapan latihan di dalam Buku Teks Matematik Tingkatan 2 ini boleh dirujuk melalui file di bawah:

Skema Jawapan Buku Teks Matematik Tingkatan 2

Leave your vote

Share your love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.