Selawat nabi Selawat nabi

Selawat Nabi Muhammad dan Nabi Ibrahim

Selawat ke atas junjungan mulia, Nabi Muhammad S.A.W. merupakan antara amalan paling mudah dapat kita lakukan.

Umat Islam disarankan berselawat ke atas Nabi S.A.W. sebagai tanda cinta dan juga dijadikan amalan harian terutamanya pada hari Jumaat, bukan hanya pada hari kita menyambut Maulidul Rasul.

Perkara ini berdasarkan kepada sabda Nabi S.A.W.:

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement

إِنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَيَّامِكُمْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ، فَأَكْثِرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلَاةِ فِيهِ، فَإِنَّ صَلَاتَكُمْ مَعْرُوضَةٌ عَلَيَّ

Maksudnya: Sesungguhnya antara hari yang paling baik ialah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atasku. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan kepadaku.

Selawat Nabi (Ringkas)

Untuk berselawat, kita tidak perlu membaca teks yang panjang. Dengan hanya satu ayat ringkas, sudah memadai malah mudah untuk dibaca sehari-hari.

Berikut kami kongsikan bacaan selawat nabi dalam Bahasa Arab, bacaan rumi dan maksudnya.

Dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W., banyak kebaikan dan kelebihan yang kita perolehi. Salah satunya yang telah dijanjikan oleh Nabi S.A.W.:

Sesungguhnya siapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah S.W.T. akan berselawat ke atasnya dengan 10 selawat.

Riwayat Muslim, 384

Amalan berselawat ini bukan sahaja dilakukan oleh manusia, malah turut dilakukan oleh para malaikat dan juga Allah S.W.T.

Perkara ini ada disebutkan di dalam al-Quran.

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) ke atas Nabi (Muhammad ). Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.

Surah al-Ahzab, ayat 56

Selawat Ibrahimiyah

Selain selawat ringkas yang boleh diamalkan 10 kali setiap pagi dan petang, terdapat juga selawat yang dikenali dengan nama Selawat Ibrahimiyah iaitu selawat lengkap yang Nabi Muhammad S.A.W. ajarkan.

Selawat ini sudah menjadi sebutan semenjak kali pertama kita tunaikan solat fardu iaitu ketika tahiyat akhir selepas mengucap dua kalimah syahadah.

Mengapa Perlu Selawat Kepada Nabi Ibrahim A.S.?

Pastinya anda tertanya-tanya, mengapa kita hanya berselawat kepada Nabi Ibrahim A.S. dalam selawat lengkap ini, tidak disertakan nabi-nabi yang lain.

Berikut kami kongsikan jawapannya:

  1. Allah S.W.T. memberi kelebihan kepada Nabi Ibrahim A.S. berbanding nabi-nabi lain antaranya dingkat menjadi kekasih Allah (Khalilullah).
  2. Nabi Ibrahim A.S. merupakan bapa bagi kebanyakan para nabi dan rasul seperti Nabi Ismail dan Nabi Yaakub. Daripada keturunannya juga, lahir para nabi dan rasul yang lain, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Ayyub, Nabi Yusuf, Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Zakariyya, Nabi Ilyas, Nabi Yahya dan Nabi Isa Alaihimussalam. Bahkan, Rasulullah S.A.W. sendiri daripada keturunan Nabi Ibrahim dan itu sudah cukup menjadi kemuliaan bagi Nabi Ibrahim.

Baca penerangan lebih lanjut di sini>> Kisah Nabi Ibrahim yang Allah muliakan

Waktu Yang Digalakkan Berselawat

Selain berselawat pada pagi dan petang, terdapat waktu-waktu yang kita digalakkan berselawat:

  • Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi Muhammad S.A.W.
  • Sesudah menjawab azan dan sebelum membaca doa azan.
  • Selesai berwuduk, sebelum membaca doa.
  • Pada permulaan, pertengahan dan penutup doa.
  • Di akhir qunut dalam solat.
  • Di dalam solat jenazah.
  • Ketika masuk dan keluar dari masjid.
  • Setiap waktu pagi dan petang.
  • Hari Khamis malam Jumaat.
  • Sepanjang hari Jumaat.
  • Ketika berada di mana-mana tempat perhimpunan orang ramai.

Semoga dengan perkongsian amalan selawat ini memberi kebaikan kepada kita.

Add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement