pencen pkkp pencen pkkp

Jadual Pembayaran Pencen 2024

Bagi pesara kerajaan, tarikh pembayaran pencen merupakan tarikh yang ditunggu-tunggu setiap bulan. Sehubungan dengan itu, kerajaan mengeluarkan jadual penuh tarikh pembayaran pencen setiap tahun.

Berikut kami kongsikan jadual pembayaran pencen bagi tahun 2024.

Jadual Pembayaran Pencen 2024

BULANTARIKHHARIPERISTIWA
JANUARI19/01/2024JUMAATHARI THAIPUSAM
25 JANUARI 2024 (KHAMIS)
FEBRUARI21/02/2024RABUTAHUN BARU CINA
10 & 11 FEBRUARI 2024 (SABTU & AHAD)
MAC21/03/2024KHAMIS
APRIL19/04/2024JUMAATHARI RAYA PUASA
10 & 11 APRIL 2024 (RABU & KHAMIS)
MEI17/05/2024JUMAATHARI PESTA KEAMATAN
30 & 31 MEI 2024 (KHAMIS & JUMAAT)
JUN12/06/2024RABUHARI GAWAI
01 & 02 JUN 2024 (SABTU & AHAD)
HARI RAYA HAJI
17 & 18 JUN 2024 (ISNIN & SELASA)
JULAI17/07/2024RABU
OGOS21/08/2024RABU
SEPTEMBER20/09/2024JUMAAT
OKTOBER22/10/2024SELASAHARI DEEPAVALI
31 OKTOBER 2024 (KHAMIS)
NOVEMBER21/11/2024KHAMIS
DISEMBER18/12/2024RABUHARI NATAL
25 DISEMBER 2024 (RABU)
Anda juga boleh semak maklumat dan penyata pencen 2024 di portal rasmi Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) atau aplikasi telefon MyPesara: Android dan iOS.
logo aplikasi telefon semak pencen mypesara
Pastikan logo aplikasi MyPesara yang betul.

Selain itu, anda boleh imbas kod QR ini untuk muat turun aplikasi.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement

kod qr aplikasi mypesara semak pencen

Apa Itu Kumpulan Wang Persaraan (KWAP)?

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) merupakan satu badan kerajaan yang ditubuhkan pada 1 Mac 2007 di bawah Akta Kum​pulan Wang Persaraan 2007 (Akta 662) bagi menggantikan Akta Kumpulan Wan​g Amanah Pencen 1991 (Akta 454).

Dengan penubuhan KWAP, semua kuasa, fungsi, aktiviti, aset dan liabiliti Kumpulan Wang Amanah Pencen diambil alih sepenuhnya oleh KWAP.

Antara perkhidmatan yang disediakan oleh KWAP:

  • Menguruskan pengiraan tempoh perkhidmatan dan Faedah Persaraan;
  • Memproses bayaran faedah persaraan yang merang​kumi bayaran Ganjaran Perkhidmatan, Wang Gantian Cuti Rehat, pencen bulanan, Bantuan Mengurus Jenazah, bayaran balik tuntutan ubat dan alatan perubatan serta bayaran lain yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa;
  • Memproses penyelarasan pencen;
  • Memproses potongan Faedah Persaraan bagi hutang-hutang kerajaan atau atas perintah mahkamah;
  • Memproses bayaran balik kepada Agensi atau individu bagi potongan daripada Faedah Persaraan;
  • Memproses pemberhentian/penggantungan bayaran pencen
  • ​Pengurusan fail dan dokumentasi persaraan​​

AWAS! Hanya KWAP yang menguruskan segala urusan pencen anda atau ibu bapa anda.

Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP)

Bantuan Pemberian Khas Kepada Pesara (PKKP) yang diumumkan kerajaan adalah inisiatif untuk memastikan pencen dan pencen terbitan diterima golongan sasar itu tidak berkurangan.

kiraan penyelelarasan pencen
Penjelasan dan pengiraan penyelarasan pencen 2% kepada pesara.

Perkara itu susulan Mahkamah Persekutuan memutuskan Seksyen 3 dan 7 Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2013 [Akta A1447] adalah tidak sah dan undang-undang sebelum pindaan itu terpakai dengan sendirinya bagi tujuan penyelarasan pencen.

Kerajaan menjanjikan pelaksanaan PKKP sepanjang tahun ini terhadap pesara yang terkesan iaitu bermula Januari hingga Disember 2024.

Memandangkan pengumuman ini diketahui semua, para pesara dinasihatkan untuk lebih berhati-hati ketika berurusan terutamanya berkaitan urusan jual beli dan pelaburan.

scam pelaburan cepat kaya
Pesanan khidmat masyarakat dari KWAP.

Ketahui dan kenal pasti sifat-sifat jenayah penipuan (scam) dan penyamaran untuk mencuri data peribadi (phishing).

Lindungi identiti anda.

scam penyamaran
Add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement