kalendar-jadual-gaji-penjawat-awam kalendar-jadual-gaji-penjawat-awam

Jadual dan Kalendar Gaji Penjawat Awam 2024

Jadual gaji adalah perkara yang sering ditunggu-tunggu oleh penjawat awam apabila menjelangnya setiap tahun baharu.

Namun, adakah anda tahu bagaimana dan bila pembayaran tersebut dibuat?Artikel kali ini akan berkongsi tentang jadual gaji penjawat awam 2024.

Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah mengeluarkan SURAT PEKELILING AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA. Ia bertujuan untuk memaklumkan dan memberi panduan kepada Kementerian/Jabatan berkaitan:

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement

  • Tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2024; dan
  • Peraturan yang perlu dipatuhi oleh Kementerian/Jabatan bagi memastikan tatacara pengurusan bayaran emolumen dilaksanakan dengan tepat.

Bagi tahun 2024, Arahan Perbendaharaan (AP) 105 dan surat Kementerian Kewangan Malaysia rujukan BKSK(S) 600-1/7/6 Jld.4(12) bertarikh 1 November 2023 telah dikeluarkan. Ia adalah bagi penetapan tarikh dan peraturan pembayaran emolumen tahun 2024.

Sehubungan itu, di sini kami sediakan jadual pembayaran gaji penjawat awam 2024. Ia bagi memudahkan anda untuk merancang perbelanjaan kewangan anda bagi tahun 2024. Sebagai contoh, anda boleh membuat anggaran perbelanjaan percutian lebih awal setelah membuat semakan jadual gaji yang dikongsikan ini.

Selain itu, turut dikongsikan adalah hari cuti umum di Malaysia sebagai panduan dan rujukan anda.

Jadual dan Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2024

BulanTarikhHariCatatan
Januari24.01.2024RabuHari Thaipusam 25 Januari 2024 (Khamis)
Februari23.02.2024JumaatTahun Baru Cina 10 & 11 Februari 2024 (Sabtu & Ahad)
Mac25.03.2024Isnin
April25.04.2024KhamisHari Raya Puasa 10 & 11 April 2024 (Rabu & Khamis)
Mei24.05.2024JumaatHari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei 2024 (Khamis & Jumaat)
Jun13.06.2024KhamisHari Gawai 1 & 2 Jun 2024 (Sabtu & Ahad) Hari Raya Haji 17 & 18 Jun 2024 (Isnin & Selasa)
Julai19.07.2024Jumaat
Ogos23.08.2024Jumaat
September25.09.2024Rabu
Oktober24.10.2024KhamisHari Deepavali 31 Oktober 2024 (Khamis)
November25.11.2024Isnin
Disember19.12.2024KhamisHari Krismas 25 Disember 2024 (Rabu)
Sumber: Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)

Kalendar Gaji Penjawat Awam 2024

Jadual-Gaji-Penjawat-Awam-2024

Sumber: Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)

Kesimpulannya, diharapkan melalui jadual dan kalendar yang dikongsikan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk merancang kewangan dan perbelanjaan lebih awal serta berhemah.

Selamat merancang kewangan!!

Add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement