zoo-negara zoo-negara

Harga Tiket Zoo Negara 2024

Artikel kali ini akan berkongsi tentang zoo negara dan harga tiket zoo negara 2024.

Zoo negara merupakan zoo yang terbesar di Malaysia. Ia terletak di Hulu Kelang, Ampang Selangor dan dibuka secara rasminya pada 14 November 1963. Berkeluasan kira-kira 110 ekar, zoo negara mempunyai sebanyak 476 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan. Ini membuatkan zoo negara antara zoo yang telah berkembang menjadi antara zoo yang terkenal di dunia.

Disebabkan zoo negara menempatkan pelbagai jenis spesies haiwan, ia menjadi salah satu daya tarikan untuk ibu bapa membawa anak-anak berkunjung ke zoo negara terutamanya ketika cuti sekolah. Jadi, jom kita semak harga masuk tiket zoo negara 2024.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement

Harga Tiket Zoo Negara 2024

Sumber: Zoo Negara

Harga tiket yang dipaparkan adalah bagi pembelian secara walk-in di kaunter. Sekiranya anda membuat pembelian secara dalam talian, harga yang ditawarkan adalah lebih murah. Berikut dikongsikan senarai harga masuk tiket zoo negara yang boleh dibeli secara dalam talian.

BilKategoriHarga Tiket
1.Warganegara Malaysia (MyKad)

Dewasa
* Berumur 13-59 tahun
RM39.00
2.Warganegara Malaysia (MyKad)

Kanak-kanak
*12 tahun dan ke bawah
RM16.20
3.Warganegara Malaysia (MyKad)

Warga emas
*60 tahun dan ke atas
RM22.00
4.Bukan Warganegara

Dewasa
* Berumur 13 tahun dan ke atas
RM71.00
5.Bukan Warganegara

Kanak-kanak
* Berumur 12 tahun dan ke bawah
RM39.00
6.Bukan Warganegara (I-Card/Permit Pekerja)

Dewasa
* Berumur 13 tahun dan ke atas
RM45.00
7.Bukan Warganegara (I-Card/Permit Pekerja)

Kanak-kanak
* Berumur 12 tahun dan ke bawah
RM22.00
8.Zooku Malaysia Card (3-12 tahun sahaja)RM35.00
Harga yang dipaparkan ialah harga semasa seperti di dalam lam web zoo negara. Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada pengurusan zoo negara.

Cara Beli Tiket Zoo Negara (dalam talian)

Sebarang pembelian tiket boleh dibuat melalui:

  1. Laman web Zoo negara e-ticketing
  2. Klook
  3. Shopee
  4. Ticket2u

Proses pembelian tiket ini boleh dibuat menerusi senarai seperti di atas. Anda hanya perlu masukkan tarikh lawatan, jenis tiket dan jumlah tiket yang anda mahukan. Selain itu, butiran peribadi seperti nama, e-mel dan nombor telefon juga diperlukan semasa anda membuat pembelian. Tiket yang dibeli hanya sah selama 30 hari dari tarikh lawatan yang dipilih.

Jadi, anda bolehlah merancang tarikh yang sesuai untuk membawa anak-anak berkunjung ke zoo negara. Pastinya anak-anak akan merasai pengalaman yang menyeronokkan serta mempelajari sesuatu tatkala berkunjung ke zoo negara.

Add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement