harga minyak petrol terkini harga minyak petrol terkini

Harga Minyak RON97, RON95 dan Diesel Terkini di Malaysia

Harga minyak atau juga dikenali dengan nama produk petroleum RON97, RON95 dan Diesel ditetapkan secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism.

Kerajaan mengeluarkan kenyataan akan sentiasa memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia.

Harga Minyak Petrol 28 Mac 2024 hingga 3 April 2024

Kerajaan berusaha melindungi pengguna daripada terkesan dengan kenaikan harga sebenar di pasaran global walaupun pasaran sebenar bagi petrol RON95 dan Diesel telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement

Setakat 28 Mac 2024, harga siling bagi RON95 dan Diesel tidak ada perubahan.

harga minyak petrol terkini
  1. Harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.47 seliter;
  2. Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter; dan
  3. Harga runcit diesel kekal pada paras RM2.15 seliter.

Harga terkini akan kami kemas kini pada setiap hari Rabu.

Tahukah Anda?

Dek ketidakseimbangan subsidi bahan api, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, sebelum ini berkata kerajaan akan melancarkan subsidi bersasar untuk RON95 pada separuh kedua 2024.

Subsidi bersasar untuk petrol dan diesel akan dilaksanakan menggunakan tiga mekanisme:

  • pemberian subsidi secara bersasar mengikut kelayakan pendapatan boleh belanja bersih secara individu melalui pendekatan perlindungan sosial
  • kelayakan pendapatan boleh belanja bersih secara isi rumah dan melalui pendekatan hibrid iaitu gabungan perlindungan sosial dan bantuan sosial
  • kelayakan pendapatan boleh belanja bersih secara isi rumah dan individu tetapi dilaksanakan menggunakan kaedah kad subsidi

Kami menyeru kepada anda yang masih belum mendaftar atau mengemas kini maklumat di portal rasmi PADU supaya tidak bertangguh lagi.

Hal ini bagi memastikan anda tidak tercicir ketika pelaksanaan subsidi bersasar nanti.

Daftar, semak atau kemas kini maklumat anda sebelum 31 Mac 2024 di sini >> Pengkalan Data Utama (PADU)

Add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement