tidur-image tidur-image

Doa Sebelum dan Selepas Bangun Tidur

Tidur merupakan salah satu ibadah dan nikmat yang diberi Allah SWT kepada hambaNya. Tidur yang cukup dapat memberikan kita rehat dan kesegaran sepanjang hari. Namun, sebagai umat Islam, kita dianjurkan untuk amalkan membaca doa sebelum dan selepas bangun tidur.

Berikut kami kongsikan doa-doa tersebut untuk anda amalkan apabila hendak masuk tidur dan selepas bangun tidur.

Doa Sebelum Tidur

بِسْمِكَ اللّٰهُمَّ اَحْيَا وَاَمُوْتُ
Bismikallahumma ahyaa wa amuut

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement

Maksudnya:
Dengan menyebut nama-Mu ya Allah, aku hidup dan aku mati”

doa-sebelum-tidur-1

Doa Selepas Bangun Tidur

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
 Alhamdulillahillazi ahyaana ba’da ma amaatana wa ilaihin nushoor

Maksudnya:
Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami dan kepada-Nya kami akan dikembalikan“.

doa-selepas-bangun-tidur-2

Adab Sebelum Tidur

Mengapa perlu baca doa sebelum dan selepas bangun tidur?

Allah SWT menjadikan waktu malam itu sebagai hari untuk kita beristirahat manakala waktu siang pula untuk bekerja atau melakukan aktiviti seharian. Oleh yang demikian, kita perlu memanfaatkan waktu malam sebagai waktu tidur dan berehat.

Namun, tidur mempunyai ciri-ciri kematian kecil kerana semasa tidur, roh kita akan keluar dari tubuh badan. Justeru, para ulama berpendapat bahawa tidur merupakan kematian kecil. Hal ini turut dijelaskan dalam al-Quran iaitu:

وَهُوَ الَّذِي يَتَوَفَّاكُمْ بِاللَّيْلِ وَيَعْلَمُ مَا جَرَحْتُمْ بِالنَّهَارِ ثُمَّ يَبْعَثُكُمْ فِيهِ لِيُقْضَى أَجَلٌ مُسَمًّى ثُمَّ إِلَيْهِ مَرْجِعُكُمْ ثُمَّ يُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

“Dan Dialah yang mematikan kamu di malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari, kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umur yang telah ditentukan, kemudian kepada Allah kamu kembali, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang dahulu kamu kerjakan”. [Al-An’am : 60]

Oleh itu, kita disarankan untuk membaca doa sebelum dan selepas bangun tidur kerana kita tidak tahu masa dan ketika Allah SWT akan tarik nyawa kita. Boleh jadi ia berlaku ketika sedang tidur. Selain itu juga, membaca doa sebelum dan selepas bangun tidur juga merupakan salah satu tanda kita mensyukuri nikmat yang Allah SWT kurniakan selagi mana kita masih bernyawa.

Add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement