solat-subuh-featured-image solat-subuh-featured-image

Doa Qunut Solat Subuh: Pengertian dan Panduan

Doa Qunut merupakan salah satu doa yang diamalkan dalam solat subuh oleh umat Islam. Doa ini dibaca secara berdiri selepas rukuk dalam solat subuh. Dalam doa ini umat Islam memohon pertolongan, rahmat, dan keampunan dari Allah SWT serta memohon keselamatan bagi diri sendiri, keluarga, dan umat Islam secara umum.

Pengertian Qunut

Perkataan Qunut (الْقُنُوْتُ) adalah dari Bahasa Arab yang membawa beberapa makna diantaranya ialah berdiri lama, diam, selalu taat, tunduk, doa dan khusuk.

Manakala maksud doa Qunut dari segi istilah adalah doa yang dibaca seorang Muslim dalam solat pada tempat yang dikhususkan semasa berdiri.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement

Panduan Melaksanakan Doa Qunut dalam Solat Subuh

Berikut adalah panduan melaksanakan doa qunut dalam solat:

  1. Selepas rukuk rakaat kedua dalam solat subuh, bangkit berdiri sambil mengangkat tangan seperti ketika takbiratul ihram.
  2. Bacalah doa qunut dengan penuh khusyuk dan tawaduk kepada Allah SWT.
  3. Selesai membaca doa qunut, turunkan tangan dan sempurnakan solat seperti biasa.

Doa Qunut Solat Subuh

اللّهُمَّ اهْدِنِىْ فِيْمَنْ هَدَيْتَ

وَعَافِنِى فِيْمَنْ عَافَيْتَ

وَتَوَلَّنِىْ فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ

وَبَارِكْ لِىْ فِيْمَا اَعْطَيْتَ

وَقِنِيْ شَرَّ مَاقَضَيْتَ

فَاِنَّكَ تَقْضِىْ وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ

وَاِنَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ

وَلاَ يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ

تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ

فَلَكَ الحَمْدُ عَلَى مَا قَضَيْتَ

أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ اْلاُمِّيِّ

وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

DOA QUNUT (SOLAT SUBUH)

Bacaan dalam rumi :

Allah humah dini fiman hadait.
Wa’a fini fiman ‘afait.
Watawallani fiman tawalait.
Wabarikli fimaa a’tait.
Waqinii (birohmatika) syarramaa qadhait.
Fainnaka taqdhi wala yuqdha ‘alaik.
Wainnahu layadziluman walait.
Walaa ya’izzuman ‘adait.
Tabaa rakta rabbana wata’alait.
Falakalhamdu ‘ala maaqadzait.
Wa Nastaghfiruka Wa Natubu Ilaik.
Wasallallahu ‘ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam.

Makna doa :

Ya Allah berikanlah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah.
Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan.
Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan.
Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan.
Dan selamatkan aku (dengan rahmat Allah) dari bahaya yang telah Engkau tentukan.
Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum.
Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin.
Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi.
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha TinggiMaka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan.
Dan kami memohon ampun dari-Mu dan kami bertaubat kepada-Mu.
Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya.

doa-qunut-solat-subuh
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Akhir sekali, dengan mengamalkan doa qunut secara rutin, umat Islam dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT dan memperoleh keberkatan dalam kehidupan mereka.

Add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement