banner-doa-masuk-tandas-dan-keluar-tandas banner-doa-masuk-tandas-dan-keluar-tandas

Doa Masuk Tandas dan Keluar Tandas

Sebagai umat Islam, kita dianjurkan untuk membaca doa masuk tandas sebelum ke tandas dan doa keluar tandas setelah melangkah keluar tandas. Membaca doa sebelum dan selepas keluar tandas adalah penting agar kita terlindung daripada syaitan-syaitan yang mendiami tempat-tempat najis dan tempat terbukanya aurat. Setelah selesai dan keluar daripada tandas, kita berdoa sebagai ungkapan rasa syukur serta memohon perlindungan serta kesihatan yang baik. Namun, masih ramai yang tidak menjadikannya sebagai amalan dalam kehidupan seharian.

Berikut kami kongsikan doa masuk tandas dan doa keluar tandas yang boleh anda amalkan setiap kali anda ke tandas.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement

Doa-keluar-tandas

Adab Ketika di Tandas

Ketika di tandas, terdapat beberapa adab yang perlu kita patuhi. Jom semak adab-adab apabila di tandas.

  1. Sunat melangkah masuk ke tandas dengan kaki kiri. Ketika keluar dari tandas, langkah dengan kaki kanan terlebih dahulu sambil membaca doa keluar dari tandas.
  2. Tidak menghadap kiblat ketika buang air kecil atau besar.
  3. Tidak menyentuh kemaluan dengan tangan kanan ketika membuang air kecil. Beristinjak menggunakan tangan kiri.
  4. Tidak bercakap ketika membuang air kerana hukumnya makruh.
  5. Sunat membuang air dalam keadaan mencangkung.
  6. Menutup aurat.
  7. Membaca doa sebelum masuk dan keluar tandas.
  8. Melindungi pakaian daripada terkena najis.
  9. Bersihkan kotoran setelah membuang air.
  10. Tidak memberi dan menjawab salam ketika berada di dalam tandas.
  11. Tidak membawa masuk barang yang mempunyai kalimah nama-nama Allah SWT atau ayat-ayat al-Quran serta nama Rasulullah.

Diharapkan semoga doa-doa yang dikongsikan ini dapat diamalkan setiap kali anda ke tandas. Jadikan ia sebagai satu amalan yang perlu ditunaikan. Mana tahu asbab anda amalkan doa ini dapat membantu memenuhi timbangan amalan anda di sana nanti. Selamat beramal!!

Add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement