temapt bercuti di Malaysia ketika cuti umum temapt bercuti di Malaysia ketika cuti umum

Cuti Umum Malaysia 2024

Cuti umum Malaysia 2024 sudah pun dikeluarkan.

Alang-alang MATTA FAIR sedang berlangsung di beberapa buah negeri, rancanglah percutian anda tahun ini lebih awal. Senarai dalam artikel ini merangkumi cuti umum, hari perayaan dan pelepasan am Malaysia 2024.

Senarai Cuti Umum Malaysia 2024

Anda bekerja di Selangor dan ingin bercuti di Kedah? Anda boleh rujuk di sebelah kanan jadual bagi melihat negeri yang terlibat. Rancang percutian anda dengan bijak.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement

Artikel ini akan dikemas kini jika berlaku perubahan.

Cuti umum bulan Januari hingga Jun 2024

Berikut merupakan senarai cuti umum dan pelepasan am Malaysia dari Januari hingga Jun 2024.

TARIKHHARIPERISTIWANEGERI
1 JanIsninTahun BaruSemua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, Terengganu
14 Jan
15 Jan
Ahad
Isnin
Hari Keputeraan YDPB N. SembilanN. Sembilan
25 JanKhamisThaipusamJohor, Kedah, K. Lumpur, N. Sembilan, P. Pinang, Perak, Selangor, Putrajaya
1 FebKhamisHari Wilayah PersekutuanK. Lumpur, Labuan, Putrajaya
8 FebKhamisIsrak & MikrajKedah, N. Sembilan, Perlis, Terengganu
10 Feb
11 Feb
Sabtu
Ahad
Tahun Baru CinaSemua negeri
12 FebIsninCuti tambahanSemua negeri kecuali Johor, Kedah
20 FebSelasaHari Pengisytiharan Tarikh KemerdekaanMelaka
4 MacIsninUlang Tahun Pertabalan Sultan TerengganuTerengganu
12 MacSelasaAwal RamadanJohor, Kedah, Melaka
23 MacSabtuKeputeraan Sultan JohorJohor
28 MacKhamisNuzul QuranSemua negeri kecuali Johor, Kedah, Melaka, N. Sembilan, Sabah, Sarawak
29 MacJumaatGood FridaySabah, Sarawak
10 April
11 April
Rabu
Khamis
Raya AidilfitriSemua negeri
26 AprilJumaatKeputeraan Sultan TerengganuTerengganu
1 MeiRabuHari PekerjaSemua negeri
17 MeiJumaatKeputeraan Raja PerlisPerlis
22 Mei
23 Mei
Rabu
Khamis
Hari Hol PahangPahang
22 MeiRabuWesakSemua negeri
30 Mei
31 Mei
Khamis
Jumaat
Pesta KaamatanLabuan, Sabah
1 Jun
2 Jun
Sabtu
Ahad
Hari GawaiSarawak
3 JunIsninKeputeraan YDP AgongSemua negeri
16 JunAhadArafahKelantan, Terengganu
17 JunIsninRaya HajiSemua negeri
18 JunSelasaCuti tambahanKedah, Kelantan, Perlis, Terengganu
30 JunAhadKeputeraan Sultan KedahKedah

Cuti umum bulan Julai hingga Disember 2024

Anda ingin merancang percutian pada hujung tahun?

Senarai di bawah menunjukkan cuti umum dan kelepasan am bagi Malaysia dari Julai hingga Disember 2024.

TARIKHHARIPERISTIWANEGERI
7 JulAhadHari Bandar Warisan Dunia GeorgetownP. Pinang
7 JulAhadAwal MuharamSemua negeri
8 JulIsninCuti peristiwaSemua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu
9 JulSelasaCuti peristiwaP. Pinang
13 JulIsninKelahiran YDPN P. PinangP. Pinang
22 JulIsninHari SarawakSarawak
30 JulSelasaKeputeraan Sultan PahangPahang
11 OgosAhadHari Hol Almarhum Sultan IskandarJohor
24 OgosSabtuKelahiran YDPN MelakaMelaka
31 OgosSabtuHari KebangsaanSemua negeri
1 SepAhadCuti peristiwaKelantan, Terengganu
16 Sep
17 Sep
Isnin
Selasa
Maulidur Rasul,
Hari Malaysia
Semua negeri
29 Sep
30 Sep
Ahad
Isnin
Keputeraan Sultan KelantanKelantan
5 OktSabtuKelahiran YDPN SabahSabah
12 OktSabtuKelahiran YDPN SarawakSarawak
31 OktKhamisDeepavaliSemua negeri kecuali Sarawak
1 NovJumaatKeputeraan Sultan PerakPerak
11 DisRabuKeputeraan Sultan SelangorSelangor
24 DisSelasaCuti peristiwaSabah
25 DisRabuHari NatalSemua negeri

Cuti Panjang 2024

temapt bercuti di Malaysia ketika cuti umum
Pantai di Malaysia. Gambar oleh Faizal Zakaria dari Pixabay.

Anda tak berkesempatan nak pergi ke mana-mana dek cuti hanya di hujung minggu?

Jangan risau! Sebenarnya tahun ini terdapat beberapa tarikh cuti yang panjang. Berikut kami kongsikan supaya anda dapat rancang trip melancong tahun ini.

cuti panjang Malaysia 2024
Gambar dari Pustaka Darul Iman.

Semua tarikh cuti umum, peristiwa dan pelepasan am tahun 2024 telah kami kongsikan. Jom pakat kita bercuti!

Add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement