surat-tidak-hadir-sekolah surat-tidak-hadir-sekolah

Contoh Surat Tidak Hadir ke Sekolah

Setiap pelajar yang tidak dapat hadir ke sekolah perlulah memberikan surat rasmi tidak hadir ke sekolah kepada pihak sekolah dengan alasan yang munasabah. Oleh itu, berikut kami akan kongsikan contoh surat tidak hadir ke sekolah yang boleh anda rujuk.

Namun, sebelum itu mari kita semak panduan menulis surat rasmi agar anda jelas dan faham format yang sesuai digunakan. Perkara-perkara yang perlu ada dalam surat rasmi (format) adalah seperti yang berikut:

  • Pengenalan pengirim dan penerima
  • Rujukan fail (penerima/pengirim) sekiranya ada
  • Tarikh
  • Tajuk
  • Isi surat
  • Penutup surat
  • Indentation (jarak tepi permulaan menulis)
  • Jarak perenggan
  • Jarak baris

Contoh Surat Tidak Hadir ke Sekolah

Blok A-4-3, Jalan Delima 11,
46700, Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Guru Kelas Tingkatan 3 Cerdik,
SMK Bukit Bharu,
Jalan Assunta 5,
46700, Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan. 27 Mac 2022

Tuan,

TIDAK HADIR KE SEKOLAH KERANA SAKIT PERUT

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Untuk makluman tuan, saya Siti Nur Aishah binti Ariffin pelajar tingkatan 3 Cerdik ingin memaklumkan berhubung ketidakhadiran saya ke sekolah pada 25 Mac 2022 yang lalu kerana sakit perut.

3. Pada tarikh yang dinyatakan, saya telah mengalami cirit-birit akibat keracunan makanan. Hal ini telah menyukarkan saya untuk ke sekolah kerana sering ulang-alik ke tandas.

4. Pihak saya ingin memohon maaf atas ketidakhadiran saya ke sekolah dan berjanji akan menyiapkan segala tugasan dan kerja sekolah yang diberikan mengikut masa yang ditetapkan.

5. Segala perhatian dan pertimbangan daripada pihak tuan berhubung permohonan saya untuk tidak hadir ke sekolah didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,
Aishah

Sekiranya alasan yang diberikan adalah berbeza, anda hanya perlu ubah sahaja kandungan surat di atas mengikut tujuan penulisan surat dibuat. Mudah sahaja kan? Apa yang paling penting adalah, setiap surat yang dikemukakan perlulah munasabah dan jujur. Sebagai seorang pelajar, kita perlu jujur apabila memberikan sesuatu alasan berhubung ketidakhadiran ke sekolah.

Add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement