surat-berhenti-kerja surat-berhenti-kerja

Contoh Surat Berhenti Kerja 2024

Surat berhenti kerja merupakan satu surat rasmi yang dihantar oleh pekerja kepada majikan apabila hendak meletakkan jawatan dalam sesebuah organisasi. Ia perlu berbentuk formal dan rasmi dengan menggunakan bahasa yang mudah dan jelas.

Namun, masih ramai yang tidak tahu cara untuk menulis surat rasmi yang jelas butirannya. Di sini kami kongsikan contoh surat rasmi sebagai rujukan dan panduan buat anda yang ingin meletakkan jawatan.

Contoh Surat Berhenti Kerja

Siti Nur Aishah binti Ariffin (Nama pekerja)
D-15-08, Residensi Mizumi, (Alamat)
Jalan Metro Perdana Barat,
68100, Batu Caves, Selangor
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Puan Suraya binti Talib (Nama majikan)
Bahagian Sumber Manusia (Alamat)
Vista Jaya Sdn. Bhd
Lot 13-16, Menara Warisan Setia,
47100, Selangor Darul Ehsan 14 Januari 2024
(Tarikh)

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement

Puan,

NOTIS PELETAKAN JAWATAN SEBAGAI PEMBANTU TADBIR

Merujuk perkara di atas, saya Siti Nur Aishah binti Ariffin dengan rasa rendah dirinya ingin memaklumkan kepada puan bahawa saya akan meletakkan jawatan sebagai pembantu tadbir di organisasi puan berkuat kuasa pada 14 Februari 2024.

2. Untuk makluman pihak puan, keputusan untuk meletakkan jawatan ini dibuat setelah mengambil kira beberapa faktor seperti kos sara hidup yang kian tinggi di bandar, kesesakan lalu lintas, dan lokasi tempat kerja yang agak jauh dari rumah. Hal ini sedikit sebanyak turut memberi kesan terhadap tahap kesihatan fizikal dan mental saya.

3. Sehubungan dengan itu, saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih di atas tunjuk ajar, kepercayaan, peluang dan pengalaman yang sangat berharga sepanjang saya berkhidmat di organisasi puan.

4. Segala kerjasama dan jasa baik daripada pihak puan dan seluruh pengurusan Vista Jaya Sdn. Bhd amatlah saya hargai dan dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,
Aishah (Tanda tangan)


Contoh 2

Rabiatul Adawiyah binti Marzuki (Nama pekerja)
B-4-7, Pangsapuri Meranti, (Alamat)
Jalan E 5/3, Taman Ehsan,
52100, Kepong, Kuala Lumpur
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Encik Ahmad Afiq bin Talib (Nama majikan)
Bahagian Sumber Manusia (Alamat)
Megah Holdings Sdn.Bhd,
Lot 163-16, Menara TRX,
47100, Selangor Darul Ehsan 14 Januari 2024
(Tarikh)

Tuan,

NOTIS PELETAKAN JAWATAN SEBAGAI EKSEKUTIF PEMASARAN

Saya dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa saya seperti penama di atas ingin mengemukakan surat peletakan jawatan saya di organisasi tuan berkuatkuasa pada 31 Januari 2024.

3. Untuk makluman pihak tuan, saya telah mendapat tawaran untuk bekerja di syarikat lain. Sehubungan dengan itu, saya memohon pertimbangan daripada pihak tuan untuk menerima notis peletakan jawatan saya seperti tarikh yang dinyatakan.

4. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan kerana telah memberi saya peluang untuk berkhidmat di organisasi tuan serta tunjuk ajar sepanjang tempoh saya berkhidmat di sini.

Kerjasama dan pertimbangan daripada pihak tuan berhubung perkara ini amatlah saya hargai dan dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,
Malik (Tanda tangan)

Diharapkan melalui perkongsian contoh-contoh surat berhenti kerja ini dapat memberi anda panduan dan rujukan.

Add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement