laman-web-SPA laman-web-SPA

Contoh & Jawapan Soalan Ujian Psikometrik SPA: Tips untuk Lulus

Ujian psikometrik SPA merupakan satu ujian yang diadakan bagi mengukur pelbagai aspek diri seseorang termasuk pengetahuan, kemahiran, personaliti dan kebolehan komunikasi. Selain itu, ujian ini diadakan bagi menilai kemahiran kongnitif dan keupayaan seseorang untuk berfikir secara kritis. Ia merupakan kaedah yang digunakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam bagi menapis dan mengenal pasti semua calon yang sesuai untuk memasuki sektor perkhidmatan awam berdasarkan jawatan yang ditawarkan sebelum dipanggil ke sesi temuduga.

ujian-psikometrik-SPA

Ujian psikometrik direkabentuk untuk mengukur trait-trait individu berasaskan keserasian individu terhadap pekerjaan (job-fit), organisasi (organization-fit) serta sifat kerja berpasukan (team-fit). Melalui respon atau jawapan yang telah diberikan oleh calon, sistem komputer akan memproses dan menganalisis data-data jawapan untuk dipadankan dengan kesesuaian seseorang calon dengan ciri-ciri dan kompetensi yang piawai pada sesuatu jenis jawatan.

Berikut kami kongsikan contoh-contoh soalan psikometrik SPA yang boleh anda rujuk.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement

Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA

1. Saya mahu orang lain menyukai saya dan melihat diri ini sebagai seorang yang sangat peramah.

Pilihan Jawapan:
A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Kurang Setuju
D. Setuju
E. Sangat Setuju

Melalui soalan di atas, apakah karakter yang ingin ditonjolkan?

Huraian: Kecenderungan suka melihat diri seorang peramah itu bermaksud seseorang individu itu menikmati dan mencari interaksi sosial. Sekiranya anda memilih jawapan SETUJU, ia bermakna personaliti anda adalah seorang yang extrovert. Namun, jika anda memilih jawapan TIDAK SETUJU pula, itu bermaksud personaliti anda cenderung ke arah introvert. Oleh itu, bagi memastikan anda membuat pilihan jawapan yang tepat, anda perlu rujuk semula skop tugas jawatan yang dimohon. Sebagai contoh, jika anda menjawab soalan bagi jawatan S41 (Sosial) pilihan jawapan yang paling sesuai adalah SETUJU. Ini kerana, lazimnya skop jawatan S41 memerlukan personaliti yang extrovert.

2. Saya dapat menyesuaikan diri dengan serta-merta dalam sesuatu kumpulan walaupun baru.

Pilihan Jawapan:
A. Sangat kerap
B. Kerap
C. Tidak pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak pernah

Huraian: Mudah menyesuaikan diri di tempat dan suasana baru menjadikan kita lebih mudah diterima dan mula berfungsi dengan cepat. Selesa dengan ramai orang di sekeliling membawa erti mudah menyesuaikan diri dan tidak kekok melaksanakan tugasan. Ia juga membawa refleks aspek pergaulan dan berfikiran terbuka menerima pendapat orang sekeliling. Dalam apa jua jawatan yang dimohon, personaliti seperti ini perlu apabila anda masuk dalam bidang pekerjaan.

3. “Ulat dalam batu pun boleh dihidup”.

Pilihan Jawapan:
A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Kurang Setuju
D. Setuju
E. Sangat Setuju

Huraian: Soalan ini adalah soalan sebenar yang keluar beberapa kali sejak tahun 2019. Ia bertujuan untuk menguji kepekaan anda pada peribahasa Melayu. Struktur ayat itu salah. Ayat yang betul ialah: “Ulat dalam batu pun boleh HIDUP”. Kadangkala soalan ini sengaja dikeluarkan untuk melihat ketelitian anda semasa menjawab soalan.

4. Jika ada orang yang tidak sehaluan dengan saya, ianya tidak menjadi masalah kerana saya boleh menyesuaikan diri.

Pilihan Jawapan:
A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Kurang Setuju
D. Setuju
E. Sangat Setuju

Huraian: Sentiasa terbuka dan tidak memutuskan silatulrahim adalah nilaian positif domain PERSONALITI; keterbukaan, kestabilan emosi dan extraversi. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan, jadi menjaga hubungan walau tidak sehaluan boleh dineutralisasi dengan ‘agree to disagree’. Dalam setiap keadaan, kita perlu lebih tenang dan profesional. Begitu juga semasa bekerja, karakter profesional sangat diperlukan walaupun terdapat rakan sekerja yang tidak bersetuju dengan idea dan apa yang kita lakukan.

5. Jika orang bercakap perkara yang tidak baik mengenai keluarga saya, saya akan respon.

Pilihan Jawapan:
A. Sangat kerap
B. Kerap
C. Tidak pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak pernah

Huraian: Peka dengan apa yang berlaku dan mengambil peduli jika ia berkaitan keluarga kita adalah satu tanggungjawab yang perlu dititikberatkan. Respon tidak semestinya fizikal. Membetulkan keadaan dari dalam keluarga berkaitan isu ini juga termasuk dalam skop respon sama ada luaran dan dalaman. Dalam skop pekerjaan, kita perlu mempunyai sikap “defend” jika ada yang bercakap tidak baik mengenai majikan dan rakan sekerja kita. Ini mencerminkan sikap melindungi yang ada dalam diri kita.

Untuk soalan lengkap, anda boleh rujuk contoh soalan psikometrik .

Melalui contoh-contoh yang dikongsikan ini diharapkan anda akan lebih bersedia untuk menghadapi ujian psikometrik SPA. Ingat bahawa kunci kejayaan adalah daripada sikap kita sendiri yang tidak mudah putus asa. Sekiranya anda pernah gagal berkali-kali, cuba untuk menukar strategi mengikut tips dan huraian yang dikongsikan ini.

Semoga Berjaya!!

Add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement