contoh-resume contoh-resume

Contoh Resume Terbaik 2024

Buat pencari kerja, resume sangat penting apabila anda ingin memohon sesuatu pekerjaan. Namun, tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan resume? apa maklumat yang perlu ada dalam resume? Jom kita semak contoh resume terbaik 2024.

Apa itu Resume?

Resume merupakan satu dokumen maklumat diri yang kebiasaannya digunakan dalam proses permohonan pekerjaan. Ia merupakan keterangan ringkas tentang maklumat diri, pendidikan dan pengalaman kerja. Lazimnya, resume disusuli dengan cover letter bagi memperincikan lagi permohonan jawatan yang dimohon serta memudahkan bakal majikan membuat semakan jawatan yang dimohon oleh pencari kerja.

Dalam menghasilkan resume yang terbaik, terdapat beberapa elemen yang perlu anda ketahui. Jom semak tips penulisan resume terbaik yang boleh anda contohi.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement

Tips Penulisan Resume Terbaik

  1. Gunakan font yang bersesuaian dan straight to the point
  2. Pastikan bilangan muka surat tidak melebihi 2 halaman
  3. Mulakan dengan objektif resume yang mampu menarik perhatian
  4. Pastikan layout resume yang simple tetapi menarik
  5. Senaraikan semua kemahiran yang anda miliki
  6. Senaraikan pengalaman kerja formal yang anda miliki
  7. Sertakan rujukan daripada individu yang boleh memberikan testimonial terhadap kemampuan anda bekerja
  8. Pastikan konsisten semasa menulis resume
  9. Semak ejaan selepas menulis resume
  10. Simpan resume dalam format PDF
  11. Namakan fail resume tersebut dengan nama penuh anda
  12. Sentiasa mengemas kini resume anda dari semasa ke semasa

Berikut disertakan perkara yang perlu anda sertakan di dalam resume bagi menghasilkan resume terbaik.

1. Maklumat Peribadi
– Gambar (option)
– Nama penuh
– Tarikh Lahir
– Umur
– Alamat
– No. telefon
– Alamat e-mel

2. Objektif
– Aspirasi atau matlamat jangka panjang anda dalam kerjaya

3. Tahap Pendidikan
– Senaraikan tahap pendidikan anda yang paling tinggi dahulu diikuti dengan tahap pendidikan yang terendah. Maklumat tersebut perlu disertakan dengan nama sijil yang diperoleh, nama institusi, tahun dan keputusan CGPA.

4. Pengalaman Kerja
– Senaraikan pengalaman kerja formal anda mengikut tahun yang terkini. Butiran perlu mengandungi jawatan, nama organisasi, tempat dan tahun. Nyatakan juga deskripsi ringkas skop pekerjaan anda dan pencapaian tertinggi semasa anda memegang jawatan tersebut.

5. Kemahiran
– Senaraikan semua kemahiran yang anda miliki iaitu:
* Soft skills (Bahasa, komunikasi interpersonal, pengucapan awam & kepimpinan)
* Hard skills (Microsoft office, SPSS, Adobe, AI, Copywriting, Translation)

6. Tahap Penguasaan Bahasa
– Senaraikan tahap penguasaan bahasa yang anda miliki

7. Anugerah dan Pencapaian
– Senaraikan anugerah dan pencapaian yang diterima

8. Rujukan
– Akhir sekali, jangan lupa sertakan rujukan individu yang boleh memberikan maklumat atau testimonial tentang personaliti dan kebolehan yang ada pada diri anda.

Di sini kami lampirkan juga contoh resume yang boleh anda ikuti. Anda perlu ikut sahaja tips yang dikongsikan agar resume anda dapat menarik perhatian penemuduga nanti. Semoga berjaya!!!

Add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement