cara-mandi-wajib cara-mandi-wajib

Cara Mandi Wajib yang Ringkas

Mandi wajib merupakan perkara yang wajib dilakukan oleh orang Muslim yang telah mencapai akil baligh selepas berhadas besar. Hadas besar bagi wanita ialah datang haid, manakala bagi bagi lelaki pula apabila keluarnya air mani. Seseorang yang tidak mandi wajib selepas berhadas besar tidak sah ibadahnya. Maka, setiap orang Muslim perlu memandang serius perkara berkaitan mandi wajib dan tatacaranya kerana jika tertinggal syarat-syarat yang ditetapkan, setiap ibadah yang dilakukan akan menjadi tidak sah. Cara mandi wajib yang ringkas akan kami kongsikan mengikut panduan JAKIM yang boleh difahami dan diikuti.

Niat Mandi Wajib

niat-mandi-wajib

Lafazkan niat di atas ketika air sampai ke anggota badan

Cara Mandi Wajib

  1. Niat apabila air sampai ke tubuh badan
  2. Baca Bismillah
  3. Cuci tangan 3 kali
  4. Cuci kemaluan menggunakan tangan kiri
  5. Bersihkan tangan kiri dengan sabun
  6. Ambil wuduk
  7. Basuh kepala dengan usap rambut secara merata dan siram 3 kali degan air
  8. Mulakan dengan bahagian kanan tubuh
  9. Ratakan air ke seluruh tubuh
  10. Berwuduk jika ingin mengerjakan solat fardhu

Untuk perincian tatacara mandi wajib, boleh rujuk gambar di bawah.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement

cara-mandi-wajib
sumber: JAKIM

Sebab-sebab Perlu Mandi Wajib?

1. Melakukan Persetubuhan

Pasangan suami isteri yang melakukan hubungan intim atau bersetubuh diwajibkan untuk mandi wajib. Dari Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: 

إِذَا جَلَسَ بَيْنَ شُعَبِهَا الأَرْبَعِ ثُمَّ جَهَدَهَا ، فَقَدْ وَجَبَ الْغَسْلُ

“Jika seseorang duduk di antara empat anggota badan isterinya (maksudnya: menyetubuhi isterinya), lalu bersungguh-sungguh kepadanya, maka wajib baginya mandi,” (HR Bukhari ayat 291; Muslim 348).

Malah, sekiranya pasangan tersebut hanya bermesraan tanpa keluar air mani juga tetap diwajibkan mandi wajib. Dari ‘Aisyah R.A berkata:

إِنَّ رَجُلاً سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- عَنِ الرَّجُلِ يُجَامِعُ أَهْلَهُ ثُمَّ يُكْسِلُ هَلْ عَلَيْهِمَا الْغُسْلُ وَعَائِشَةُ جَالِسَةٌ. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « إِنِّى لأَفْعَلُ ذَلِكَ أَنَا وَهَذِهِ ثُمَّ نَغْتَسِلُ

“Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW tentang seorang lelaki yang menyetubuhi isterinya namun tidak sampai keluar air mani. Adakah kedua-duanya wajib mandi? Sedangkan Aisyah ketika itu sedang duduk di samping, maka Rasulullah SAW bersabda, “Aku sendiri pernah bersetubuh dengan wanita ini (yang dimaksudkan ialah Aisyah) namun tidak keluar mani, kemudian kami pun mandi.” (HR. Muslim, ayat 350)

2. Keluar Air Mani

Keluar air mani sama ada dalam kalangan lelaki atau perempuan dengan apa-apa sebab sekalipun sama ada dengan bermimpi, bercumbuan, melihat seseorang dengan berahi atau berkhayal antara sebab kenapa diwajibkan untuk mandi wajib. Bahkan, perbuatan melakukan onani (mengeluarkan air mani dengan tangan) juga termasuk penyebab mandi wajib. Secara umumnya, perbuatan onani yang mewajibkan pelakunya untuk mandi wajib, diikat dengan syarat keluarnya air mani. Sekiranya air mani tidak keluar disebabkan oleh zakar yang menahannya daripada keluar dan dia tidak mengetahui (atau nampak tanda-tanda) mengenai keluarnya air mani tersebut selepas itu, maka majoriti ulama termasuk mazhab Syafie mengatakan tidak perlu mandi wajib.

3. Keluar Darah Haid dan Nifas

Bagi wanita yang telah habis haid dan nifas, mereka juga diwajibkan untuk mandi wajib bagi menyucikan diri. Malah, wanita yang telah berkahwin juga belum boleh disetubuhi suaminya jika belum mandi wajib setelah haid atau nifas.

Setiap wanita yang telah habis haid dan nifas, perlu menyegerakan perbuatan mandi wajib bagi membolehkan ibadah dilaksanakan. Berikut disertakan dalil berhubung perbuatan mandi wajib tersebut:

فَإِذَا أَقْبَلَتِ الْحَيْضَةُ فَدَعِى الصَّلاَةَ وَإِذَا أَدْبَرَتْ فَاغْسِلِى عَنْكِ الدَّمَ وَصَلِّى

“Apabila kamu datang haid hendaklah kamu meninggalkan solat. Apabila darah haid berhenti, hendaklah kamu mandi dan mendirikan solat.” (HR. Bukhari, ayat 320 dan Muslim, ayat 333).

4. Meninggal Dunia

Orang yang meninggal dunia diwajibkan juga ke atas mereka untuk mandi wajib kecuali mati syahid. Ia berdasarkan hadis daripada Ummu ‘Athiyyah iaitu:

وْ أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ إِنْ رَأَيْتُنَّ ذَلِكَ بِمَاءٍ وَسِدْرٍ وَاجْعَلْنَ فِى الآخِرَةِ كَافُورًا

“Nabi SAW mendatangi kami dan ketika itu kami sedang memandikan puteri beliau, lalu beliau perintahkan, ‘Mandikanlah tiga atau lima atau lebih daripada itu. Jika memang perlu dengan bidara dan diakhirnya diberi kapur barus.” (HR. Bukhari, ayat 1196 dan Muslim, ayat 939). Menurut jumhur ulama, puteri Rasulullah yang dimaksudkannya ialah Zainab.

Add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement