Buku Teks Geografi Tingkatan 2: Isi Kandungan (Digital)
Buku Teks Geografi Tingkatan 2 ini dikongsikan dalam bentuk digital untuk kegunaan sekolah menengah bagi membolehkan pelajar mendapatkan pengetahuan melampaui bilik darjah serta mengurangkan penggunaan kertas bagi mencetak buku teks bercetak.
Baca juga:
Ringkasan Buku Teks Geografi Tingkatan 2
Buku Teks Geografi Tingkatan 2 Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) ini ditulis berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Geografi Tingkatan 2 yang disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
KSSM digubal bagi memenuhi keperluan dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. KSSM juga bertujuan menyediakan murid untuk menghadapi globalisasi berasaskan ilmu pengetahuan abad ke-21.
Buku Teks Geografi Tingkatan 2 ini dilengkapkan dengan elemen-elemen istimewa sebagai nilai tambah dalam menarik minat murid untuk mendekati ilmu geografi dan menerapkannya dalam kehidupan seharian.
Isi kandungan
Berikut adalah senarai isi kandungan lengkap dalam Buku Teks Geografi Tingkatan 2 berserta objektifnya.
Kemahiran Geografi
Merangkumi kemahiran memerhati, mengukur, merekod, menyampaikan maklumat dan mentafsir peta. Bahagian ini memberi tumpuan kepada pemerolehan kemahiran menggunakan alat ukur dan pentaksiran peta topografi.
Bab 1: Skala dan Jarak (2-15 m/s)
- Menyatakan jarak mutlak, jarak relatif, skala penyata, skala lurus dan pecahan wakilan.
- Menerangkan jarak mutlak, jarak relatif, skala penyata, skala lurus dan pecahan wakilan.
- Menggunakan skala penyata, skala lurus dan pecahan wakilan.
- Menentukan jarak sebenar berpandukan skala pada peta.
- 1.1 Skala
- 1.2 Jarak
- 1.3 Menentukan Jarak Sebenar Menggunakan Skala
- 1.4 Menentukan Jarak Sebenar Berpandukan Skala Pada Peta
Bab 2: Peta Topografi (16-30 m/s)
- Menyatakan maksud peta topografi.
- Mengenal pasti garisan timuran dan garisan utaraan dalam peta topografi.
- Menyatakan rujukan grid.
- Menerangkan perbezaan kegunaan rujukan grid 4 angka dan 6 angka.
- Menunjukkan cara membaca rujukan grid 4 angka dan 6 angka untuk menentukan kedudukan dalam peta topografi.
- Menganalisis hubung kiat ciri pandang darat fizikal dan ciri pandang darat budaya dalam peta topografi
- Mentafsir peta topografi secara keseluruhan.
- 2.1 Maksud Peta Topografi
- 2.2 Garisan Timuran dan Garisan Utaraan
- 2.3 Rujukan Grid
- 2.4 Ciri Pandang Darat Fizikal dan Ciri Pandang Darat Budaya
- 2.5 Mentafsir Peta Topografi
Geografi Fizikal: Cuaca dan Iklim
Dalam bahagian ini membincangkan keadaan fizikal bumi dan membolehkan murid mengenai tentang pengaruh pergerakan bumi terhadap cuaca daniklim serta ciri-ciri cuaca dan iklim di Malaysia.
Bab 3: Pengaruh Pergerakan Bumi Terhadap Cuaca dan Iklim (32-47 m/s)
- Mengenal pasti dua cara pergerakan bumi.
- Menerangkan tentang putaran bumi dan peredaran bumi.
- Menunjukkan kesan putaran bumi.
- Menunjukkan kesan peredaran bumi.
- Membahaskan kesan pergerakan bumi terhadap cuaca dan iklim.
- 3.1 Pergerakan Bumi
- 3.2 Putaran Bumi
- 3.3 Peredaran Bumi
Bab 4: Cuaca dan Iklim di Malaysia (48-68 m/s)
- Mengenal pasti jenis dan ciri iklim di Malaysia.
- Menjelaskan ciri iklim Khatulistiwa di Malaysia.
- Menghuraikan pengaruh cuaca dan iklim terhadap kegiatan manusia di Malaysia.
- Menilai kesan kegiatan manusia terhadap cuaca dan iklim di Malaysia.
- Merumuskan perubahan cuaca dan iklim di Malaysia.
- 4.1 Jenis dan Ciri Iklim di Malaysia
- 4.2 Pengaruh Cuaca dan Iklim Kegiatan Manusia di Malaysia
- 4.3 Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Cuaca dan Iklim di Malaysia
- 4.4 Perubahan Cuaca dan Iklim di Malaysia
Geografi Manusia: Pengangkutan dan Telekomunikasi
Mengkaji tentang corak dan kedinamikan aktiviti manusia serta hubung kaitnya dengan alam sekitar fizikal. Bahagian ini terdiri daripada tema Pengangkutan dan Telekomunikasi di Malaysia.
Bab 5: Pengangkutan di Malaysia (70-89 m/s)
- Mengenal pasti jaringan jalan raya dan jaringan landasan kereta api di Malaysia.
- Mengenal pasti lapangan terbang antarabangsa dan pelabuhan utama di Malaysia.
- Memberi contoh pengangkutan awam di Malaysia.
- Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan pengangkutan di Malaysia.
- Membezakan kepentingan pengangkutan darat, udara dan air di Malaysia.
- Menilai kepentingan pengangkutan awam di Malaysia.
- Mencadangkan amalan pengangkutan dan perjalanan lestari.
- 5.1 Pengangkutan Darat di Malaysia
- 5.2 Pengangkutan Udara dan Air di Malaysia
- 5.3 Pengangkutan Awam di Malaysia
- 5.4 Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Jaringan Pengangkutan di Malaysia
- 5.5 Kepentingan Pengangkutan Darat, Udara dan Air di Malaysia
- 5.6 Kepentingan Pengangkutan Awam di Malaysia
- 5.7 Amalan Pengangkutan Lestari
Bab 6: Telekomunikasi di Malaysia (90-102 m/s)
- Mengenal pasti alat telekomunikasi di Malaysia.
- Menerangkan kemajuan alat telekomunikasi di Malaysia.
- Membahaskan kepentingan telekomunikasi di Malaysia.
- Menilai kesan telekomunikasi terhadap pembangunan negara di Malaysia.
- Menentukan penggunaan alat telekomunikasi secara beretika.
- 6.1 Alat Telekomunikasi di Malaysia
- 6.2 Kemajuan Alat Telekomunikasi di Malaysia
- 6.3 Kepentingan Telekomunikasi di Malaysia
- 6.4 Kesan Telekomunikasi Terhadap Pembangunan Negara
- 6.5 Penggunaan Alat Telekomunikasi Secara Beretika
Geografi Kawasan: Asia
Merupakan cabang geografi tentang kawasan-kawasan di dunia yang mempunyai keunikan dari segi alam sekitar fizikal dan manusia. Bahagian ini memberi fokus kepada beberapa buah negara di rantau Asia.
Bab 7: Kepelbagaian Iklim dan Pengaruhnya Terhadap Kegiatan Manusia di Asia (104-119 m/s)
- Mengenal pasti kepelbagaian iklim di Asia.
- Menerangkan ciri iklim di zon iklim panas, zon iklim panas sederhana, zon iklim sejuk dan zon iklim sejuk sederhana di Asia.
- Menunjukkan negera di Asia yang mengalami iklim di zon iklim panas, zon iklim panas sederhana, zon iklim sejuk dan zon iklim sejuk sederhana.
- Membandingkan pengaruh iklim terhadap kegiatan manusia di Asia.
- 7.1 Kepelbagaian Iklim di Asia
- 7.2 Ciri Iklim Mengikut Zon di Asia
- 7.3 Zon Iklim Sejuk
- 7.4 Zon Iklim Sejuk Sederhana
- 7.5 Zon Iklim Panas
- 7.6 Zon Iklim Panas Sederhana
Bab 8: Jenis da Kemajuan Pengangkutan di Asia (120-134 m/s)
- Mengenal pasti jaringan landasan kereta api, lapangan terbang antarabangsa dan pelabuhan utama di Malaysia.
- Menghuraikan kemajuan pengangkutan di Asia.
- Menilai kesan pengangkutan terhadap masyarakat, ekonomi dan alam sekitar di Asia.
- 8.1 Jenis Pengangkutan di Asia
- 8.2 Kemajuan Pengangkutan di Asia
- 8.3 Kesan Pengangkutan Terhadap Masyarakat, Ekonomi dan Alam Sekitar di Asia
Isu dan Pengurusan Alam Sekitar
Dalam bahagian ini membincangkan tajuk berkaitan pemanasan global dan teknologi hijau bagi melahirkan murid yang mencintai dan menghargai alam sekitar.
Bab 9: Pemanasan Global (136-147 m/s)
- Menyatakan konsep pemanasan global.
- Memberi contoh faktor yang menyebabkan pemanasan global.
- Menghuraikan aktiviti manusia yang menyebabkan pemanasan global.
- Menghuraikan faktor semula jadi yang menyebabkan pemanasan global.
- Menilai kesan pemanasan global.
- Membahaskan langkah-langkah mengurangkan pemanasan global.
- 9.1 Maksud Pemanasan Global
- 9.2 Faktor-Faktor Pemanasan Global
- 9.3 Kesan-Kesan Pemanasan Global
- 9.4 Langkah-Langkah Mengurangkan Kesan Pemanasan Global
Bab 10: Teknologi Hijau (148-158 m/s)
- Menyatakan konsep teknologi hijau.
- Menerangkan ciri-ciri produk teknologi hijau.
- Menunjukkan contoh produk teknologi hijau.
- Membahaskan kepentingan teknologi hijau.
- Mencadangkan amalan berkonsepkan teknologi hijau.
- 10.1 Konsep Teknologi Hijau
- 10.1 Ciri-Ciri Produk Teknologi Hiju
- 10.3 Contoh Produk Teknologi Hijau
- 10.4 Kepentingan Teknologi Hijau
- 10.5 Amalan Berkonsepkan Teknologi Hijau
Kerja Lapangan
Bab 11: Panduan Kerja Lapangan (160-167 m/s)
- Memilih isu atau tajuk.
- Menentukan objektif kajian.
- Memilih kaedah kajian.
- Merekod, mengumpul dan menganalisis data atau maklumat.
- Membuat rumusan dan menghasilkan laporan.
- 11.1 Pemilihan Isu dan Tajuk
- 11.2 Menentukan Objektif
- 11.3 Penentuan Kaedah Kajian
- 11.4 Cara Merekod, Mengumpul, dan Menganalisis Data atau Maklumat
- 11.5 Merumus dan Menulis Laporan Kajian
Senarai Rujukan (168 m/s)
Elemen istimewa dalam buku
Berikut adalah elemen menarik yang terkandung dalam Buku Teks Geografi Tingkatan 2 ini:
Muat turun buku teks
Anda boleh muat turun sekarang Buku Teks Geografi Tingkatan 2 dalam bentuk digital atau dapatkan Buku Teks Geografi Tingkatan 2 dalam bentuk fizikal di sini.
Skema jawapan
Skema jawapan latihan di dalam Buku Teks Geografi Tingkatan 2 ini boleh dirujuk melalui file di bawah:
GIPHY App Key not set. Please check settings