tulisan jawi tulisan jawi

Semak Aplikasi Terjemahan Rumi ke Jawi Online

Artikel kali ini akan berkongsi tentang aplikasi terjemahan rumi ke jawi online.

Tulisan jawi merupakan satu kaedah penulisan yang utama sebelum wujudnya sistem tulisan rumi. Pada tahun 1960-an, tulisan rumi mula mengambil alih dalam pentadbiran dan pendidikan di Malaysia secara rasmi sekali gus menggantikan penggunaan tulisan jawi secara keseluruhannya.

Namun, dalam sistem pendidikan khususnya subjek Pendidikan Islam, tulisan jawi masih lagi digunakan. Bahkan, penguatkuasaan tulisan jawi di papan tanda dan iklan serta premis di beberapa negeri seperti Perlis, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Johor membuktikan bahawa tulisan jawi masih kekal relevan dan perlu dilestarikan untuk generasi akan datang.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement

Jadi, apakah aplikasi terjemahan rumi ke jawi online yang boleh kita gunakan? Jom kita semak aplikasi yang anda boleh gunakan untuk membuat semakan secara dalam talian.

E-Jawi makmur
  1. Layari laman web e-Jawi Makmur di pautan eJawiMakmur atau muat turun aplikasi Android dan IOS
  2. Klik butang terjemah jawi ke rumi
  3. Masukkan teks rumi di dalam kotak teks yang disediakan
  4. Klik butang Rumi –>Jawi untuk terjemahan ke jawi
  5. Salin perkataan jawi yang telah diterjemahkan

Selain aplikasi semakan yang disediakan, e-Jawi Makmur juga turut menyenaraikan Munsyi Dewan Jawi yang dilantik oleh Dewan Bahasa dan Pustaka di dalam laman web e-Jawi Makmur dalam menggerakkan khidmat dan kepakaran tulisan mereka dalam usaha membantu memartabatkan tulisan jawi. Orang ramai boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada Munsyi Dewan Jawi sekiranya terdapat kekeliruan berhubung penggunaan tulisan jawi.

Malay Rumi-Jawi Converter
  1. Layari laman web Malay Rumi-Jawi Converter (goodmami.org)
  2. Masukkan teks ke dalam kotak dan klik enter
e-jawi
  1. Layari laman web www.ejawi.net
  2. Masukkan teks rumi di dalam kotak teks yang disediakan dan terjemahan telah tersedia

Aplikasi e-jawi mempunyai ciri-ciri tambahan seperti pembetulan ejaan, pilihan gaya tulisan jawi yang berbeza serta terdapat papan kekunci jawi maya untuk membantu menaip teks dalam jawi.

Jawigram

Jawigram ialah aplikasi bot Telegram yang membolehkan pengguna menterjemah tulisan rumi ke jawi secara automatik. Pengguna hanya perlu menaip teks di dalam tulisan rumi dan menghantar teks tersebut. Dalam masa yang singkat, bot Telegram akan menterjemah teks yang ditaip tadi ke dalam tulisan jawi.

Jadi, semuanya terserah kepada anda untuk membuat pilihan aplikasi yang sesuai. Namun, anda digalakkan untuk mencuba pelbagai kaedah bagi memastikan tulisan jawi tersebut tepat mengikut konteks Dewan Bahasa dan Pustaka.

Add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Advertisement